Monday, March 16, 2015

4 [Special] Selamat Mendirikan Masjid [5]

Assalamualaikum. masyaallah. serius lama sangat tak menulis nih. last menulis december 2014. what??. sesungguhnya, aku pun tidak tahu mengapa lama sungguh aku tidak menulis.2 bulan tanpa sebarang post baru. such a big tiring to start write up balik. tapi tak mengapa, aku start post untuk tahun baru ini dengan special post from my family.

LPT Tepoh - Jabor

Tahniah diucapkan kepada keluarga Hj Salleh dan Hjh Zaiton kerana mendapat seorang lagi menantu pada tahun ini. dan dengan itu, maka lengkap lah keluarga mereka. anak-anak semuanya sudah berkeluarga dan bersedia melayari bahtera rumah tangga.

Kepada pasagan Hazman dan Aziela, tahniah diucapkan. semoga berbahagia hingga ke syurga. majlis akad nikah dilangsungkan pada 14March 2015 di Masjid UNiSZA dan kenduri dilangsungkan di rumah pengantin perempuan secara bersederhana pada hari yang sama. majlis akad nikah yang dijadualkan pukul930 tajam. namun, tok iman kelewatan walhal sudah dinyatakan sendiri olehnya tajam pukul930. majlis akad nikah paling cepat dan segalanya berjalan dengan lancar. pak imam mintak duit kocek lebih yee?  nasib baik x tak mendapat siku aku. hahaha. aishh.

Hazman - Aziela
Hazman Salleh ataupun baman, perbezaan umur hanya 3tahun. zaman sekolah selalu dibayangi oleh kelebihan beliau. siapa tak kenal 'jeme'? mana2 pun aku pergi, ni adik 'jeme' kan? hahaha. annoying but at the same time, feel protected. salah seorang abang yang perfectionist. dia akan buat sesuatu sampai laa menjadi. kalau sangkut, leave it to him. he can handle that. hahaha. abang yang jarang nak mengalah dengan aku. siot punya orang. itu yang menjadikan aku bukan seorang adik mahupun anak yang manja tau. *proud

Pada hari kejadian, aku juga adalah pengapit kepadanya. seperti biasa, adikmu ini sentiasa menerima tugasan itu dengan hati yang tenang. tidak ada lagi gemuruh seperti sebelumnya. maklum lah dah lepas fasa ituu. hahah. (kau nak gemuruh bagai kenapa zik, menggelabah lahh luu) hahaha.

Bro, sek kito jange pecohh terr!!hahaha

Bagi persiapan hantaran pula, semuanya ditanggung beres oleh menantu pakcik Salleh dan makcik Zaiton. kemain kauu Ton, mentang lah ada menantu. semuanya ditanggung beres dan berlapang dada yerr? alhamdulillah laa kan, family bonding katanya. bagus2. kalau bukan sekarang, bila lagi yee dokk. hahahah

Alhamdulillah. selamat pergi dan pulang. segala perancangan berjalan lancar. terlebih terkurang, minta dihalal kan. yang baik dari Nya, yang kurang dari kita.

Bro, kauu dah kawinn!!  hahahah. kita semua pun dah kawin. hahahah. jangan garang2 dengan bini tauu.

all taken and married


p/s: untuk bacaan budak yg tengah stress kerja. padahal dah pesan jgn stress.hahaha

p/s/s: korang tggu aktiviti kami bulan 2 yang lalu. nnti update.haaha

p/s/s/s: harap diberi kekuatan utk menulis. ameen

p/s/s/s/s: wife, balik nnti masak patin yerr.hahaha

Thursday, January 1, 2015

0 Pray for Pantai Timur

Assalamualaikum, umum tahu di penghujung 2014 ini, negara kita dilanda banjir yang amat kritikal. negeri paling kuat terjejas semestinya dari negeri pantai timur. espacially kelantan. dan juga pelbagai ragam mengenai banjir ini,

kami juga sempat menghulurkan bantuan. alhamdulillah, masih ramai rakyat malaysia yang menjadi sukarelawan dan bergerak sendiri. tidak menunggu gerak kerja dari pihak berkuasa. boleh dikatakan rakyat berusaha sendiri untuk membantu manga banjir.



dari awal bencana alam ini berlaku, gambar PM kita menjadi viral apabila sedang bermain golf, dikala rakyat malaysiamemerlukan sokongan moral mahupun bantuan keperluan asas dalam kelangsungan hidup

kemudian dengan bantuan lambat sampai. pengistiharan darurat tidak dilaksanakan. nak tunggu ramai terkorban dulu baru nk ishtihar darurat. malaysia darul kelakar betol

ini adalah random komen dari aku.hahahah

#prayforpantaitimur

2 [Part 3 - Big Day] Outdoor

Assalamualaikum. wah, lama betul gap dengan post yang sebelum nih. padahal bukan nya busy sangat pun. malas je lebih. aku rasa ni adalah last part of this story. the rest ill always keep in my heart for the rest of my life. hahaha

Ceritanya, selepas selesai kenduri. sempat laa mengabadikan pakaian pengantin. outdoor shoot laa orang putih kata. hahahah.menggelabah. seronok. walau tak pandai pose. nak2 dia tuh. hahahaha.saja je cari gaduh. hahahah

Thanks photographer. walau kami kekok nak mampos. hahahah. pose tak pandai. kayu sume lah. but it turn well. the picture was awesome and done really well. terima kasih sangat2.these photographer highly recommended. go to theclicks.me now












For now on, from bestfriend to husband and wife, lets begin our journey togather. no matter what, inshaallah, ak memohon padamu YaAllah semonga kami bahagia ke syurga dan sentiasa kuat dan tabah dalam sepanjang perjalanan ini. ameen. i love you wife.

See you guys again. choww!


p/s: berebut nak post sblm new year

p/s/s: muahhh wife

Monday, December 15, 2014

3 [Part 2 - Big Day] Kenduri.Keluarga.Sahabat

Assalamualaikum. haaa. kenduri kami adalah sama dengan hari dimana kami di ijab kabulkan. setelah selesai majlis akad nikah di masjid jamek gerik, sedikit acara bergambar bersama keluarga dan sahabat2. kemudian kami terus ke butik pengantin kak syela area pekan gerik. untuk persiapan acara seterusnya yakni kenduri pula.

Alhamdulillah, kami sampai di butik pengantin dalam pukul11 tengah hari. pasangan yang awal tiba untuk persalinan. alhamdulillah, tak lama selepas itu, 2-3 pasangan sampai untuk di make up kan dekat butik tuhh. memandangkan kami sampai awal, maka tak perlu nak tunggu turn baru boleh make up. aku siap salin baju semua. pengantin puan pulak half way make up. tanam bulu mata katanya. hahahah. tak payah laa panjang2. ingat nak kenduri padang pasir macam unta ke nak panjang-panjang. hahahaha.

Family pula balik ke hotel untuk berehat selepas majlis akad nikah. sementara nak menunggu kenduri pukul12. sempat laa mereka-mereka yang datang direct dari ipoh mahupun KL untuk bersiap dan segarkan diri masing-masing.

Rombongan lelaki agak delay untuk tiba di rumah pihak perempuan. namun segala berjalan lancar. disambut oleh pengantin perempuan dan pengapit serta satu lagi pasangan yakni abang kepada pengantin perempuan.

Selepas acara makan beradap, aturcara seterusnya bergambar bersama rombongan dari pihak lelaki. tak bergambar tak sah pulak kan. dah bertanjang dan berbulu mata lip lap lip lap. cun habiss. hahaha. setelah selesai bergambar, pengantin sama-sama menyambut dan menyapa para tetamu yang hadir. ramai dan meriah.

Selesai kenduri, pengantin diajak untuk beroutdoor. dan hasil nya akan aku kongsi pada post yang seterusnya. baru aku leh qada post yang dulu. iyedokk. hahaha.

Terima kasih tidak terhingga untuk ibu-abah, mak-abah, abang2 kakak2 ipar duai, sepuput sepapat, anak saudara tok imam masjid.tanpa redha Allah dan pertolongan kalian, mungkin kami tak dapat disatukan malah majlis pun belum tentu ada. terima kasih untuk segalanya. kalau nak ungkap pun, terlalu banyak. kami sayang anda semua. muaahh cikedd. sudahh. layan gamba untuk family dulu yer. chaww

to be continued . . . . .

abah | pakanjang | pengantin

mak | abah | pengantin

kak erni | pengantin

family | pengantin | kawan 
sarah | sumayyah



p/s: mesti tetunggu nak baca nota kaki kan?hahahahah

p/s/s: dah agak dah agak dah.

p/s/s/s: kita merancang, Allah menentukan. alhamdulillah

Tuesday, December 9, 2014

4 [Part 1 - Big Day] Akad

Assalamualaikum. alhamdulillah. tarikh 22/11/14 tarikh yang merubah kehidupan aku. kiranya next phase of my life giteww. hahaha. achievement unlock katanya. hihihi. alhamdulillah, that day run smoothly. akad dan kenduri pada hari yang sama. kenduri pulak disambut bersama abang ipar, yang mana baru juga melangsungkan perkahwinan lebih awal dari kami.



Majlis akad nikah pada paginya pukul 10. bertempat di masjid jamek, Gerik. diakad oelh ustaz yang diwakilkan oleh bapak mertua. alhamdulillah. dengan sekali lafaz yang pada aku sangat berbeza dari pengantin-pengantin kebabayakannya. aku sah beristerikan erlizawani bt jasmi, pasangan yang menjadi pilihan. rebutan ni hoiii. hahaha. but, ' best men win isn't ' . hahaha. syukur dan tenkiu sangat sebab memilih aku sebagai teman untuk kehidupan kau seterusnya. alhamdulillah

Saat diakad, pada aku, setiap pengantin perlu menghayati saat-saat perpindahan tanggungjawab dari seorang bapa kepada kau. kau tahu apa itu erti akad? ye, memang itu satu tanda dia sah bergelar isteri kau. tapi adakah kau tahu yang akad itu juga adalah tanda kau menerima satu amanah besar dari bapa pengantin perempuan? ye, itu sepatutnya yang perlu disemat dalam hati dan akal kau. kau juga menerima untuk bertanggungjawab keatasnya, menjaga keselamatan, pakai minum, zahir dan batin. dan paling penting, dosanya adalah untuk kau. yang akan menangung dosa-dosanya adalah suami. yup, memang berat, tetapi ustaz berpesan, didiklah isteri mu, anak-anak2 mu. agar mereka membawa kamu ke syurga. inshaallah. ameen



Dalam khutbah kahwin nya, apabila telah berkahwin. bagi perempuan. taatnya hanyalah untuk suami manakala bagi lelaki taat nya untuk ibu dan bapanya dan hormatnya adalah untuk isterinya. inshaallah. belajar dan terus belajar agar mereka yang aku sayang dapat dibahagikan dengan seimbang.


Mohon agar kita sama-sama terus belajar dalam melengkapi kehidupan kita. inshaallah. bukankah perkahwinan itu saling melengkapi antara satu sama lain kan. ekelehh!hihihi. kelebihan aku menutupi kelemahan kau dan begitulah sebaliknya.






to be continued . . .



p/s: puas hati dengan baju akad. sopping time p bandung dulu

p/s/s: mata kenyit sokmo. bulu mata berat katanya. hihi

p/s/s/s: smart!hahaha. muahh

Monday, December 8, 2014

2 [Teaserl] Big Day

Assalamualaikum. alhamdulillah. im married guys. hahahaha. alhamdulillah. majlis kedua-dua belah pihak pun dah selesai. for time being, aku bagi teaser dulu oke tak. aku nak sedaya upaya akan recap one by one. kalau boleh lah lah. inshaallah.

Buat masa nih, tak sempat nak duduk dan menulis. sebab tu teaser yang muncul dlu. oke laa ye. harap bersabar. hahahah. inshaallah aku akan berusaha menyiap kan semua cerita itu. macam assignment pulak. khkihkih.

Overall, apa yang boleh aku cakapkan sehingga saat ini, marriage is all about sharing. it's totally different dengan kehidupan kau yang sebelumnya. so far so good and prepared for anything. inshaallah. me totallu enjoyed it. hikhikhik

let's begin our journey | #ellyhzq



p/s: alhamdulillah, segalanya berjalan lancar

p/s/s: dah tak berdebar dah, hahahaha

p/s/s/s: love uuuu

Thursday, November 20, 2014

2 [Special] Selamat Mendirikan Masjid [4]

Assalamualaikum. post kali ini sememangnya special bagi aku personally. alhamdulillah, majlis akad nikah dan kenduri berjalan dengan lancar. abang aku hatim dan kak ipar syafikah selamat diijab kabulkan pada 8 November 2014

Sepanjang perjalanan majlis ini. semuanya berjalan lancar. walau pada pagi nya hujan membasahi bumi Sg Abong Muar Johor. bagi kita yang merancang dan Allah yang menentukan. tidak ada masalah pada kita alhamdulillah. dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri.

credit: theclicks.me // Hatim + Sya

Hatim Salleh tau pun batim. pada aku abang yang sangat sekepala dengan aku dari aku kecik lagi. orang yang bila kerja sangat fokus. kau suruh dia design pape pun. dia wak rilek saja. macam malas-malas je nak buat. tapi sedar-sedar, kerja tu dah siap. entah masa bila pun akku xtau kau ni buat kerja bila. tidak banyak yang dia nasihat aku berbanding abang2 yang lain. tapi dia punyai cara tersendiri macam mana nak nasihat aku. im feel very special sebab aku sorang je yang akan paham dia nasihatkan itu. hahaha, there is too many to flashback with you brodar! hahah. me always love youu brodar. *fist bump*

Pada hari kejadian, aku as pengapit dia sangat terharu saat dia nak kawin. feels like losing something but at the same time I've to accept you not young anymore. life must go on. sampai bila kau nak membujang. kau juga ada kehidupan selepas ini dan juga mahukan kehidupan berkeluarga kan. lagi awkward bila bakal kakak ipar is totally new for me. hahaha. how i wish . . . .

Apa-apa sekali pun. segalanya dah selamat dinikahkan. selamat menjalani kehidupan berumah tangga ye. dan sentiasa beringat pesan-pesan orang berpengalaman. i guess, my turn is coming so sooon. hahahah





p/s: nak meletup dah jantung start dari sekarang.hahahha

p/s/s: tak sabar plus cuak nak mati.hahahah

p/s/s/s: dup dap dup dap

p/s/s/s/s: semoga segalanya dipermudahkan. ameen
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates