Friday, January 26, 2018

0 Partner

Assalamualaikum. selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta saya Erlizawani Bt Jasmi. Saya, adam dan nuh mendoakan ummi sentiasa diberi kesihatan yang terbaik, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia dan akhirat.

Segala pengorbanan terhadap keluarga sangat kami hargai nya. semoga ummi dilimpahkan rahmat dan seterusnya berbakti untuk semua.

Kalau nak cerita bab pengorbanan ni, memang takkan habis kat sini. cuma, suka ingin saya berkongsi kisah pengorbanan ummi terhadap anak-anak nya yang sangat saya respect.

Ummi kalau bab menguruskan SUSU, memang dia ditahap  A+. tak kiralah dari segi pengurusan masa nya, cara pengendaliannya dan juga disiplin pemakanannya. sangat particular. dan dia masih maintain sampai sekarang. orang kata exclusive almost 2 years + +

Dari segi pengurusan masa, dia akan pastikan jadual pam susu sentiasa dipatuhi. every 2-3 hours, dia akan pastikan dia selesaikan jadual nya. bagi merialisasikan jadual tu, dia akan siapkan segala tugasan tugasannya sebelum dia kebali berjuang dalam arena pengepaman (betul ke term ni? hahaha). belum lagi bab berjaga malam. paling tidak ummi akan bangun setiap 3-4jam. struggle isn't? yup, struggle. dan hanya dia je tahu macam mana rasa. aku ni setakat nak teman bangun pun asyik kelaut. sorry ummi.

Dari segi pengendalian susu, sangat details. susu ni pukul berapa. tahan berapa lama. kalau letak dalam chiller tahan berapa lama. kalau letak dalam sejuk beku berapa bulan boleh tahan. kalau travel ke utara, berapa lama susu boleh tahan. 4-5 jam?. kalau chiller tak sejuk, hah sudah. comfirm susah hati. nasih kilang ais sebelah rumah. hahaha. wow, knowledge baru semua tu bagi aku. hahaha. yang mana sebelum ni aku langsung tak tahu benda alah tu. aku banyak belajar bab ni dari ummi. *clap sikit*

Dari segi pemakanan pulak. perkhh. ummi agak goyang sedikit. kenapa, banyak makanan kegemaran dia kena pantang. hahaha. kau kena tahu pemakanan kau akan mempengaruhi tumbesaran anak-anak kau. so berpantang ni untuk kebaikan anak kau jugak. belum lagi ambil kira allergic anak-anak terhadap makanan kegemaran kau. kalau ummi, memang dia masih pantang makanan seefood. sebab adam dan nuh ni kulit sensitif. hah, macam mana pulak pemakanan yang meningkatkan kuantiti susu atau 'milk booster'? yang ni kena ingat, setiap orang berbeza dia punya milk bosster. ada yang kurma, barli, longan kering dan banyak lagi. untuk mencapai tahap ini. eksperimen terhadap badan perlu dilakukan. terima lah. hahaha

Alamak panjang pulak karangan SPM ni. hahaha. kan dah cakap kalau nak cerita tak kan habis kat sini. aku cerita panjang sini bukan aku nak tunjuk bini aku baik. tak tak. aku tak ada niat untuk benda benda macam tu ye. aku tulis ni sebab aku hargai usaha bini aku dan pada masa yang sama aku respect apa yang dikorbankan nya. aku tahu lebih ramai lagi yang lakukan benda yang sama malah lebih baik dari bini aku kan. so why not right?!

As a husband. do your part. do support your wife. give everything what you can. if you cannot wake up late night, at least do any housework before you go to bed. and lastly, do always appreciate what your wife have done. simple but meaningfull right.

Jumpa lagi. zasss







p/s: i love my wife

p/s/s: jom nasi arab cyber

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates