Friday, March 28, 2014

8 [Part1] Bandung Trip - Itinerary 5hari 4 malam

Assalamualaikum. *tarik napas dalam2*. fuhhhh. pertama, alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk tahun ini bercuti bersama-sama rakan ke Bandung. overall, this is a memorable trip. excited, seronok. arghh. alhamdulillah. masih segar lagi ingatan ini saat2 sepanjang berada disana bersama-sama teman. untuk part 1, lebih elok kalau aku leh brief kan aktiviti sepanjang berada disana.

Bismillah

pickup 2nd team




14/3/2014

800pm: departed from LCCT (perjalanan 2jam) - 1st team (apik, elly, haziq)
900pm: arrived at Husein Sastranegara International Airport
1000pm: check in Zodiak Hotel Jln Kebon Jati
1100pm: 'mengeteh' kat kedai nasi padang

15/3/2014

830am: breakfast di Dunkin Donuts - mewah betol (sandwich dia sedap bhai)
900am: pickup 2nd team (cici, nisa) kat airport
1000am: terus bergerak ke Gunung Tangkuban Perahu.
1130am: tiba di puncak Tangkuban Perahu
130pm: gerak pulang dan singgah lunch di Jongko Nasi Timbel
300pm: gerak ke Factory Outlet (FO) Jalan Setiabudi
400pm: gerak ke Masjid Raya Bandung
500pm: gerak ke kawasan soping2 - maaf aku lupa kawasan ape disini.
700pm: gerak ke KartikaSari. terus dinner kat situ
900pm: pulang ke hotel

16/3/2014

900am: siap breakfast roti kat bilik dan terus gerak ke Trans Studio Bandung
1000am: Trans Studio baru buka.
500pm: keluar Trans Studio dan jalan2 sekitar Trans Studio Mall
730pm: pulang ke hotel
800pm: keluar sekali lagi 'mengeteh' kat Bangi Kopitiam
930pm: pulang ke hotel

17/3/2014

900am: siap breakfast dan berjalan kaki ke Pasar Baru
1000am: Pasar Baru start waktu beroperasi
200pm: pulang ke hotel. 2nd team pulang Malaysia jam 300pm
800pm: keluar mengeteh Kopi Luak
945pm: pulang ke hotel

18/4/2014

900am: second round ke Pasar baru
100pm: cek-out Zodiak hotel
400pm: cek-in departure at Husein Sastranegara International Airport
700pm: safely arrived at LCCT


Ini adalah aktiviti kami sepanjang trip ke Bandung ini. untuk yang seterusnya, cerita serba sedikit ketika kami beraktiviti. alhamdulillah. segalanya berjalan dengan lancar.

1st team ready to depart


Friday, March 21, 2014

2 Selamat Mendirikan Masjid [2]

Assalamualaikum. aku percaya, tahun nih, bersusun2 majlis kawin dikalangan sahabat2 aku. by this time, ia merupakan detik2 kenduri kawin untuk mereka yang batch 88an dan 89an. almaklum lah, memasing dan mececah umur separuh dekad ini.



Untuk kali ini, sahabat aku dari kelantan, kenal zaman matriks dahulu. muka pecah tapi manis dengan kata2. hahaha. jahat aku. tapi tak apa, dah selamat ijab dan qabul dah. apa ada hal kan.hahaha. majlis diadakan di Sg Besar Selangor. tempat 'budak' tu membesar katanya. hahaha

Congrats Farith (payed) & Pasangan. selamat menempuhi alam perkahwinan.

farith&ayu

Attend majlis kenduri ni bukan lah highlight utk hari tersebut. pada aku, aku lebih menghargai setiap moments sepanjang perjalan hari itu. pembukaan yang menarik, pertengahan klimaks yang ckup indah tetapi penutup nya agak hambar dan mengecewakan. hoii, orang melayu xsuka laa kalau cerita movie and so on diakhiri dengan sad ending.

Setiap kejadian tu ada kebaikan dan keburukan nya. biarlah kebaikan itu mengatasi dan menutupi keburukan itu. dengan kejadian tu, aku rasa tidak ada lagi rahsia mahupun barrier antara kami. inshaallah, ini adalah peluang terakhir yang diberikan dan ak xkan sia2 kan my last immunity nih. pada dia, aku mintak maaf banyak2. dan lepas nih, aku dah xda sebab untuk tidak bercakap benar lagi ngn kau. semua yang benar belaka inshaallah. sememangnya, itu lah yang diperlukan dalam perhubungan ini. 'kepercayaan dan tiada rahsia' . segala yang buruk datangnya dari aku yang hina dan segala kebaikan datang dari Allahhutaala.

Last, tenkiu awk!appreciate that. hihihi

Wednesday, March 12, 2014

3 Pray for MH370

Assalamualaikum. masuk hari ini dah hari ke-4 kisah kehilangan pesawat MAS MH370. tidak ada sebarang petanda mahupun bukti yang menunjukkan dimana pesawat tu berada. masyaallah, semua kejadian ini adalah kuasa Allah semuanya. tidak ada mustahil bagiNya.

cloud in the morning


Betul. dengan segala teknologi yang umat manusia ini ada. masih belum mampu untuk mencari dan menjumpai mahaupun merungkai misteri kehilangan pesawat ini. disaat ini, kita hanya mampu mengeluarkan teori masing-masing, dengan kepakaran masing2. sedar atau tak, kita ini hanya hamba Allah yang perlu berusaha. segala kejadian itu cuma terletak diatas kehendak Nya. secanggih mana pun sistem kita. kalau tiada redha Aallah. tak jalan beb!

Aku xsalahkan mereka2 yang sedaya upaya membantu dan mencari misteri kehilangan pesawat ini. respect go to them. tapi aku tidak setuju sekiranya mereka hanya berusaha tanpa meminta bantuan dan pertolongan dari Pencipta kita. dan dalam banyak2 ulasan di media. aku rasa tetamu yang bernama bekas captain norudin ni paling aku respect. apa dia kata?

http://www.youtube.com/watch?v=t3K57t_PzPE

http://www.youtube.com/watch?v=qu-alEFu2zA



ulasan kapten norudin abd majid


Takziah aku ucapkan kepada keluarga2 mangsa. kite xtau perasaan diaorang menunggu berita setiap masa. you don't know until you put yourself into their shoes. tapi, aku pernah rasa macam mana risaunya bff aku travel ke sana. alhamdulillah, tiada sebarang perkara x diingini berlaku. selamat pergi dan pulang.same route, same flight and same time. alhamdulillah.

He knows everythings

Jangan pernah berhenti berdoa. inshaallah. Allah tu nak tengok sejauh mana kita ingat pada Nya dan sejauh mana kebergantungan kita pada Nya dan sejauh mana pengharapan kita pada Nya. Allah knows everythings.


#prayformh370 

Tuesday, March 11, 2014

3 E-Day

Assalamualikum!ini cerita bulan February. bulan 2. xsempat nak menulis lah pasal nih. maklum lah, bulan 2 kan ada 28hari je. xpasal salahkan bulan febuari. kau yang malas, lagi nk salahkan bulan. *sign* padan muka kena marah dengan diri sendiri.enough.

Ini kisah bff aku. alhamdulillah. selamat bertunang. bertunang plak dengan bff dia jugak yang dia kenal dari matrik lagi sampai laa diaorg tamat belajar. alhamdulillah, tahniah ye elly. kalau sudah jodoh tu tak kemana kan. kau campak laa bff kau tu sampai UK pun, dia tetap akan kembali dan bersatu di suatu hari nanti inshaallah. dia ni kalau nk cerita kisah dia dengan bff dia nih, 3jilid belum tentu habis. aku yang tau ckit2 tu, nk cerita pun panjang berjela. tapi pada aku, apa yang membuatkan diaorg ni sampai ketahap ni ialah keserasian dan paling utama saling memerlukan.

Majlis nya yang cukup simple. inshaallah membawa keberkatan hendaknya. elly, kau dah tunang orang sekarang. tunang merupakan tempoh berkenalan. aku pastu, tempoh ni korang lagi akan kenal antara satu sama lain. tidak ada rahsia lagi aku harapkan antara tunang kau dengan kau. segala permasalahan moga dapat diselesai dengan baik. jangan buat keputusan bersandarkan emosi. emosi ni mainan syaitan. kena waras dan berfakta orang kata. setakat gaduh argue sana sini tu biasa lah kan. tp kalau dh gaduh tu, kejap2 dah lahh. aku tau kau jenis cool. sure pnya tunang ko boleh hadap punya. *memandai je aku. hahaha

Mesti tunang kau berasa sangat untung kan. yelah, kau ni hot stuff kot. masa belaja mahupun dekat office. beratur ustaz lineup nak risik kau. untung2. tunang kau jugak jadi pilihan. aku percaya, tunang kau mesti xkan sia-sia kan kau macam tu je. hahaha. harap tunang kau dapat jaga kau dan aku doa kan korang cecepat dapat tarikh dan melangsung kan hari bersejarah korang oke.

Peace yaw, dari aku yang selalu cari pasal dengan kau - deko

alhamdulillah


member2 dia yg supportive - aziah,cici,wawa



Wednesday, February 26, 2014

2 Selamat Mendirikan Masjid

Assalamualaikum. tahun yang mana merupakan tahun menghadiri majlis perkahwinan kawan2 mahupun saudara2. mana yang tak dapat hadir, kami doakan kalian berkekalan dan menjadi sebuah keluarga yang menjadi harapan agama dulu, baru bangsa dan seterusnya.



Pembukaan majlis kali ini dimulakan dengan majlis kawin dua sepupu aku. sorang dekat terengganu dan sorang lagi area KL saja. masih tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat pengantin baru kn. somaga kalian mendapat restu dari family masing2 dan berkekalan lah hendaknya. kami doakan yang baik2 saja untuk kalian.

spupu aku: anis dan pasangan

sepupu aku: azizul dan pasangan


"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)




p/s: inshaallah.1st step dah lepas ~ hihihi


Thursday, February 20, 2014

2 Big Day

Assalamualaikum! we come back again. this time shout out for this fellas. this is called Big Day for Big Boss and Big Brother. Happy Belated Birthday guys on 13th February.they share same day

Alhamdulillah. dikurniakan insan yang completely awesome and motivated. they are my close friends, tidak jemu memberi nasihat mahupun tunjuk ajar. walaupun aku ni terlalu nipis dengan pengalaman kalau nak dibandingkan dengan rakan2. namun, pengalaman mereka inshaallah mampu buat aku boleh catch up dengan rakan2 yang lain.



Untuk Big Boss, welcome to the world of number 60. kalau bab keja, tak pernah kalau tak gaduh. selalunya aku lah yang suka cari pasal dengan dia. noob aku. dah xda pengalaman kerja, suka betol nak membantah. aishh. bila kau nak maju haziq oiii. so sorry boss. but indeed, i love you so much until the end and hereafter. doa aku tak kan pernah putus untuk seorang abah macam kau. you are my supervisor, my consultant, my lawyer, my tunjuk ajar ku sifu. semoga kau akan kurangkan merokok walau aku tau, sukar untuk kau nak berhenti merokok. jaga kesihatan dan paling penting sentiasa mendapat redha Allah - mohd salleh abd rahman



Untuk Big Brother yang aku segani, don't mess with him. ikot celah mana pun kau pusing, he's always has the answer and fact. in fact, chances nak menang berdebat dengan dia chances only 10%. at least ada masa aku menang gak kan.hahha. well done bro. kalau tak, tak kan kau jadi lecturer sekarang ni kan. all the best for the future. currently masih lagi menyambung pengajian walau dah entitle Dr. this respect is just for you. ada project kita tontong oke. semoga kau dengan family berbahagia hendaknya with kak isma and 3 little monsters.- mohd hazimin mohd salleh

But, for you guys, remember this quote "sek kito jange pecoh boh"....

Ya Allah, kau panjangkan lah umur mereka berdua, seeungguhnya aku masih belum puas untuk belajar segala pengalaman dan ilmu dari mereka. Kau kurniakanlah kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta selamat dunia akhirat. aminn

Thursday, February 6, 2014

0 Doa

Assalamualaikum. tanpa disedari, tup-tup dah february. cepat betol masa berlalu pergi macam tu sahaja. rasa baru lagi update blog bulan january, sedar x sedar nak upadate balik, dah bulan february. masyaallah. betul kata para ulamak, benda yang paling jauh dengan kita adalah masa yang telah berlalu. masyaallah. dan benda yang paling hampir dengan kita adalah mati. dah sedia ke kita nak menemui pencipta kita? dengan amalan yang tak seberapa, maksiat yang berleluasa, siang dan malam. masyaallah

Allah sangat murka dengan pelaku maksiat, tetapi jangan lah berhenti bertaubat. sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun. Dia suka hamba2 nya bertaubat pada-Nya. YaAllah ampunkanlah dosa-dosaku, ibubapaku, ahli2 keluargaku, rakan2 ku dan seluruh umat muslimin muslimat.

Aku mengharapkan segala perancangan dan aturan berjalan lancar sepanjang february ini. inshaallah. jangan berhenti berdoa dan berharap. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih perfect dan menyeluruh. amin


doa senjata umat islam

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates