Saturday, January 27, 2018

0 Mirage: 2013 - 2018 Part 1

Assalamualaikum. pertama tama sekali. kami sangat bersyukur kepada Allah SWT. dengan kuasa dan perlingdungan Nya. kami masih disini dan masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan dimuka bumi ini. apa yang bakal aku kongsi kan ini adalah macam mana pengalaman kami terlibat dengan kemalangan tempoh hari. yang baik boleh dijadikan panduan manakala yang buruk boleh dijauhkan ye.

Bismillah.




190118 - kami gerak balik gerik lepas jumaat. sudah menjadi kebiasaan bagi kami bertolak selepas selesai solat jumaat. segalanya berjalan lancar so far. berhenti rehat di r&r Tapah. memandangkan masing-masing masih belum asar. settle asar dulu apa-apa hal pun. lagipun sudah lewat. jam menunjukkan pukul 6 petang. aish, alang-alang dah berhenti ni. elok juga kalau isi perut anak beranak siap-siap. jadi tak payah laa nak berhenti banyak kali untuk makan. senang berhenti sekali gus sahaja.

Settle semua di r&r Tapah. tepat pukul 645, kami segera bergerak meninggalkan tempat rehat. alhamdulillah masing-masing lega setelah dapat berehat sebentar. cuaca ketika ini agak sejuk. kemudian hujan renyai-renyai mula turun membasahi bumi. traffik pula kian sibuk. walau kenderaan banyak, traffik masih lagi berjalan lancar.hujan semakin lebat membatas kan penglihatan pemanduan disepanjang perjalanan.

Kenderaan mula perlahan dikawasan pendakian bukit Gopeng. diatas faktor pendakian dan juga hujan lebat. usai pendakian, kenderaan mula meluncur laju menuruni kawasan bukit Gopeng di KM300. kereta depan Jazz putih kerap menekan brek untuk beberapa ketika. dengan sekelip mata membrek kecemasan lalu menukar arah ke kiri. dalam keadaan bersedia, kami masih sempat untuk brek ngam-ngam dengan bumper belakang Jazz. namun dengan sekelip mata, kereta belakang Myvi menyondol kereta kami lalu kereta meluncur laju kehadapan melanggar belakang kereta Jazz putih. kereta kami tidak berhenti disitu. kereta kami seolah-olah menerima hentaman kedua yang sangat kuat yang menyebabkan kereta berpusing 3-4 kali dengan laju. dan berhenti betul-betul di divider tepi gaung. GAUNG ok GAUNG. Allahu. masih segar diingatan macam mana keadaan kami berpusing.

Sejurus kereta berhenti berpusing, terus check keadaan anak-anak yang berada dalam carseat. alhamdulillah, semuanya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.kami segera keluarkan anak-anak dari carseat setelah adam menangis disebabkan terkejut dengan hentakan kuat dari belakang.

Seterusnya ada lagi kejadian selepas nya. bagaimana kami settle dekat balai polis? deal dengan tow truck haram?. nanti aku sambung next post

To be continued . . . .



p/s: sampai rumah terus sujud syukur tanda syukur tiada kecederaan berlaku pada kami satu family.

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates