Showing posts with label nuh. Show all posts
Showing posts with label nuh. Show all posts

Thursday, December 12, 2024

0 Welcome New Member

 Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Yang Memiliki Langit dan Bumi. Syukur kehadirat Mu ya Allah diatas nikmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Syukur Madam selamat melahirkan seorang bayi perempuan. alhamdulillah segalanya selamat, dipermudahkan urusan serta dalam keadaan yang lebih bersedia.

Welcome to our new family member:


Semoga membesar dalam keadaan yang sempurna, menjadi anak solehah serta berjaya didunia malah cemerlang diakhirat. ameen






p/s: adam dan nuh sangat excited menantikan adik mereka

p/s/s: adam nuh sangat well behave. berjanji untuk sama-sama jaga adik dengan ummi dan abah

p/s/s/s: baby "shopeeeee"

Tuesday, January 18, 2022

0 Nuh 2022

Assalamualaikum WBT






Selamat ulang tahun muhammad nuh. semoga membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat.

Buat apa yang kamu suka. buat yang terbaik dalam segala perkara yang kamu lakukan. always be a winner mindset but it's okay to lose. jatuh 5 kali, bangun 6 kali okay. we proud of you. 

Ingat, orang yang hebat adalah orang yang sabar. nak buat apa-apa, dahulukan sabar. inshaallah kejayaan pasti datang pada kamu.



special for you

 

Friday, January 25, 2019

0 Bermalam di Colombia

Assalamualaikum. bunyi macam melancong ke negara Africa sana. hahahha. tetai mengertilah. ini adalah sebahagian ujian buat kami sekeluarga. anak - anak dah seminggu demam tak kebah. akhirnya terpaksa ditahan wad untuk dimonitor oleh doctor. adam dan nuh warded di hospital Colombia Asia Setapak.




2-3 hari sebelum warded, adam muntah - muntah dengan kerap. nak kata pemakanan pun bukan. sebab apa yang kami makan. makanan tu lah yang dia makan. nuh pulak cirit - birit. bila pergi klinik. doctor nasihat kan supaya warded. atas sebab nuh payah makan ubat. untuk elakkan dehydrate dan nak dapatkan rehar yang cukup.

Bila check up dekat hospital. dapat sample najis anak - anak. doctor suspect kena rota virus. antara symptom nya cirit - birit dan muntah - muntah. virus ni mudah berjangkit pada kanak - kanak melalui pemakanan atau air.

Bila flashback. kami dapat recall seminggu sebelum this things happen. kami sekeluarga pergi bercuti ke Palm Garden Putrajaya. mungkin berjangkit dari swimming pool hotel berkenaan.





Apa pun. alhamdulillah segala proses pemulihan berjalan dengan lancar. kiranya kami sekeluarga berkampung di Colombia. janji anak - anak sihat. tu yang paling penting.
.
Terima kasih ummi, tok ibu dan tak bah yang banyak membantu. alhamdulillah.

Sekian . . . Peace






p/s: celebrate birthday ummi di hospital. kesian

Friday, January 18, 2019

0 Noah - 2

Assalamualaikum. selamat ulang tahun yang ke-2 Noah. semoga Allah sentiasa melindungi kamu didunia serta diakhirat. kami berdoa semoga kamu menjadi anak yang soleh, berjya dunia akhirat.

Noah sekarang dah jadi best friend abang adam. dalam suka ada duka nya. bermaksud kalau time baik, bukan main mesra lagi. kalau gaduh, masyaallah. selagi salah sorang tak menangis, memang takkan nak berhenti. hai laa anak kuu.

Setakat pemerhatian kami. noah ni seorang independent. wah, dia punya independent tu memang kadang - kadang tak leh bawak bincang. abang adam nak tolong pun dijawabnya tak payah. hati kau kental roy. hahahah. dah nampak dah ciri - ciri anak lahir bulan january. sebijik macam ummi nya.

Kepada noah. jangan laa garang - garang sangat dengan abang adam ye. walau dengan ummi sekali pun ye. sebabnya kami sangat sayangkan noah.

Peace yaw. Sekian . . .





p/s: we love you noah

Thursday, January 18, 2018

0 Noah

Assalamualaikum. selamat ulang tahun Noah. sekejap je masa berlalu. tak sedar pun bila awak dah setahun macam ni. bila awak besar ye? hahaha, Noah merupakan hadiah harijadi untuk ummi. January babies gituuu

Noah setakat ini apa yang boleh dikatakan seperti jinak-jinak merpati. dari jauh bergelak ketawa dengan orang. tapi bila nak ambil dukung. menjerit sekuat hati. apa laa kamu ni noah. memainkan perasaan orang ramai.

Umur setahun dengan berat 7kg. fuhh, setiap kali pergi check up, mesti murse akan pesan bagi nuh makan lebih lagi ye. sebab dia sekarang di line kuning. (line kuning = BMI bg budak budak). macam mana tak naik berat badan nya nurse, ligat budak ni. kejap ada kt ruang tamu, kejap ada kt dapur. tak duduk diam langsung.

Kalau duduk dalam carseat. hurm lagi lah. asyik nak mengeletat. geram betul noah ni. hahaha. pernah satu kejadian. dia menangis sepanjang perjalanan nak pergi pick up ummi. sampai biru laa muka duk menangis. last-last berenti tepi. double signal untuk bukak dia dari carseat. elok buka dan ambil dari car seat, terus senyum. hadoii aku sebagai bapa yang tahap kesabaran tertinggi. geremm je tengok dia ni. hahahaha.

Baik noah. semoga Allah jadi kan awak anak yang soleh, taat kepada Allah dan keluarga serta berjaya dunia dan akhirat. ameen.

Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar








p/s: Noah ni abang adam yang start panggil nama tu. abang long sangat

p/s/s: Noah ceria tapi berbahaya. suka menempel pada orang yang dia selesa.

p/s/s/s: nak berak cari abah. nak susu cari ummi. nak tido cari abah. demam cari ummi. bertabahlah

Wednesday, January 25, 2017

0 Lil Bro Name

Assalamualaikum. apa habaq ampa semua. sihat ka. baguih nooo. hahahaha. alhamdulillah. pejam celik, mandi makan berak. dah seminggu rupanya usia lil bro. masyaallah. sungguh masa pantas berlalu. apa tidaknya. baru semalan rasaya madam dan lil bro discharge. hahaha. dan hari ni hari ke-7 untuk lil bro. alhamdulillah.



Maka bersempena hari ke-7 ini. adalah disunatkan untuk ibu bapa menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang baik kan. alhamdulillah semua bersetuju dan "bersepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat selamat dunia akhirat". hahahaha. ni kalau madam baca ini. harus dia menyanyi ini. hahaha. inshaallah kami nama kan kamu lil bro dengan nama Muhammad Nuh Bin Mohd Haziq. bersempena nama Nabi yang ke-3 dan membawa maksud Nuh: Rehat ; Selesa. boleh juga panggil Noah. baru english sikit.hahaha.

Pada pendapat aku, tak payah la kau nak susah-susah letak nama anak kau panjang-panjang. kesian dekat anak tu nak bawak nama yang kamu bagi. kalau perepmuan, nama raisha umairah aweera: panggil Mai. kalau lelaki pulak nama bakhtiar jamalluilai kamal badri: panggil jamal. tak ke sedih anak tu. nama panjang-panjang, last-last panggil Mat je. hahahaha. kalau boleh letak simple dan bermakna. Muhammad Mikael sebagai contoh. kan sedap tuu.hahaha

Kalau adam dulu. hari ke-7 jatuh pada hari Jumaat. boleh lah bercukur terus. tapi kalau nuh ni. kita tunggu laa dulu. kau siap nuh.hahaha

Kbai

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates