Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Friday, August 22, 2014

0 #MH17

Assalamualaikum. salam jumaat. harini negara berkabung. sempena menyambut ketibaan jenazah dan mayat-mayat mangsa MH17 yang ditembak jatuh oleh militan ukrain atau pun russia. semua conflik politik itu harus ditangani segera oleh kerajaan sekarang

Namun, kita harus mengucap tahniah kepada pemimpin kita serta petugas-petugas yang bertungkus lumus untuk membawa balik seberapa ramai mangsa nahas MH17. tidak dapat dinafikan perlbagai usaha mereka serta pengorbanan untuk membawa pulang mayat serta beberapa negotiation dengan pihak pemisah harus diberi pujian. masakan tidak, agak sukar untuk membawa pulang jenazah-jenazah mangsa MH17. petugas-petugas dikalangan forensik serta polis yang bertugas bagi proses pengecaman mayat-mayat yang terlibat juga menjalankan tugas dengan cemerlang. tahniah diucapkan.




salam takziah buat keluarga mangsa. semoga damai disana.

Wednesday, March 12, 2014

3 Pray for MH370

Assalamualaikum. masuk hari ini dah hari ke-4 kisah kehilangan pesawat MAS MH370. tidak ada sebarang petanda mahupun bukti yang menunjukkan dimana pesawat tu berada. masyaallah, semua kejadian ini adalah kuasa Allah semuanya. tidak ada mustahil bagiNya.

cloud in the morning


Betul. dengan segala teknologi yang umat manusia ini ada. masih belum mampu untuk mencari dan menjumpai mahaupun merungkai misteri kehilangan pesawat ini. disaat ini, kita hanya mampu mengeluarkan teori masing-masing, dengan kepakaran masing2. sedar atau tak, kita ini hanya hamba Allah yang perlu berusaha. segala kejadian itu cuma terletak diatas kehendak Nya. secanggih mana pun sistem kita. kalau tiada redha Aallah. tak jalan beb!

Aku xsalahkan mereka2 yang sedaya upaya membantu dan mencari misteri kehilangan pesawat ini. respect go to them. tapi aku tidak setuju sekiranya mereka hanya berusaha tanpa meminta bantuan dan pertolongan dari Pencipta kita. dan dalam banyak2 ulasan di media. aku rasa tetamu yang bernama bekas captain norudin ni paling aku respect. apa dia kata?

http://www.youtube.com/watch?v=t3K57t_PzPE

http://www.youtube.com/watch?v=qu-alEFu2zA



ulasan kapten norudin abd majid


Takziah aku ucapkan kepada keluarga2 mangsa. kite xtau perasaan diaorang menunggu berita setiap masa. you don't know until you put yourself into their shoes. tapi, aku pernah rasa macam mana risaunya bff aku travel ke sana. alhamdulillah, tiada sebarang perkara x diingini berlaku. selamat pergi dan pulang.same route, same flight and same time. alhamdulillah.

He knows everythings

Jangan pernah berhenti berdoa. inshaallah. Allah tu nak tengok sejauh mana kita ingat pada Nya dan sejauh mana kebergantungan kita pada Nya dan sejauh mana pengharapan kita pada Nya. Allah knows everythings.


#prayformh370 
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates