Showing posts with label picnic. Show all posts
Showing posts with label picnic. Show all posts

Tuesday, July 12, 2022

0 Picnic PD - 33

 Assalamualaikum WBT

33. Yup. getting older now. alhamdulillah untuk nikmat rezeki kesihatan, masa dan umur yang panjang. alhamdulillah, kebetulan ibu dan abah ada dirumah kami. berjalan tengok cucu. kami mengambil kesempatan untuk mengisi aktiviti mereka. 

Rancangan untuk ber-picnic di Port Dickson berjalan lancar. bergerak seawal 7pagi dan mengambil masa selama sejam untuk sampai. orang pula masih belum ramai. dapat port cantik. alhamdulillah.

Budak-budak buat apa lag, mandi pantai semahu-mahunya. bagai tiada hari esok.

Bergerak pulang tepat pukul 1 petang. sudah-suda lah mandi tuu. sunburn dah masing-masing.




Thursday, March 3, 2022

0 Roti Maria

Assalamualaikum WBT

Wei, kami jumpa port baik untuk daily picnic, hahaha. air laju tapi masih paras buku lali. apa lagi, terus start kereta memandangkan hanya 20minit dari rumah kami. Lokasi antara Pajam ke Nilai. Boleh search Roti Maria.

Disana mereka sediakan menu yang menarik. kalau nak picnic kena order tanda support okay. menu seperti pizza, roti sarang tebuan dan sebagainya. terdapat juga mee kari. mee sup dan laksa. boleh cuba, not bad untuk tekak ini.

Lena dalam sungai sebenar

Apa yang penting, budak-budak main tak ingat dunia. hahaha. lantak kamu laa kawan. sesuai untuk anak-anak kecil.

Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang diberikan


bukan air buangan ye. dia recycle dari sungai


 p/s: port baik. weekend confirm penuh


p/s/s: alhamdulillah kembali sihat. recovery dari covid. back to nature

Sunday, February 13, 2022

0 Lata Lenggeng - Jelatok

 Assalamualaikum WBT

Hah korang, buat apa harini. cuti - cuti bawak laa keluarga jalan-jalan okay. halaa, tak jauh pun takpe, dekat-dekat pun okay. janji isi masa mereka dengan aktiviti.

Ye tahu kamu sibuk. ambil masa sehari je dari 7 hari seminggu. atau pun 1-3 hari sebulan. itu pun dah memadai.

Harini kami picnic dekat Lata Lenggeng N.Sembilan. sungai cetek dan sangat sesuai untuk anak-anak kecil. tapi untuk Adam Nuh. sedikit mengecewakan. sebab tak dapat nak berenang pun. sungai paras buku lali je.



Memandangkan kami bersama Amna, boleh laa kalau nak layan main air. Lepas berpicnic kita singgah pula dekat Jelatok Cafe.

Untuk ke sana, jalan agak sempit. lokasi berada atas bukit. jadi layan view memang superb. bagi harga makanan standard harga kafe-kafe hipster. 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah untuk rezekiNya.





Friday, February 4, 2022

0 Picnic - Felda Lawin, Gerik

Assalamualaikum WBT


bukan hero. hahahahah


Kebetulan itu hari balik kampung ramai-ramai, madam dan kakak-kakak unplan picnic dekat sungai. tak sangka lokasi ni cantik betul. dan yang penting mesra kanak-kanak. 

Tapi gambar kanak-kanak nya aku tak amik laa pulak wei. jem rasa. hahaha. kira gambar dengan anak-anak remaja ni pun okay lah. hahaha

Sementara anak-anak mandi, kami mak bapak bersembang laa cerita dia. 

Lokasi dekat mana? Felda Lawin Gerik tapi port rahsia laa. nanti orang tahu. kami dah tak boleh nak picnic pulak. hahahah. pandai-pandai laa tanya orang kampung ye. 

K Baiiii....


 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates