Showing posts with label dirinya. Show all posts
Showing posts with label dirinya. Show all posts

Monday, December 15, 2014

3 [Part 2 - Big Day] Kenduri.Keluarga.Sahabat

Assalamualaikum. haaa. kenduri kami adalah sama dengan hari dimana kami di ijab kabulkan. setelah selesai majlis akad nikah di masjid jamek gerik, sedikit acara bergambar bersama keluarga dan sahabat2. kemudian kami terus ke butik pengantin kak syela area pekan gerik. untuk persiapan acara seterusnya yakni kenduri pula.

Alhamdulillah, kami sampai di butik pengantin dalam pukul11 tengah hari. pasangan yang awal tiba untuk persalinan. alhamdulillah, tak lama selepas itu, 2-3 pasangan sampai untuk di make up kan dekat butik tuhh. memandangkan kami sampai awal, maka tak perlu nak tunggu turn baru boleh make up. aku siap salin baju semua. pengantin puan pulak half way make up. tanam bulu mata katanya. hahahah. tak payah laa panjang2. ingat nak kenduri padang pasir macam unta ke nak panjang-panjang. hahahaha.

Family pula balik ke hotel untuk berehat selepas majlis akad nikah. sementara nak menunggu kenduri pukul12. sempat laa mereka-mereka yang datang direct dari ipoh mahupun KL untuk bersiap dan segarkan diri masing-masing.

Rombongan lelaki agak delay untuk tiba di rumah pihak perempuan. namun segala berjalan lancar. disambut oleh pengantin perempuan dan pengapit serta satu lagi pasangan yakni abang kepada pengantin perempuan.

Selepas acara makan beradap, aturcara seterusnya bergambar bersama rombongan dari pihak lelaki. tak bergambar tak sah pulak kan. dah bertanjang dan berbulu mata lip lap lip lap. cun habiss. hahaha. setelah selesai bergambar, pengantin sama-sama menyambut dan menyapa para tetamu yang hadir. ramai dan meriah.

Selesai kenduri, pengantin diajak untuk beroutdoor. dan hasil nya akan aku kongsi pada post yang seterusnya. baru aku leh qada post yang dulu. iyedokk. hahaha.

Terima kasih tidak terhingga untuk ibu-abah, mak-abah, abang2 kakak2 ipar duai, sepuput sepapat, anak saudara tok imam masjid.tanpa redha Allah dan pertolongan kalian, mungkin kami tak dapat disatukan malah majlis pun belum tentu ada. terima kasih untuk segalanya. kalau nak ungkap pun, terlalu banyak. kami sayang anda semua. muaahh cikedd. sudahh. layan gamba untuk family dulu yer. chaww

to be continued . . . . .

abah | pakanjang | pengantin

mak | abah | pengantin

kak erni | pengantin

family | pengantin | kawan 
sarah | sumayyah



p/s: mesti tetunggu nak baca nota kaki kan?hahahahah

p/s/s: dah agak dah agak dah.

p/s/s/s: kita merancang, Allah menentukan. alhamdulillah

Tuesday, December 9, 2014

4 [Part 1 - Big Day] Akad

Assalamualaikum. alhamdulillah. tarikh 22/11/14 tarikh yang merubah kehidupan aku. kiranya next phase of my life giteww. hahaha. achievement unlock katanya. hihihi. alhamdulillah, that day run smoothly. akad dan kenduri pada hari yang sama. kenduri pulak disambut bersama abang ipar, yang mana baru juga melangsungkan perkahwinan lebih awal dari kami.



Majlis akad nikah pada paginya pukul 10. bertempat di masjid jamek, Gerik. diakad oelh ustaz yang diwakilkan oleh bapak mertua. alhamdulillah. dengan sekali lafaz yang pada aku sangat berbeza dari pengantin-pengantin kebabayakannya. aku sah beristerikan erlizawani bt jasmi, pasangan yang menjadi pilihan. rebutan ni hoiii. hahaha. but, ' best men win isn't ' . hahaha. syukur dan tenkiu sangat sebab memilih aku sebagai teman untuk kehidupan kau seterusnya. alhamdulillah

Saat diakad, pada aku, setiap pengantin perlu menghayati saat-saat perpindahan tanggungjawab dari seorang bapa kepada kau. kau tahu apa itu erti akad? ye, memang itu satu tanda dia sah bergelar isteri kau. tapi adakah kau tahu yang akad itu juga adalah tanda kau menerima satu amanah besar dari bapa pengantin perempuan? ye, itu sepatutnya yang perlu disemat dalam hati dan akal kau. kau juga menerima untuk bertanggungjawab keatasnya, menjaga keselamatan, pakai minum, zahir dan batin. dan paling penting, dosanya adalah untuk kau. yang akan menangung dosa-dosanya adalah suami. yup, memang berat, tetapi ustaz berpesan, didiklah isteri mu, anak-anak2 mu. agar mereka membawa kamu ke syurga. inshaallah. ameen



Dalam khutbah kahwin nya, apabila telah berkahwin. bagi perempuan. taatnya hanyalah untuk suami manakala bagi lelaki taat nya untuk ibu dan bapanya dan hormatnya adalah untuk isterinya. inshaallah. belajar dan terus belajar agar mereka yang aku sayang dapat dibahagikan dengan seimbang.


Mohon agar kita sama-sama terus belajar dalam melengkapi kehidupan kita. inshaallah. bukankah perkahwinan itu saling melengkapi antara satu sama lain kan. ekelehh!hihihi. kelebihan aku menutupi kelemahan kau dan begitulah sebaliknya.






to be continued . . .



p/s: puas hati dengan baju akad. sopping time p bandung dulu

p/s/s: mata kenyit sokmo. bulu mata berat katanya. hihi

p/s/s/s: smart!hahaha. muahh

Monday, December 8, 2014

2 [Teaserl] Big Day

Assalamualaikum. alhamdulillah. im married guys. hahahaha. alhamdulillah. majlis kedua-dua belah pihak pun dah selesai. for time being, aku bagi teaser dulu oke tak. aku nak sedaya upaya akan recap one by one. kalau boleh lah lah. inshaallah.

Buat masa nih, tak sempat nak duduk dan menulis. sebab tu teaser yang muncul dlu. oke laa ye. harap bersabar. hahahah. inshaallah aku akan berusaha menyiap kan semua cerita itu. macam assignment pulak. khkihkih.

Overall, apa yang boleh aku cakapkan sehingga saat ini, marriage is all about sharing. it's totally different dengan kehidupan kau yang sebelumnya. so far so good and prepared for anything. inshaallah. me totallu enjoyed it. hikhikhik

let's begin our journey | #ellyhzq



p/s: alhamdulillah, segalanya berjalan lancar

p/s/s: dah tak berdebar dah, hahahaha

p/s/s/s: love uuuu

Friday, July 25, 2014

2 Jubli Perak

Assalamualaikum. salam 27ramadhan. alhamdulillah, masih diberi kesempatan hingga saat ini untuk beribadat, hidup dimuka bumi yang hanya sementara dan menulis untuk sekali lagi pada hari ini. walaupun ianya suda berlalu minggu lepas. aku masih ingat apa yang dilalui. lagipun aku outstation bohh!hahaha

Umur ku sudah selayaknya diberi pengiktirafan jubli perak. alhamdulillah, masih muda namun usia nya semakin bertambah. terlalu sedikit pengalaman kalau nak dibandingkan dengan mereka2 yang seusia dengan aku. terlalu sedikit achievement yang sudah dicapai kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sebaya dengan ku.

Dari segi kematangan hidupnya, dari segi pencapaian hidup, arghh. just a little little sahaja. belum lagi bab berkeluarga dan sebagainya. aku sangat cemburu pada mereka yang sebaya aku sudah mencapai pelbagai pengalaman, pencapaian tertinggi dan memiliki something yang unbelievable to achieve. pengalaman aku? inshaallah mampu membawa diri dalam dunia hari ini. bukan nya susah pun. kebergantungan itu hanya lah kepada Allah.

Gambar Hiasan :: sumber google

Contohnya thomas muller, player German main untuk world cup. umur dah sebaya dengan aku, tapi dah wakil negara, menyumbang kepada negara dan menang pulak world cup. power habis. ada pulak yang build up business sendiri dan sudah membawa jenama masing2 dengan bangganya. ada rumah sendiri, kereta sendiri dan yang paling penting aset2 sendiri. which is aku sangat mengkagumi orang-orang jenis macam ni. muda-muda lagi dah berjaya mengumpul aset. tapi aku? duduk depan computer dan komplen dengan hidup sendiri. *sigh*

Oleh itu, macam mana nak sedapkan hati kau tu dari komplen tak tentu pasal? dengan cara, ini semua rezeki Allah. Allah menangguhkan rezeki kau sebab kau selalu lupa pada dia. baru sedikit Allah bagi nikmat, kita kadang-kadang lupa dengan pemberian Allah itu. selalu komplen apa yang kita tidak ada. itu ini dan sebagainya. bagaimana pula dengan apa yang kau ada ziq? sudah kah kau bersyukur denga apa yang dia bagi kat kau selama ini. rezeki Allah itu bukan lah semata terletak pada harta dan kebendaan. cuba kau tengok sekeliling kau. itu juga adalah satu nikmat dari Allah. dikelilingi dengan orang yang menyenangkan. nikmat sihat yang kau boleh bantu kedua ibu bapa kau kesana sini.

Alhamdulillah, being inspired from my love one. walaupun kite hanya berbincang kosong, namun aku sudah nampak kemana kita nak tuju lepas ini. please hold a second and wait for our next plan. the first step is always the hardest one. belajar inersia kelas fizik tak?ni mesti monteng pergi debate!hahaha

Dikesempatan ini. terima kasih ibu abah serta abang2. kalian adalah terbaik dalam hidup aku. we are nobody in here but inshaallah, we are somebody in hereafter. our family is the coolest ever. to the love, thanks for always be the PA in every field. you can be anything just in time. just pull the button and change the position and role. yaAllah, kurniakan lah kesejahteraan dan kebahagian kepada mereka2 ini didunia dan akhirat. ameen


  
 p/s: xda wish apa.wish semoga plan bulan12 berjalan lancar.tu jer

p/s/s: tapi klo dapat lasut lunarglide 6 power gak. nike flyknite ke. hahah

p/s/s/s: gambar hiasan. orangnya kecil tetapi berjiwa besar ingin menakluk dunia. #respect

Friday, June 28, 2013

0 [Infographic] Freelance

Assalamualaikum. long time no see. where have you been? busy konon. kemon laa beroo. hahaha. semoga kalian sihat saja ye. jaga kesihatan. ramadhan dah tak lama dah. sentiasa berdoa semoga Allah berikan kita kesempatan untuk bertemu lagi dengan ramadhan tahun ini. sesungguhnya, ramadhan nih banyak kenangan terutama ramadhan tahun lepas. tapi tidak mengapa, bukan soal kenangan yang mahu dikongsi disini.

Ceritanya bagaimana anda sekarang, your life after graduation even not convocation yet? yang dah dapat kerja, alhamdulillah, yang dapat training mana2, pun alhamdulillah. yang tak dapat kerja, pun alhamdulillah, kerana apa, diberi peluang dimana anda berada sekarang. percaya atau tidak, kamu masing2 mengimpikan apa yang org lain dapat

Sebagai contoh, mereka yang masih lagi belom dapat mana2 offer kerja, mereka mengimpikan dapat kerja macam member2 dia dapat kerja sekarang. dan orang yang dah dapat kerja juga mengimpikan mereka ada masa seperti mana mereka yang masih belum lagi dapat kerja. vice versa orang siam kata. sebab tu say alhamdulillah. and me? freelance...konon!hahahah


freelance

Walauapapun, rezeki tu milik Allah, dan Dia bagi kat kita dengan berjuta-juta cara, keadaan dan masa. yang penting berusaha, doa, tawakal. semua orang pun mengharapkan yang terbaik terjadi dalam kehidupannya. dan perlu ingat kesenangan itu hanya dipinjamkan buat sementara sahaja.

Aku juga jeles, dengki, dengan kawan2 aku, satu batch grad dengan aku (especially madam ~ hehe) yang dah dapat kerja dan juga dalam proses menstabilkan diri mereka. tetapi takkan ak nak tengok saja mereka dengan kejayaan mereka tanpa ak berbuat apa2. kemonn. live must go on. get motivated and push the limit.


sumber

Wednesday, September 26, 2012

0 6 Ways In 6 Days





awesomess




Wednesday, September 19, 2012

0 Need Big Wardrobe

Should be in my wardrobe.seriously!....do i look just kidding right now?hahahhah

For a week.superb!





sumber: here


p/s: guide for all of us. remember.dress to impress! dress like a boss.....

Monday, July 30, 2012

0 Bersabarlah . . .







Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)



Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.


Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.


lebih ramai orang yang lebih hebat cabarannya, dugaannya dari kita. apa yang perlu kita lakukan bersyukur dengan keadaan sekarang dan berdoa kepadaNya agar dijauhi perkara yang boleh melemahkan jiwa.




credit: gambar = google
artikel = iluvislam.com




p/s: bersabarlah. sabar,sabar,


p/s/s: Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)

Monday, July 16, 2012

3 this is my MONTH!

hahaha.nk tegelak asenya. ini bulan ak yang pnya.......sape kisah?angkat tgn.meh ak fire ko...





insane - Tissot prc200



awesomeness - Tag Heuer pendulum



korea baq hang!haha




p/s: nak..nak.nak...sume oke.


Friday, March 30, 2012


@ Armada Hotel

Sunday, January 31, 2010

3 Done ~ Finish

ya2..mlm ni ak balik


*Sigh*..cuti midsem yg akn berlalu.mlm ni dah pon mau pulang ke UIA.

Seminggu bercuti ak gunakan sebaiknya..haha.sume kerja dpt dibuat dgn powernya kecuali study.Spray board bpk ak,berkebun,dan pe yg plg pnting internet 24hours.Yes.mmg tak kan dpt buat bnda ni kalo ak kat university.mendownload video adalah perkara utama.haha.sampai penuh laa hard disk laptop ak.lps ni nk kna cari external laa plak.terbang lg duit ak.baru plan nk angkat stick hoki baru.damn.tak lupa hampir tiap2 hari keluar.ada keje,g minum and jenjalan ngn bpk+abg ak.keluar adalah bnda wajib bila ak balik.haha

bila bukak nnti ak ada kuiz,test,presentation,submit assignment berderet.mak aih,cam tak bermakna ja cuti ak nih.mmg aa tak bermakna sbb ak xstudy.haha.patut ka uia bg cuti time nih?dah bila blk hometown,mmber ak takda sorang pon yg cuti.nape laa cuti uia ni len dari cuti U kat malaysia ni?tak paham ak.nasib baik laa abg ak pon cuti skali ngn ak.mmber2 uia sekerat dua je leh jumpa.takpa,insyaAllah balik nih kna start balik stdy.haha

mengupdate blog pon bila ada internet laju je.haha.sebulan update 4kali.leh kan?haha

see you soon..fighting!!!

picture credit to:weheartit.com

Tuesday, January 26, 2010

4 Jangan



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Semoga kita semua mendapat manfaat dariNya.Amin

Monday, July 13, 2009

7 12 Julai:Dimanakah dia...?



Entri ringkas dari ak.Tanggal 12 julai 20 tahun yang lalu,seorang budak tidak pernah terfikir,malahan tidak pernah menyangka akn berada dimana dia berada sekarang.itu semua kuasa tuhan yang menentukan segala-galanya.

Dimanakah budak itu sekarang?dia sekarang berada dalam kapal terbang boing 777-300(budak tu ada kat salah satu tingkap kapal terbang tuh)try aa cari,hehe.dalam perjalanan pulang ke tanah air kelahirannya.alhamdulillah.segalanya berjalan lancar.sehinggakan dia lupa yg 12julai merupakan hari yg patut di ingatinya.terlalu sukar untuk diungkapkan dgn kata2 betapa bertuahnya dia dapat berada dimana dia berada sekarang.

Berjuta2 perhargaan kpd yg merialisasikan impian yg tak pernah diduga.Terima kasih kepada sesiapa yg mengingati tarikh 12julai.serta yg memberi ucapan kepadanya.




Cintanya tertinggal disana...!!hehe
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates