Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, April 29, 2017

0 Tahniah Pak Anjang

Assalamualaikum. alhamdulillah. segalanya telah berjalan dengan lancar. majlis perkahwinan bapak sedara aku untuk kali ke-2. setelah lebih 4 tahun arwah Mak Anjang pergi mengadap Ilahi. akhirnya Pak Anjang terbuka hati dan bersedia untuk menerima teman hidup baru nya.

Alhamdulillah. ini semua adalah ketentuan Allah s.w.t .yang mengatur segala perjalanan dan jodoh pertemuannya dengan isteri barunya. kami sekeluarga mendoakan agar mereka kekal sehingga ke syurga. ameen.

Dikesempatan ini juga lah. keluarga kami dapat berkumpul ramai-ramai. secara tidak langsung kami dapat bertemu mata malah merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara ahli keluarga terdekat mahupun yang jauh. ahli keluarga dari Segamat, Seremban dan Kuala Lumpur semua berpakat untuk turun 'padang' dan bersama-sama berkumpul di Kuantan.

Majlis telah diadakan di Tanjung Sepat, Kuantan. satu tempat pada aku sangat cantik dengan open space persisiran pantai. Tanjung Sepat merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. mana tidaknya, pantai nya yang cantik dan masih terpelihara dari orang ramai dan sudah tentunya masih lagi berkeadaan yang sangat bersih. sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga untuk berkunjung kesini.

Mabrook Pak Anjang dan Makcik Su. Inshaallah jumpa lagi. Bai

team futsal

adam dan kak sumayyah

salleh clans










p/s: yang peliknya takda gambar dengan pengantin. hahahaha

p/s/s: miss in action - Kak Syafiqah

p/s/s/s: our big beloved family


Sunday, November 1, 2015

0 Junior: I'M Back

Assalamualaikum. wah. tajuk entri macam dialog terminator gitu. "I'll be back" . laa, tak kan tak tau dialog arnold schwarzenegger (susah betul nak eja cara baca nya). tak tahu tak mengapa lah. bukannya penting pun. just joking around. hahaha. the most importantly, ummi and adam were back. alhamdulillah. mereka sepatutnya dijadualkan pulang ke KL selepas tamat berpantang, tetapi mengambil keputusan untuk pulang lebih awal. nak berpantang dengan abah dia katanya. fuyooo. hahahah

Yeay, i'm not alone anymore. plus got two buddies in this house. hahahah. alhamdulillah, mereka berdua selamat berpantang dan pulang ke KL dengan baik. ummi well behave. betul-betul berpantang. even kat rumah sini pun masih berpantang. nak sambung sampai 100 hari katanya. try laa kalau boleh. hahahahaha

The challenge begins. kau kena adjust masa dan tenaga kau dengan betul. sebelum kerja settle kan si adam dan ummi nya. ummi pun hanya tolong siapkan sarapan saja. bukan tugas berat pun. hahaha. yang beratnya nak mengangkat budak semangat tuu. hahahah. mandikan dia siap-siap sebelum pergi kerja. setakat ni, kelaut jugak lah waktu office hour aku. hahahaha. nasib bos memahami. mintak maaf sangat-sangat bos.



Next time kite jumpa lagi yee. Chaw





p/s: ummi xsabar nak habis pantang. dah marking tempat dia nak p mana. hahahaha

p/s/s: ummi berpantang, abah dia ke laut.hahahaha. konon

p/s/s/s: i'm happy abah.hihihi

Saturday, October 31, 2015

0 Junior a Month

Assalamualaikum. saja nak fast update. adam dah sebulan . baru je lepas cucuk untuk sebulan. berat saya steady je. tak berat mana pun. cukup laa sekampit beras. hahahahaha. berat yang mampu buat lengan ummi jadi sado.hahahaha





Chaw =)

Tuesday, October 27, 2015

0 Junior Got Name

Assalamualaikum. major throwback untuk post kali ini sebenarnya. hahaha. mintak maaf laa ye. alhamdulillah, masuk hari ke-7 selepas hari kelahiran junior. kami sempat untuk melaksanakan cukur kepala. alah, buat sendiri jer. majlis yang proper sikit akan dilakukan sedikit masa lagi bersama akikah junior nanti.

Alhamdulillah, tidak susah nak settle kan kepala junior nih. hahaha. tetapi kalau nak settle kan sorang tu. agak susah jugak laa kan. lagipun mana pernah cukur kepala budak hoiii. main belasah je ni. ustaz kata kalau cukur kepala budak dan telajak cukur sampai bedarah, tanggung dosa beb.

Tapi alhamdulillah lah, junior steady saja melayan orang cukur kepala dia.

Adam Haziq
Apa yang penting, pada hari ke-7 kelahiran junior, disunatkan untuk memberi nama - nama yang baik kepada anak ini. there you go. Muhammad Adam Bin Mohd Haziq is your name. anak Selangor gituu kau yee. hahaha. welcome to the world dear. ummi dan abah sayangkan dengan kamu. bersyukur dengan anugerah Allah dan inshaallah dengan sedaya upaya menjaga amanah yang Allah berikan pada ummi dan abah.

Ummi pun nampaknya dah sihat sikit untuk bawak kamu balik berpantang di kampung. inshaallah ummi dan adam berpantang betul-betul dikampung yerr.

Chaw.

Saturday, July 18, 2015

2 Gilir Balik Raya ?

Assalamualaikum. bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. persoalan yang selalu bermain di minda. orang yang tak kawin lagi. kau bersedia sekarang. amik pengajaran. jangan terhantuk baru nak dipadan kan muka. hahahaha

Jom baca perkongsian brader kita nih...


Yup, betul juga apa yang dikongsi kan. itu antara pendapat beliau. apa-apa pun terpulang atas budi bicara pasangan masing-masing. memang benar, sekarang kita sudah berada di fasa anak dan suami. inshaallah nanti menjadi bapa pula. maka tanggungjawab itu berterusan selagi mana kita masih lagi diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini.

Paling penting, tiap pada kita ada tanggungjawab masing - masing. dan setiap pada kita juga perlu memahami keadaan orang sekeliling. jangan mudah melatah dan jump to conclusion. the best way is to discuss. kan bahagia tuu. baru ada toleransi. hihihi.

Selamat Hari Raya semua, tak kira bujang kaa, dah berkahwin kaa, juga tak kira dimana kita semua berada.

Chawww!!

credit: owner fb


Monday, March 16, 2015

4 [Special] Selamat Mendirikan Masjid [5]

Assalamualaikum. masyaallah. serius lama sangat tak menulis nih. last menulis december 2014. what??. sesungguhnya, aku pun tidak tahu mengapa lama sungguh aku tidak menulis.2 bulan tanpa sebarang post baru. such a big tiring to start write up balik. tapi tak mengapa, aku start post untuk tahun baru ini dengan special post from my family.

LPT Tepoh - Jabor

Tahniah diucapkan kepada keluarga Hj Salleh dan Hjh Zaiton kerana mendapat seorang lagi menantu pada tahun ini. dan dengan itu, maka lengkap lah keluarga mereka. anak-anak semuanya sudah berkeluarga dan bersedia melayari bahtera rumah tangga.

Kepada pasagan Hazman dan Aziela, tahniah diucapkan. semoga berbahagia hingga ke syurga. majlis akad nikah dilangsungkan pada 14March 2015 di Masjid UNiSZA dan kenduri dilangsungkan di rumah pengantin perempuan secara bersederhana pada hari yang sama. majlis akad nikah yang dijadualkan pukul930 tajam. namun, tok iman kelewatan walhal sudah dinyatakan sendiri olehnya tajam pukul930. majlis akad nikah paling cepat dan segalanya berjalan dengan lancar. pak imam mintak duit kocek lebih yee?  nasib baik x tak mendapat siku aku. hahaha. aishh.

Hazman - Aziela
Hazman Salleh ataupun baman, perbezaan umur hanya 3tahun. zaman sekolah selalu dibayangi oleh kelebihan beliau. siapa tak kenal 'jeme'? mana2 pun aku pergi, ni adik 'jeme' kan? hahaha. annoying but at the same time, feel protected. salah seorang abang yang perfectionist. dia akan buat sesuatu sampai laa menjadi. kalau sangkut, leave it to him. he can handle that. hahaha. abang yang jarang nak mengalah dengan aku. siot punya orang. itu yang menjadikan aku bukan seorang adik mahupun anak yang manja tau. *proud

Pada hari kejadian, aku juga adalah pengapit kepadanya. seperti biasa, adikmu ini sentiasa menerima tugasan itu dengan hati yang tenang. tidak ada lagi gemuruh seperti sebelumnya. maklum lah dah lepas fasa ituu. hahah. (kau nak gemuruh bagai kenapa zik, menggelabah lahh luu) hahaha.

Bro, sek kito jange pecohh terr!!hahaha

Bagi persiapan hantaran pula, semuanya ditanggung beres oleh menantu pakcik Salleh dan makcik Zaiton. kemain kauu Ton, mentang lah ada menantu. semuanya ditanggung beres dan berlapang dada yerr? alhamdulillah laa kan, family bonding katanya. bagus2. kalau bukan sekarang, bila lagi yee dokk. hahahah

Alhamdulillah. selamat pergi dan pulang. segala perancangan berjalan lancar. terlebih terkurang, minta dihalal kan. yang baik dari Nya, yang kurang dari kita.

Bro, kauu dah kawinn!!  hahahah. kita semua pun dah kawin. hahahah. jangan garang2 dengan bini tauu.

all taken and married


p/s: untuk bacaan budak yg tengah stress kerja. padahal dah pesan jgn stress.hahaha

p/s/s: korang tggu aktiviti kami bulan 2 yang lalu. nnti update.haaha

p/s/s/s: harap diberi kekuatan utk menulis. ameen

p/s/s/s/s: wife, balik nnti masak patin yerr.hahaha

Monday, December 15, 2014

3 [Part 2 - Big Day] Kenduri.Keluarga.Sahabat

Assalamualaikum. haaa. kenduri kami adalah sama dengan hari dimana kami di ijab kabulkan. setelah selesai majlis akad nikah di masjid jamek gerik, sedikit acara bergambar bersama keluarga dan sahabat2. kemudian kami terus ke butik pengantin kak syela area pekan gerik. untuk persiapan acara seterusnya yakni kenduri pula.

Alhamdulillah, kami sampai di butik pengantin dalam pukul11 tengah hari. pasangan yang awal tiba untuk persalinan. alhamdulillah, tak lama selepas itu, 2-3 pasangan sampai untuk di make up kan dekat butik tuhh. memandangkan kami sampai awal, maka tak perlu nak tunggu turn baru boleh make up. aku siap salin baju semua. pengantin puan pulak half way make up. tanam bulu mata katanya. hahahah. tak payah laa panjang2. ingat nak kenduri padang pasir macam unta ke nak panjang-panjang. hahahaha.

Family pula balik ke hotel untuk berehat selepas majlis akad nikah. sementara nak menunggu kenduri pukul12. sempat laa mereka-mereka yang datang direct dari ipoh mahupun KL untuk bersiap dan segarkan diri masing-masing.

Rombongan lelaki agak delay untuk tiba di rumah pihak perempuan. namun segala berjalan lancar. disambut oleh pengantin perempuan dan pengapit serta satu lagi pasangan yakni abang kepada pengantin perempuan.

Selepas acara makan beradap, aturcara seterusnya bergambar bersama rombongan dari pihak lelaki. tak bergambar tak sah pulak kan. dah bertanjang dan berbulu mata lip lap lip lap. cun habiss. hahaha. setelah selesai bergambar, pengantin sama-sama menyambut dan menyapa para tetamu yang hadir. ramai dan meriah.

Selesai kenduri, pengantin diajak untuk beroutdoor. dan hasil nya akan aku kongsi pada post yang seterusnya. baru aku leh qada post yang dulu. iyedokk. hahaha.

Terima kasih tidak terhingga untuk ibu-abah, mak-abah, abang2 kakak2 ipar duai, sepuput sepapat, anak saudara tok imam masjid.tanpa redha Allah dan pertolongan kalian, mungkin kami tak dapat disatukan malah majlis pun belum tentu ada. terima kasih untuk segalanya. kalau nak ungkap pun, terlalu banyak. kami sayang anda semua. muaahh cikedd. sudahh. layan gamba untuk family dulu yer. chaww

to be continued . . . . .

abah | pakanjang | pengantin

mak | abah | pengantin

kak erni | pengantin

family | pengantin | kawan 
sarah | sumayyah



p/s: mesti tetunggu nak baca nota kaki kan?hahahahah

p/s/s: dah agak dah agak dah.

p/s/s/s: kita merancang, Allah menentukan. alhamdulillah

Thursday, November 20, 2014

2 [Special] Selamat Mendirikan Masjid [4]

Assalamualaikum. post kali ini sememangnya special bagi aku personally. alhamdulillah, majlis akad nikah dan kenduri berjalan dengan lancar. abang aku hatim dan kak ipar syafikah selamat diijab kabulkan pada 8 November 2014

Sepanjang perjalanan majlis ini. semuanya berjalan lancar. walau pada pagi nya hujan membasahi bumi Sg Abong Muar Johor. bagi kita yang merancang dan Allah yang menentukan. tidak ada masalah pada kita alhamdulillah. dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri.

credit: theclicks.me // Hatim + Sya

Hatim Salleh tau pun batim. pada aku abang yang sangat sekepala dengan aku dari aku kecik lagi. orang yang bila kerja sangat fokus. kau suruh dia design pape pun. dia wak rilek saja. macam malas-malas je nak buat. tapi sedar-sedar, kerja tu dah siap. entah masa bila pun akku xtau kau ni buat kerja bila. tidak banyak yang dia nasihat aku berbanding abang2 yang lain. tapi dia punyai cara tersendiri macam mana nak nasihat aku. im feel very special sebab aku sorang je yang akan paham dia nasihatkan itu. hahaha, there is too many to flashback with you brodar! hahah. me always love youu brodar. *fist bump*

Pada hari kejadian, aku as pengapit dia sangat terharu saat dia nak kawin. feels like losing something but at the same time I've to accept you not young anymore. life must go on. sampai bila kau nak membujang. kau juga ada kehidupan selepas ini dan juga mahukan kehidupan berkeluarga kan. lagi awkward bila bakal kakak ipar is totally new for me. hahaha. how i wish . . . .

Apa-apa sekali pun. segalanya dah selamat dinikahkan. selamat menjalani kehidupan berumah tangga ye. dan sentiasa beringat pesan-pesan orang berpengalaman. i guess, my turn is coming so sooon. hahahah





p/s: nak meletup dah jantung start dari sekarang.hahahha

p/s/s: tak sabar plus cuak nak mati.hahahah

p/s/s/s: dup dap dup dap

p/s/s/s/s: semoga segalanya dipermudahkan. ameen

Friday, July 25, 2014

2 Jubli Perak

Assalamualaikum. salam 27ramadhan. alhamdulillah, masih diberi kesempatan hingga saat ini untuk beribadat, hidup dimuka bumi yang hanya sementara dan menulis untuk sekali lagi pada hari ini. walaupun ianya suda berlalu minggu lepas. aku masih ingat apa yang dilalui. lagipun aku outstation bohh!hahaha

Umur ku sudah selayaknya diberi pengiktirafan jubli perak. alhamdulillah, masih muda namun usia nya semakin bertambah. terlalu sedikit pengalaman kalau nak dibandingkan dengan mereka2 yang seusia dengan aku. terlalu sedikit achievement yang sudah dicapai kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sebaya dengan ku.

Dari segi kematangan hidupnya, dari segi pencapaian hidup, arghh. just a little little sahaja. belum lagi bab berkeluarga dan sebagainya. aku sangat cemburu pada mereka yang sebaya aku sudah mencapai pelbagai pengalaman, pencapaian tertinggi dan memiliki something yang unbelievable to achieve. pengalaman aku? inshaallah mampu membawa diri dalam dunia hari ini. bukan nya susah pun. kebergantungan itu hanya lah kepada Allah.

Gambar Hiasan :: sumber google

Contohnya thomas muller, player German main untuk world cup. umur dah sebaya dengan aku, tapi dah wakil negara, menyumbang kepada negara dan menang pulak world cup. power habis. ada pulak yang build up business sendiri dan sudah membawa jenama masing2 dengan bangganya. ada rumah sendiri, kereta sendiri dan yang paling penting aset2 sendiri. which is aku sangat mengkagumi orang-orang jenis macam ni. muda-muda lagi dah berjaya mengumpul aset. tapi aku? duduk depan computer dan komplen dengan hidup sendiri. *sigh*

Oleh itu, macam mana nak sedapkan hati kau tu dari komplen tak tentu pasal? dengan cara, ini semua rezeki Allah. Allah menangguhkan rezeki kau sebab kau selalu lupa pada dia. baru sedikit Allah bagi nikmat, kita kadang-kadang lupa dengan pemberian Allah itu. selalu komplen apa yang kita tidak ada. itu ini dan sebagainya. bagaimana pula dengan apa yang kau ada ziq? sudah kah kau bersyukur denga apa yang dia bagi kat kau selama ini. rezeki Allah itu bukan lah semata terletak pada harta dan kebendaan. cuba kau tengok sekeliling kau. itu juga adalah satu nikmat dari Allah. dikelilingi dengan orang yang menyenangkan. nikmat sihat yang kau boleh bantu kedua ibu bapa kau kesana sini.

Alhamdulillah, being inspired from my love one. walaupun kite hanya berbincang kosong, namun aku sudah nampak kemana kita nak tuju lepas ini. please hold a second and wait for our next plan. the first step is always the hardest one. belajar inersia kelas fizik tak?ni mesti monteng pergi debate!hahaha

Dikesempatan ini. terima kasih ibu abah serta abang2. kalian adalah terbaik dalam hidup aku. we are nobody in here but inshaallah, we are somebody in hereafter. our family is the coolest ever. to the love, thanks for always be the PA in every field. you can be anything just in time. just pull the button and change the position and role. yaAllah, kurniakan lah kesejahteraan dan kebahagian kepada mereka2 ini didunia dan akhirat. ameen


  
 p/s: xda wish apa.wish semoga plan bulan12 berjalan lancar.tu jer

p/s/s: tapi klo dapat lasut lunarglide 6 power gak. nike flyknite ke. hahah

p/s/s/s: gambar hiasan. orangnya kecil tetapi berjiwa besar ingin menakluk dunia. #respect

Wednesday, February 26, 2014

2 Selamat Mendirikan Masjid

Assalamualaikum. tahun yang mana merupakan tahun menghadiri majlis perkahwinan kawan2 mahupun saudara2. mana yang tak dapat hadir, kami doakan kalian berkekalan dan menjadi sebuah keluarga yang menjadi harapan agama dulu, baru bangsa dan seterusnya.



Pembukaan majlis kali ini dimulakan dengan majlis kawin dua sepupu aku. sorang dekat terengganu dan sorang lagi area KL saja. masih tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat pengantin baru kn. somaga kalian mendapat restu dari family masing2 dan berkekalan lah hendaknya. kami doakan yang baik2 saja untuk kalian.

spupu aku: anis dan pasangan

sepupu aku: azizul dan pasangan


"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)




p/s: inshaallah.1st step dah lepas ~ hihihi


Thursday, February 20, 2014

2 Big Day

Assalamualaikum! we come back again. this time shout out for this fellas. this is called Big Day for Big Boss and Big Brother. Happy Belated Birthday guys on 13th February.they share same day

Alhamdulillah. dikurniakan insan yang completely awesome and motivated. they are my close friends, tidak jemu memberi nasihat mahupun tunjuk ajar. walaupun aku ni terlalu nipis dengan pengalaman kalau nak dibandingkan dengan rakan2. namun, pengalaman mereka inshaallah mampu buat aku boleh catch up dengan rakan2 yang lain.



Untuk Big Boss, welcome to the world of number 60. kalau bab keja, tak pernah kalau tak gaduh. selalunya aku lah yang suka cari pasal dengan dia. noob aku. dah xda pengalaman kerja, suka betol nak membantah. aishh. bila kau nak maju haziq oiii. so sorry boss. but indeed, i love you so much until the end and hereafter. doa aku tak kan pernah putus untuk seorang abah macam kau. you are my supervisor, my consultant, my lawyer, my tunjuk ajar ku sifu. semoga kau akan kurangkan merokok walau aku tau, sukar untuk kau nak berhenti merokok. jaga kesihatan dan paling penting sentiasa mendapat redha Allah - mohd salleh abd rahman



Untuk Big Brother yang aku segani, don't mess with him. ikot celah mana pun kau pusing, he's always has the answer and fact. in fact, chances nak menang berdebat dengan dia chances only 10%. at least ada masa aku menang gak kan.hahha. well done bro. kalau tak, tak kan kau jadi lecturer sekarang ni kan. all the best for the future. currently masih lagi menyambung pengajian walau dah entitle Dr. this respect is just for you. ada project kita tontong oke. semoga kau dengan family berbahagia hendaknya with kak isma and 3 little monsters.- mohd hazimin mohd salleh

But, for you guys, remember this quote "sek kito jange pecoh boh"....

Ya Allah, kau panjangkan lah umur mereka berdua, seeungguhnya aku masih belum puas untuk belajar segala pengalaman dan ilmu dari mereka. Kau kurniakanlah kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta selamat dunia akhirat. aminn

Sunday, November 24, 2013

2 [Hari Jubah] 29th IIUM Convocation

Assalamualaikum. cerita hari jubah aku adalah minggu lepas. cukup lah memories ini diperam selama seminggu sebelum dikongsi bersama dekat post nih. hehe



17 hb November 2013, alhamdulillah hari yang bermakna buat semua graduasi2 yang berjaya menamatkan pengajian mereka - termasuk aku. kita semua harus sedar, bukan senang untuk berada dan merasai detik2 bersejarah hari ini. 5 tahun setangah termasuk matrik bukan lah suatu jangka masa yang pendek. para graduasi IIUM adalah antara yang duration course nya 4-5 tahun termasuk matriks. lama beb.

Pada post kali nih. jom kita sama2 bercakap pasal keluarga dahulu. Yup, the biggest inspiration and motivator dan segalanya lah. tukang biasiswa, sume bagi kat diaorang. alhamdulillah, tidak pernah lekang dari nasihat dan doa untuk anak yang last nih.

Teringat zaman kejatuhan dimana satu semester tuh, pointer aku drop gila2 punya. walaupun drop, but still alhamdulillah tidak ada subject yang fail and kena repeat. pendekatan yang diambil bukan lah menarik biasiswa mahupun dilarang menjejak kaki ke rumah, tetapi peringatan yang lebih didahulukan. "if you never fail, you'll never learn your mistake" . ayat tu sering melekat kat hati kalau dalam hati ini terasa saat2 kemalasan. wei, jangan hampakan harapan mak bapak hoiii. even diaorang tak show off depan kita, kita still dapat rasa how depressed they are. seriously!

Itu zaman kejatuhan, belum lagi zaman aku yang kuat beraktiviti. sound menyaound adalah perkara biasa. kalau tak kena sound, memang tak sah. zaman tu aku banyak terlibat dengan sports. "kau ni kuat main, kerje umah dah buat belum ". kerje umah dia pesan kat aku. hadoii. lawak. dah tu, orang cuti semester, aku bertapa kat mahallah untuk centralized training. kat situ kena lagi. nasib baik biasiswa ada sedikit sebanyak walau dah start kena potong. hahaha. takpa lah, janji ada. kebetulan pulak, time tu dah masuk 3rd 4th year yang assignment nya taknak menggunung pulak kan. but pesan mereka "lantak ko lah nak main, janji keje siap. work smart not hard" sampai sekarang aku pegang benda tuh. maknanya tak guna ko keja 8pg-5ptg tapi takda pape, kalau nak banding kan dengan masuk kul10-5ptg, tapi hasil superb. which one is better. gomen2. hahaha

Ingat, doa ibu bapa dan family tu sangat mujarab dan diterima Allah, espacially doa si ibu. kau cerita laa pung pang pung pang pasal projek ko, assignment ko, fyp ko. at the end, dia akan cakap, ibu tak tau benda2 tu semua, tapi ibu akan doakan Allah permudahkan segala urusan. that is the best word yang aku selalu tunggu at the end of conversation. masyaallah.

Thank you family - abah, ibu, abgmin, abgtim, abgman (family mmber ckit jaa). no word can describe how i feel, but doa aku untuk diaorang ak tak akan lupa. amin ya rabb. this scroll not for me but for us. your last members of family.











credit: theclick



 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates