Thursday, January 18, 2018

0 Noah

Assalamualaikum. selamat ulang tahun Noah. sekejap je masa berlalu. tak sedar pun bila awak dah setahun macam ni. bila awak besar ye? hahaha, Noah merupakan hadiah harijadi untuk ummi. January babies gituuu

Noah setakat ini apa yang boleh dikatakan seperti jinak-jinak merpati. dari jauh bergelak ketawa dengan orang. tapi bila nak ambil dukung. menjerit sekuat hati. apa laa kamu ni noah. memainkan perasaan orang ramai.

Umur setahun dengan berat 7kg. fuhh, setiap kali pergi check up, mesti murse akan pesan bagi nuh makan lebih lagi ye. sebab dia sekarang di line kuning. (line kuning = BMI bg budak budak). macam mana tak naik berat badan nya nurse, ligat budak ni. kejap ada kt ruang tamu, kejap ada kt dapur. tak duduk diam langsung.

Kalau duduk dalam carseat. hurm lagi lah. asyik nak mengeletat. geram betul noah ni. hahaha. pernah satu kejadian. dia menangis sepanjang perjalanan nak pergi pick up ummi. sampai biru laa muka duk menangis. last-last berenti tepi. double signal untuk bukak dia dari carseat. elok buka dan ambil dari car seat, terus senyum. hadoii aku sebagai bapa yang tahap kesabaran tertinggi. geremm je tengok dia ni. hahahaha.

Baik noah. semoga Allah jadi kan awak anak yang soleh, taat kepada Allah dan keluarga serta berjaya dunia dan akhirat. ameen.

Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar








p/s: Noah ni abang adam yang start panggil nama tu. abang long sangat

p/s/s: Noah ceria tapi berbahaya. suka menempel pada orang yang dia selesa.

p/s/s/s: nak berak cari abah. nak susu cari ummi. nak tido cari abah. demam cari ummi. bertabahlah

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates