Showing posts with label tangkuban parahu. Show all posts
Showing posts with label tangkuban parahu. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

2 [Gambar] Bandung Trip - Candid dan Makan-makan

Assalamualaikum. sebenarnya cerita trip kami sudah habis. cumanya sekarang, aku suka untuk berkongsi lagi gambar-gambar kami semasa keberadaan disana. alaa, orang jawa cakap candid. dan juga sempat snap menu makanan kami sepanjang trip haritu. namun, ada juga yang kami tak sempat nak snap. makan gelojoh punya pasal.apa2 hal pun. enjoy!

lunch selepas Tangluban Perahu ~ nasi merah, lauk pecel


dinner selepas shopping ~ nasi manis, sup manis
supper Kopi Luak

supper dekat Bangi Kopitiam


oke.some candid photo from us. then credit to all of us.

apik ~ jurubahasa kami
cici ~ makashih yaaa (terima kasih)

nisa ~ peace from behind

elly ~ our tour leader (dont mess with her) - service terbaikk.hihihi
aku ~ cameraman mungkin


Friday, March 28, 2014

6 [Part 2] Bandung Trip - Mount Tangkuban Perahu

Assalamualaikum. trip ke Bandung tidak lengkap sekiramya tidak melawat ke kawah gunung berapi, Tengkuban Perahu. yang mana gunung ini masih lagi aktif namun tahap keakktifannya berada tahap yang rendah. bermakna, manusia berpeluang lebih dekat untuk menjenguk dan meyusuri kawah gunung berapi ini.

Ketika kehadiran kami tempoh hari, gunung berapi ini baru saja mengeluarkan gas-gas sulfur minggu lepas. kehadiran kami just on time. kalau datang minggu lepas, sure tak dapat naik gunung nih.

Tangkuban perahu ini ialah gunung berapi, 25km ke utara bandar Bandung ke arah Lembang. Lokasinya terletak diantara Kg Sagalaherang daerah Sagalaherang Subang regency dan Kg Cikole, daerah Lembang, Bandung regency. Tempat ini adalah top spot untuk pelancong datang. yang hanya 28km dari bandar. Kawah Ratu, yang bermaksud "Kawah Queen", dimana hari ini hanya satu lubang kelabu yang besar, yang kadang-kadang nya mempunyai kolam air di tengah-tengahnya. Gas-gas beracun kadang-kadang berkumpul dalam Kawah Ratu, menjadikan ia agak berisiko untuk turun ke lantai kawah. kawasan merbahaya ini ditutup untuk pelancong bagi tujuan keselamatan semua.

Overall, this is awesome place to visit. this is my place. hahah. kerana kami suka photoshoot sepanjang berada diatas sana. namun harus diingatkan, jangan membeli sebarang souvenir disana. ini kerana harganya berlipat kali ganda mahalnya. dan juga penjual2 persendirian sangat ghairah mahukan pelancong membeli barangan mereka. sampai dalam kereta pun mereka ikot. ada sorang mamat nih, dari kami tiba sampai laa nak pulang, follow sampai kesudah. nasib baik kami bermurah hati beli laa jugak satu. hahahha.  kalau korang pergi dengan pemandu pelancong, jangan risau, mereka xberani menggapa-apakan kita. itu driver kami ckp lah. ada driver ye uolss. hahah. kalau aku senang je. wak tak layan. kau nak ckp pe, cakap lah. hahaha. don't make eye contact org kata.hahaha.

Selepas ke Tangkuban perahu, terus lunch di kaki bukit yang dibawa pak supir kami. fresh environment but makanan nya . . . aku nyaris2 makan ulat. dem. baru saja nak ambil ikan keli, boleh plak ulat tu berjoget kat ikan tuh. demmit. harus fobia nak makan ikan keli dah. haiyakk

Pak Supir yang kami sewa adalah selama 12jam. dari 9pagi-9malam. dengan bayaran Rp600k. rasanya berbaloi untuk 5 orang dan sangat flexible. maknanya dia follow je kemana tempat yang kitaorang nak pergi. hahaha. menggunakan khidmatnya dengan sebaiknya. sampai 9malam baru pulang ke hotel. hahaha.

Gambar. cekidaut!















p/s: siap jugak update.hahaa got to go. off to outstation. will be back

8 [Part1] Bandung Trip - Itinerary 5hari 4 malam

Assalamualaikum. *tarik napas dalam2*. fuhhhh. pertama, alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk tahun ini bercuti bersama-sama rakan ke Bandung. overall, this is a memorable trip. excited, seronok. arghh. alhamdulillah. masih segar lagi ingatan ini saat2 sepanjang berada disana bersama-sama teman. untuk part 1, lebih elok kalau aku leh brief kan aktiviti sepanjang berada disana.

Bismillah

pickup 2nd team




14/3/2014

800pm: departed from LCCT (perjalanan 2jam) - 1st team (apik, elly, haziq)
900pm: arrived at Husein Sastranegara International Airport
1000pm: check in Zodiak Hotel Jln Kebon Jati
1100pm: 'mengeteh' kat kedai nasi padang

15/3/2014

830am: breakfast di Dunkin Donuts - mewah betol (sandwich dia sedap bhai)
900am: pickup 2nd team (cici, nisa) kat airport
1000am: terus bergerak ke Gunung Tangkuban Perahu.
1130am: tiba di puncak Tangkuban Perahu
130pm: gerak pulang dan singgah lunch di Jongko Nasi Timbel
300pm: gerak ke Factory Outlet (FO) Jalan Setiabudi
400pm: gerak ke Masjid Raya Bandung
500pm: gerak ke kawasan soping2 - maaf aku lupa kawasan ape disini.
700pm: gerak ke KartikaSari. terus dinner kat situ
900pm: pulang ke hotel

16/3/2014

900am: siap breakfast roti kat bilik dan terus gerak ke Trans Studio Bandung
1000am: Trans Studio baru buka.
500pm: keluar Trans Studio dan jalan2 sekitar Trans Studio Mall
730pm: pulang ke hotel
800pm: keluar sekali lagi 'mengeteh' kat Bangi Kopitiam
930pm: pulang ke hotel

17/3/2014

900am: siap breakfast dan berjalan kaki ke Pasar Baru
1000am: Pasar Baru start waktu beroperasi
200pm: pulang ke hotel. 2nd team pulang Malaysia jam 300pm
800pm: keluar mengeteh Kopi Luak
945pm: pulang ke hotel

18/4/2014

900am: second round ke Pasar baru
100pm: cek-out Zodiak hotel
400pm: cek-in departure at Husein Sastranegara International Airport
700pm: safely arrived at LCCT


Ini adalah aktiviti kami sepanjang trip ke Bandung ini. untuk yang seterusnya, cerita serba sedikit ketika kami beraktiviti. alhamdulillah. segalanya berjalan dengan lancar.

1st team ready to depart


 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates