Tuesday, July 12, 2022

0 Picnic PD - 33

 Assalamualaikum WBT

33. Yup. getting older now. alhamdulillah untuk nikmat rezeki kesihatan, masa dan umur yang panjang. alhamdulillah, kebetulan ibu dan abah ada dirumah kami. berjalan tengok cucu. kami mengambil kesempatan untuk mengisi aktiviti mereka. 

Rancangan untuk ber-picnic di Port Dickson berjalan lancar. bergerak seawal 7pagi dan mengambil masa selama sejam untuk sampai. orang pula masih belum ramai. dapat port cantik. alhamdulillah.

Budak-budak buat apa lag, mandi pantai semahu-mahunya. bagai tiada hari esok.

Bergerak pulang tepat pukul 1 petang. sudah-suda lah mandi tuu. sunburn dah masing-masing.




Saturday, June 4, 2022

0 [Part 1] Mantin - Kluang - Kuantan - Mantin

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, sekali lagi kami berkesempatan untuk travel. kali ini kita buat road trip pula. kalau ikut rancangan asal, road trip kami sepatutnya cover seluruh semenanjung Malaysia, utara selatan, timur barat. namun akibat kekangan masa, kami cover dua tempat utama yakni Kluang dan Kuantan.

Road trip ini mengambil masa selama 4h3m.

map Road Trip

Road trip kami bermula dari Mantin menuju ke Kluang menggunakan lebuhraya PLUS. kenapa Kluang? sangat random kan? tapi kami pernah melalui pekan Kluang ketika trip to Desaru beberapa bulan dahulu. memandangkan kami tak pernah sampai daerah ini, kami menanam cita-cita untuk kembali explore Kluang.

Dan hari ini kami tiba di Kluang. ada beberapa tempat yang menarik yang sempat kami lawati seperti kilang Kluang Coffee, Laman Seni yakni mural-mural disekitar bandar Kluang dan makan makanan tempatan.

Insyaallah untuk posting seterusnya akan aku kongsi kan tempat-tempat yang sempat kami singgah. 


depan hotel








 

Saturday, May 14, 2022

0 Kuala Perlis

Assalamualaikum WBT

Hujung minggu tempoh hari, kami merancang untuk berjalan-jalan sambil bercuti. namun destinasi masih lagi samar-samar.

Aku terfikir, macam mana kalau aku bawak keluarga aku ke Perlis? memandangkan mereka masih belum pernah menjejakkan kaki disana. Madam pun sudah lama merancang untuk kesana. namu faktor masa membataskan perjalanan kami.

Okay. boleh. driver sentiasa on je. terus bersiap-siap dan gerak ke sana. perjalanan memakan masa selama 6 jam termasuk beberapa kali berhenti rehat dan solat.

wajib singgah - Masjid Kuala Perlis


To be specific, kali ini aku membawa mereka merasai Ikan Bakar sebenar di Kuala Perlis. memandangkan aku pernah kerja dan tinggal beberapa hari di Kuala Perlis dulu, ada laa beberapa port yang harus aku repeat.

Namun hampa, kedai akak tu rasanya sudah tutup. kawasan food court tepi pantai pun agak penuh. mungkin akak tu sudah berpindah kedai.

Penantian berbaloi. Kami jumpa Kedai Dhiya Ikan Bakar. harga berpatutan, seafood segar dan kawasan yang luas. untuk mereka yang bawa keluarga atau group yang besar. sangat berbaloi.

Madam puas hati. erti sebenar ikan bakar. anak-anak mengerti rasa ikan segar yang sebenar. asyik duk cari ayam saja. rugi lah kalau datang sini tak try makan ikan bakar.

Inshaallah next time kita repeat lagi ikan bakar.

Oh ya, kami tak tidur Kuala Perlis pun. kami singgah Sg.Petani dan tidur rumah PakUde. terima kasih bagi servis terbaik.


we're here


 

Sunday, May 1, 2022

0 Selamat Hari Raya - Terkejut

Assalamualaikum WBT

Selamat Hari Raya Semua Muslimin dan Muslimat.Maaf Zahir dan Batin. sekiranya ada tersalah menaip dan terkasar bahasa ketika menulis (walau sorang je pembaca setia - Madam. hahahaha).

Tahun ini kita digemparkan dengan raya sehari awal dari tarikh dalam kalender. kami laa tu antara orang yang terlibat dengan 'kejutan' ini. apa tidaknya. malam raya pun masih lagi mengecat rumah Gerik. ateee. malam tu hampir tidur pukul 3 pagi. sudahnya nasib tak terlepas solat raya.

Nasib baik juga abah Jasmi cekap dalam menyediakan segala bahan-bahan untuk masakan dipagi raya. seluruh genap kampung dia cari bahan. jumpa pulak tuu. hebakk!




mercun dass

selamat hari raya dari KAMI

 

Friday, April 8, 2022

0 [Part 2] Berbuka Puasa

 Assalamualaikum WBT

Bulan ramadhan tahun ini, boleh dikatakan bulan kami berjinak-jinak berbuka puasa di masjid. 'break fast hunting' orang kata. kami dapati kami sangat menikmati suasana berbuka puasa beramai-ramai. sambil menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak.

Inshaalah tidak akan pernah terlepas untuk solat magrib berjemaah. 

Masjid terbaik bagi kami ialah Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.Pengurusan yang sangat teratur dan harus dipuji. ruang yang selesa untuk semua jemaah terutama mereka yang berkeluarga. 

Inhsaallah tahun depan panjang umur kita repeat lagi dan hunting masjid lain pulak.


Masjid Bandar Baru Bangi

Masjid Machang N.Sembilan

Masjid Bandar Baru Bangi

Masjid KLIA

Tidur dlm kereta selepas berbuka. esok sekolah

Hari minggu, lepas terawikh. ajak jalan-jalan beli barang




p/s: antara masjid yang tiada dalam gambar Masjid Sendayan

Friday, April 1, 2022

0 [Part 1] - Berbuka Puasa

Assalamualaikum WBT

Setelah rehat sebulan. marilah kita sama-sama update aktiviti sepanjang ramadhan tahun ini. alhamdulillah, secara am nya, untuk ramadhan kali ini, kami merancang untuk berbuka puasa di seberapa banyak masjid yang boleh.

Bagi melaksanakan rancangan ini, kami target setiap minggu, kami akan keluar berbuka dimasjid. kadang-kadang juga ada berbuka dimasjid pada hari biasa. bukan hari minggu. memandangkan Madam masih lafi work from home.

Alhamdulillah, hari pertama puasa dapat berbuka bersama-sama dengan keluarga di kampung. tahun ini inshaallah bagi peluang untuk Adam belajar berpuasa. separuh hari pun kira okay dah.

Part 2 akan menyusul. inshaallah


Hari puasa pertama - adam rabak teruk harini. 1st day full puasa

Berbuka di Masjid Sendayan N.Sembilan

Berbuka di Masjid Bandar Baru Bangi

Berbuka di Masjid Cyberjaya

Berbuka di Masjid Bandar Baru Bangi

Berbuka di Masjid Negeri, Seremban

 

0 [Camping] - Kinaboi

 Assalamualaikum WBT

Haluuu. weekend buat apa tuuu? kami? alhamdulillah, seperti biasa. let's goooooo camping. kali ini kami ke Kinaboi Campsite,  Kuala Kelawang N.Sembilan.

Untuk pengetahuan semua, campsite ini baru sahaja terlibat dengan banjir besar yang berlaku tempoh beberapa minggu yang lalu. segala facilities masih bukan berada ditahap yang terbaik.

Air sungai yang sangat keruh dan laju, tidak sesuai buat masa ini untuk berkaktiviti. tidak banyak yang anak-anak mampu lakukan selain dari mandi hujan. namun, itu adalah cukup membahagiakan mereka. inshallah next time kita camping lagi ye anak-anak









p/s: elok nak balik member tegur tayar pancit. terima kasih abang-abang campers yang tolong tukarkan tayar. maklum laa colorado tak pernah tayar pancit

p/s/s: jenuhhhh nak tukar tayar. hahahah
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates