Showing posts with label adam. Show all posts
Showing posts with label adam. Show all posts

Thursday, December 12, 2024

0 Welcome New Member

 Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Yang Memiliki Langit dan Bumi. Syukur kehadirat Mu ya Allah diatas nikmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Syukur Madam selamat melahirkan seorang bayi perempuan. alhamdulillah segalanya selamat, dipermudahkan urusan serta dalam keadaan yang lebih bersedia.

Welcome to our new family member:


Semoga membesar dalam keadaan yang sempurna, menjadi anak solehah serta berjaya didunia malah cemerlang diakhirat. ameen






p/s: adam dan nuh sangat excited menantikan adik mereka

p/s/s: adam nuh sangat well behave. berjanji untuk sama-sama jaga adik dengan ummi dan abah

p/s/s/s: baby "shopeeeee"

Monday, March 21, 2022

0 New Journey - School

 Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, setelah pulang dari bercuti. masing sudah recharge energy. Maka hari ini hari pertama Adam masuk sekolah untuk Tahun 1. 

Wah, dah besar ye awak Muhammad Adam. lain betul feel dia. yelah kan. tiba-tiba kau pergi cari dan siapkan keperluan mereka untuk ke sekolah. cari baju sekolah. aku cakap dekat Madam 'kalau kita rasa Adam tu dah besar, kita ni pulak dah makin tua tau" hahahaha. awak je rasa tua. saya awer muda. Madam tek pernah kalau gaisss.hahahaha

Ummi Abah doakan awak berjaya dan boelh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ye. be a good boy. Jaga diri jaga akhlak. berbuat baik kepada semua. pesan Madam pada Adam. wah, banyak betul pesanan dia.

Habistu abah nak pesan apa? Madam tanya. simple je Dam pesan abah. dengar nasihat Ummi. hihihihi


seluar tak muat gaiss. hahaha

masuk sendiri. beratur sendiri. cari nama sendiri. masuk kelas sendiri.
you're independent boy






p/s: syukur alhamdulillah dikurniakan Adam dan Nuh

p/s/s: walaupun kadang-kadang buas melebihi segalanya

Friday, February 26, 2021

0 Jom Traders

Assalamualaikum Wbt. ada kisah yang nak dikongsi weekend aktiviti keluarga kecil kami. disebalik kegembiraan bermalam di Traders, tempat pilihan last minit tapi sangat berbaloi. 

Pada asalnya plan dengan madam nak staycation minggu ni. wow. mesti budak-budak seronok. tetapi ingat senang ke nak dapat peluang staycation? memang silap laa anak- anak ye. dari pagi budak-budak dikerah buat kerja sekolah, kemas rumah dan no gadjet. hahah.

Pada awal nya kami booking di Swiss Apartment di area Pudu. sebab apa dekat sini? berkonsepkan apartment dan paling best ada private swimming pool kalau ikut gambar Booking.com. wah, musim-musim covid ni mana-mana hotel pun facilities semua tutup. dem. ini sudah bagus.budak-budak pun ni je laa aktiviti mereka pun kalau pergi mana-mana staycation.

Anak-anak dah settle semua kerja rumah. saja laa ajak mereka keluar ronda-ronda sambil cari lunch. kiranya plan tu terus keluar dan bermalam disana. beli lunch semua siap-siap dan terus gerak ke destinasi.

Dari jauh bila sampai area staycation, budak-budak dah menjerit gembira. wah korang tahu-tahu je kan. sabar-sabar semua, bagi abah settle urusan  check in - pesan ummi. budak-budak dah tak sabar ni. takpe, kita tunggu abah siap - nyampuk nuh

Aih, dah 20 minit masih tak selesai. ummi call abah. "hah, lama betul check in. ada bilik tak" . adam nuh dah start cuak. ini prank ke apa? 5 minit berlalu abah masuk kereta - "tak dapat bilik" abah balas ringkas

Apa dah jadi? "dalam gambar tak sama dengan apa yang hotel ada" maksudnya apa tuan-tuan. ye. private swimming pool tu takda ye gaiss. aih berbulu je. lain kali semak laa gambar apartment kau tu. customer booking/paid based on apa yang ada dalam website kau. 

Dengan pantas ummi buka booking.com dan cari staycation area KL yang available sekarang. hah, Pup! keluar Traders. harga berpatutan sebab dah lebih masa check in - terus tuju ke sana.

Alhamdulillah segala urusan check in settle. here we go. we stay here for tonight. dan paling penting budak-budak happy. dapat view KLCC lagi. the best view ever. alhamdulillah.

Sempat jalan-jalan KLCC tapi malangnya banyak kedai tutup dan tak boleh nak dine in. sedih

Thats all. see you soon. Kbye



Day vs Night ~ KLCC



rilek pakai baju tido dekat klcc park. haha



"hai awak" hihihi







p/s: hati hati guys musim covid ni. jaga diri jaga jarak patuh SOP ye

p/s/s: we miss this moments

Friday, January 25, 2019

0 Bermalam di Colombia

Assalamualaikum. bunyi macam melancong ke negara Africa sana. hahahha. tetai mengertilah. ini adalah sebahagian ujian buat kami sekeluarga. anak - anak dah seminggu demam tak kebah. akhirnya terpaksa ditahan wad untuk dimonitor oleh doctor. adam dan nuh warded di hospital Colombia Asia Setapak.




2-3 hari sebelum warded, adam muntah - muntah dengan kerap. nak kata pemakanan pun bukan. sebab apa yang kami makan. makanan tu lah yang dia makan. nuh pulak cirit - birit. bila pergi klinik. doctor nasihat kan supaya warded. atas sebab nuh payah makan ubat. untuk elakkan dehydrate dan nak dapatkan rehar yang cukup.

Bila check up dekat hospital. dapat sample najis anak - anak. doctor suspect kena rota virus. antara symptom nya cirit - birit dan muntah - muntah. virus ni mudah berjangkit pada kanak - kanak melalui pemakanan atau air.

Bila flashback. kami dapat recall seminggu sebelum this things happen. kami sekeluarga pergi bercuti ke Palm Garden Putrajaya. mungkin berjangkit dari swimming pool hotel berkenaan.





Apa pun. alhamdulillah segala proses pemulihan berjalan dengan lancar. kiranya kami sekeluarga berkampung di Colombia. janji anak - anak sihat. tu yang paling penting.
.
Terima kasih ummi, tok ibu dan tak bah yang banyak membantu. alhamdulillah.

Sekian . . . Peace






p/s: celebrate birthday ummi di hospital. kesian

Saturday, June 25, 2016

2 40 Times

Assalamualaikum. alhamdulillah. hari ini genap 40 kali adam bercukur. maka tercapailah hasrat ummi dan abah untuk melaksanakan niat kami dari mula-mula adam lahir lagi.

Alhamdulillah juga dapat sokongan dari keluarga. malah ada kalanya mereka tak sabar untuk menunggu adam habis bercukur 40x. excited nak tengok adam ada rambut pulak. asyik botak je katanya. hahaha. it's okay. adam is cool je.

Adam says thank you to Opah Yah kerana merasmikan cukur yang pertama. dan tidak lupa juga kepada Tok Bah yang setiap minggu tidak akan miss untuk cukur kepala adam.

Untuk pengetahuan. adam akan bercukur setiap minggu pada hari jumaat. Since adam lahir jatuh pada hari jumaat. cukup umur adam seminggu. kami terus decided untuk start cukur adam. sehingga lah ke hari ini. alhamdulillah. Allah permudahkan urusan bercukur dan tak pernah miss untuk bercukur. walau sesekali Tok Bah akan berperang dengan adam. maklum lah. makin besar. bukannya nak duduk diam budak nih. *haiyak*



botak is ohsem

Actualy. ummi dan abah pun tak sabar nak tengok rambut adam. kerinting ke. luruih ke. atau tersekat disekala 3.hahahaha




Monday, November 23, 2015

0 Anniversary?

Assalamualaikum. semalam baru kenduri cici. dan hari ini setahun yang lepas, aku selamat diakad nikahkan dengan madam. seriusly madam.hahaha. sudah setahun ye. pejam celik tegolek teguling bersama. wahhh. syukur ya Allah. cici tu sebokk laa tuh nak sama tarikh dengan kami punya tarikh. hahahaha.

Seriously, malu sebenarnya nak ucap anniversary secara public. biarlah aku dan madam je yang menyambutnya bersama adam. bukan nak malu apa. malu dengan otai-otai yang sudah berpuluh tahun berumah tangga. 5,10,20 tahun sudah berjaya mengharungi alam rumah tangga. tak ke segan tu. bagi aku lah. mereka lebih layak untuk wish secara public kan.hahahha. ini hanya pandangan naive aku saja tau. tak salah pun. lantak kome.

Tapi kan, aku lagi malu kalau jenis baru beberapa bulan kawin dah wish anniversary. "happy 2 month anniversary sayang" what the fak wehhh. sambil letak tangan suami kat pipi. penyepak mau tak? abang - kakak semua, orang lain pun kawin jugak, bahagia jugak. tapi kemesraan tu simpan antara korang boleh tak. tak salah kan. eieieiei

Madam, we did it. my pray always with you and adam and the whole family. let's make it until the end yaa.







p/s: bkn main seronok adam tu first check in tuu.hahahah

p/s/s: yang couple wish anniversary lagi lah. rasa nak flying kick direct kt kepala.


Sunday, November 22, 2015

2 Selamat Mendirikan Masjid [6]

Assalamualaikum. alhamdulillah, seorang lagi sahabat kami selamat mendirikan rumah tangga. beliau selamat dinikahkan oleh bapanya sendiri Pakcik Talib. walau gugup. hahaha. almaklumlah kan. ini je puteri yang dia ada. gila kau tak gugup. hihihi.



Cici atau Aishah ni sahabat satu universiti kami. sahabat baik madam. baik sangat nih.memandangkan kami sudah melepasi fasa perkahwinan, maka madam banyak memberi nasihat mahupun sumber rujukan bagi nya. yelah, kan senang nak rujuk since kita dah laluinya kan. hahaha

Sahabat punya pasal, hari jumaat sudah berangkat ke Melaka. hahahah. selamat sampai tengah hari di Melaka. siap check in hotel semua. terus ke rumah pengantin untuk persiapan. kali ini, kami handle gubahan hantaran dan mini pelamin untuk pemgamtin. tak susah pun. power tak power. hahaha

Keesokkan hari Sabtu, majlis berjalan lancar. alhamdulillah. adam pun well behave. dia mengerti dia kena behave kalau dalam majlis. good adam good

Kepada Cici dan suami, kami ucapkan tahniah dan selamat melayari alam rumah tangga. nak nasihat lebih-lebih pun, kami pun baru jugak dalam alam rumah tangga ini.haha. namun,sama-sama lah kita saling memberi peringatan. dalam urusan rumah tangga ini, sangat memerlukan kepada komunikasi antara pasangan serta saling tolak ansur antara satu sama lain. inshaallah berbahagialah kita hendaknya. ameen











p/s: adam first check in

p/s/s: madam boleh buat perkhidmatan kerja kawin.hahahah



Sunday, November 1, 2015

0 Junior: I'M Back

Assalamualaikum. wah. tajuk entri macam dialog terminator gitu. "I'll be back" . laa, tak kan tak tau dialog arnold schwarzenegger (susah betul nak eja cara baca nya). tak tahu tak mengapa lah. bukannya penting pun. just joking around. hahaha. the most importantly, ummi and adam were back. alhamdulillah. mereka sepatutnya dijadualkan pulang ke KL selepas tamat berpantang, tetapi mengambil keputusan untuk pulang lebih awal. nak berpantang dengan abah dia katanya. fuyooo. hahahah

Yeay, i'm not alone anymore. plus got two buddies in this house. hahahah. alhamdulillah, mereka berdua selamat berpantang dan pulang ke KL dengan baik. ummi well behave. betul-betul berpantang. even kat rumah sini pun masih berpantang. nak sambung sampai 100 hari katanya. try laa kalau boleh. hahahahaha

The challenge begins. kau kena adjust masa dan tenaga kau dengan betul. sebelum kerja settle kan si adam dan ummi nya. ummi pun hanya tolong siapkan sarapan saja. bukan tugas berat pun. hahaha. yang beratnya nak mengangkat budak semangat tuu. hahahah. mandikan dia siap-siap sebelum pergi kerja. setakat ni, kelaut jugak lah waktu office hour aku. hahahaha. nasib bos memahami. mintak maaf sangat-sangat bos.



Next time kite jumpa lagi yee. Chaw





p/s: ummi xsabar nak habis pantang. dah marking tempat dia nak p mana. hahahaha

p/s/s: ummi berpantang, abah dia ke laut.hahahaha. konon

p/s/s/s: i'm happy abah.hihihi

Saturday, October 31, 2015

0 Junior a Month

Assalamualaikum. saja nak fast update. adam dah sebulan . baru je lepas cucuk untuk sebulan. berat saya steady je. tak berat mana pun. cukup laa sekampit beras. hahahahaha. berat yang mampu buat lengan ummi jadi sado.hahahaha





Chaw =)

Tuesday, October 27, 2015

0 Junior Got Name

Assalamualaikum. major throwback untuk post kali ini sebenarnya. hahaha. mintak maaf laa ye. alhamdulillah, masuk hari ke-7 selepas hari kelahiran junior. kami sempat untuk melaksanakan cukur kepala. alah, buat sendiri jer. majlis yang proper sikit akan dilakukan sedikit masa lagi bersama akikah junior nanti.

Alhamdulillah, tidak susah nak settle kan kepala junior nih. hahaha. tetapi kalau nak settle kan sorang tu. agak susah jugak laa kan. lagipun mana pernah cukur kepala budak hoiii. main belasah je ni. ustaz kata kalau cukur kepala budak dan telajak cukur sampai bedarah, tanggung dosa beb.

Tapi alhamdulillah lah, junior steady saja melayan orang cukur kepala dia.

Adam Haziq
Apa yang penting, pada hari ke-7 kelahiran junior, disunatkan untuk memberi nama - nama yang baik kepada anak ini. there you go. Muhammad Adam Bin Mohd Haziq is your name. anak Selangor gituu kau yee. hahaha. welcome to the world dear. ummi dan abah sayangkan dengan kamu. bersyukur dengan anugerah Allah dan inshaallah dengan sedaya upaya menjaga amanah yang Allah berikan pada ummi dan abah.

Ummi pun nampaknya dah sihat sikit untuk bawak kamu balik berpantang di kampung. inshaallah ummi dan adam berpantang betul-betul dikampung yerr.

Chaw.

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates