Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Friday, April 8, 2022

0 [Part 2] Berbuka Puasa

 Assalamualaikum WBT

Bulan ramadhan tahun ini, boleh dikatakan bulan kami berjinak-jinak berbuka puasa di masjid. 'break fast hunting' orang kata. kami dapati kami sangat menikmati suasana berbuka puasa beramai-ramai. sambil menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak.

Inshaalah tidak akan pernah terlepas untuk solat magrib berjemaah. 

Masjid terbaik bagi kami ialah Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.Pengurusan yang sangat teratur dan harus dipuji. ruang yang selesa untuk semua jemaah terutama mereka yang berkeluarga. 

Inhsaallah tahun depan panjang umur kita repeat lagi dan hunting masjid lain pulak.


Masjid Bandar Baru Bangi

Masjid Machang N.Sembilan

Masjid Bandar Baru Bangi

Masjid KLIA

Tidur dlm kereta selepas berbuka. esok sekolah

Hari minggu, lepas terawikh. ajak jalan-jalan beli barang




p/s: antara masjid yang tiada dalam gambar Masjid Sendayan

Friday, April 1, 2022

0 [Part 1] - Berbuka Puasa

Assalamualaikum WBT

Setelah rehat sebulan. marilah kita sama-sama update aktiviti sepanjang ramadhan tahun ini. alhamdulillah, secara am nya, untuk ramadhan kali ini, kami merancang untuk berbuka puasa di seberapa banyak masjid yang boleh.

Bagi melaksanakan rancangan ini, kami target setiap minggu, kami akan keluar berbuka dimasjid. kadang-kadang juga ada berbuka dimasjid pada hari biasa. bukan hari minggu. memandangkan Madam masih lafi work from home.

Alhamdulillah, hari pertama puasa dapat berbuka bersama-sama dengan keluarga di kampung. tahun ini inshaallah bagi peluang untuk Adam belajar berpuasa. separuh hari pun kira okay dah.

Part 2 akan menyusul. inshaallah


Hari puasa pertama - adam rabak teruk harini. 1st day full puasa

Berbuka di Masjid Sendayan N.Sembilan

Berbuka di Masjid Bandar Baru Bangi

Berbuka di Masjid Cyberjaya

Berbuka di Masjid Bandar Baru Bangi

Berbuka di Masjid Negeri, Seremban

 

Thursday, July 16, 2015

3 29th of Ramadhan

Assalamualaikum. dah 29 hari kita berpuasa. malam ini merupakan malam terakhir untuk ramadhan tahun ini. sungguh. bila habis terawikh, perasaan sayu itu hadir tanpa dijemput. sayu bila kita tahu 'tetamu' ini akan meninggalkan kita. panjang umur, bertemulah kita tahun hadapan. kalau tidak dipanjangkan umur, sudah pasti ini adalah yang terakhir buat kita kan.

Apa yang paling penting, istiqamah dengan apa yang ditarbiahkan oleh 'tetamu' kita disepanjang bulan mulia ini. titik tolak nya adalah bulan-bulan yang seterusnya. bagi mengekalkan momentum ibadah kita.

Kalau disemak semula setiap genap ibadah kita bulan ini. adakah kita berpuas hati dengan amalan yang telah dilakukan? justeru itu, harus berdoa pada Allah, agar Dia menerima segala amalan yang kita lakukan. ameen


Alhamdulillah, bagi pecutan yang terakhir ini, kami sempat bertarawikh di Masjid Wilayah Jln Duta. walaupun tiba agak lewat. namun sempat menghabiskan terawikh bersama imam. kemudiannya tidak lupa juga untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami: zakat fitrah untuk keluarga. alhamdulillah. syukur juga kerana Allah memberi kesihatan yang baik kepada madam. berupaya untuk bersama-sama bertarawikh. bukan kome tak tau, berperang dengan budak dalam tuu. boleh tahan aktif katanya. berombak perut. hahahah.

Inshaallah, tahun depan jumpa lagi ye 'tetamu'. harap dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta kelapangan masa untuk berjumpa semula dengan ramadhan.

Ameen.




 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates