Monday, January 18, 2021

0 Happy Birthday Noah!

 Assalamualaikum WBT.

Tepat pukul 11 pagi waktu tempatan bertarikh 18hb Januari keluar lah seketul  anak bernama Muhammad Nuh. Alhamdulillah.

Anak yang sangat aktif dan sparring partner untuk Adam. baik bersama dan gaduh pun bersama. ada masa bergaduh dan ada masa baik macam malaikat. hahahah. nama pun brotherhood kan.

Semoga menjadi anak yang soleh, hamba yang soleh dan berjaya dunia akhirat. aminn



Terima kasih tokbah dan tokibu 






Last day sekolah. hahahha. ada kisah dia. jeng jeng jeng




p/s: entah berapa kali sambut birthday dia. sampai adam tanya kena banyak sangat hari jadi adik nuh. hahahahahahah

p/s/s: yelah, dekat seolah lagi, dgn tokibu tokbah lagi, dgn family kecik kami lg.hahahah

Saturday, January 9, 2021

0 1st Time School

 Assalamualaikum wbt

So today is Noah first experience going to school. YaAllah perasaan bercampur baur terutama Ummi nya. hahahahaha. bapaknya buat - buat rilek je. (padahal dia yang emo lebih sikit. hahahah)

Yang pertamanya Noah ni tak pernah orang lain jaga selain aku Ummi dan tok ibu tokbah. maksudnya dia tak pernah duduk dengan orang selain dari kitaorang. sejauh mana pun aku travel or pergi kerja. atau out station. mesti aku angkut Adam Noah ni. tak pernah tinggal

Tapi tup - tup harini dah kena pergi sekolah. kau raseeee? hahahah. perasaan tu rasa bersalah pun ada. tapi sampai bila kan. 1-2 hari sebelum hari 1st day sekolah, hari - hari pesan dekat Noah. Noah kena pergi school tau. macam abang Adam. 

Dan alhamdulillah, 1st day school. dah sampai school terus masuk tak tengok belakang. koajaq betul. ummi abah je lelebih. hahahah. terima kasih dekat abang Adam sebab menjadi contoh kepada Noah. pergi school tak menangis

Harapnya macam tu laa keadaanya sampai habis tahun. hahaha. no drama drama okay Noah. tapi kalau drama jugak tu. biasa laa kan Noah. apak kau dulu - dulu pun drama jugak. hahahahaha

Well Done Noah. terima kasih Ummi dan Adam.


"Noah dekat school rilek je "





p/s: achievement unlocked. well done

Friday, January 1, 2021

0 Hai 2021!


 Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. sehingga saat waktu dan ketika ini,kita masih diberi peluang untuk menjadi hamba Allah dimuka bumi ini. 

Apa khabar semua? How time flies is it?  

Tahun 2020 yang mencabar. kita mengharapkan sesuatu yang  luar biasa. namun Allah menetapkan dengan cara luar biasa yang lain. tiada siapa pun boleh predict apa yang berlaku pada tahun 2020.

Jangan risau, semua orang struggle. semua orang ada waktu kesusahan dan cabaran masing - masing. Ingat, jatuh 10 kali. kita bangun 11 kali okay. Inshaallah kita buat yang terbaik untuk tahun ini.

Apa aktiviti korang semua untuk tahun baru ni? aku dan family? tolong Kak Ayu dari Kuala Kangsar. dapat job makeover rumah lokasi di Bukit Beruntung.

Boleh dikatakan servis ini bukan macam servis make over yang biasa kita dengar. buang yang lama dan ganti yang baru. oh bukan bukan. Modus operandi servis ini ialah menyusun atur semula segala isi rumah dan pakai peralatan rumah yang sedia ada. sebagai contoh kita masih mengekalkan segala perabot yang ada. 

Overall ini adalah pengalaman baru untuk kami. sekali dengan adam nuh pun kami angkut. nak buat macam mana bukan ada helper untuk jaga pun. ni tidak, puji melambung 'artis' cakap lembut dengan anak - anak.sekali ada helper. hahaha. kelakar wei. tibee

Next time inshaallah kalau ada rezeki job lagi area Selangor dan KL. pekerja sudah ada standby. hahah



Sebelum : Dapur


Selepas : Dapur



Sebelum: Dining



Selepas : Dining





Credit: FB Atam Ayu





p/s: Alhamdulillah selesai kerja. start pukul1230 - pukul830

p/s/s: letih tapi seronok. seronok sbb bonding time dgn partner kan.best.hahaha


Monday, September 9, 2019

0 All The Best

Assalamualaikum wbt. alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada hambanya. dan harini hari pertama untuk madam disini. setelah beberapa lama merancang, Allah membuka pintu rezekinya untuk madam.

Maka bermula lah routine yang lain untuk kami. tapi madam jangan risau, you got full support from us okay. dont worry. just follow the flow. we wish you all the best and achieve you dream. betulkan niat. niat kerana Allah dan seterusnya Allah will take care of the rest. inshaAllah. Setiap permulaan pastinya ada pengakhirannya. semoga g.o.t hendaknya.


"Don't be a afraid of failure, fall 10 times, wake up 11 times. " Denzel Washington 











p/s: from now,  tak boleh panggil madam dah. kita panggil 'sistur'

p/s/s: hai sisturrrr..... hahahah

Wednesday, August 7, 2019

0 Setelah Terlafaznya Akad

Assalamualaikum. aku minta maaf. aku rasa ini adalah tempoh paling lama aku tak menulis dekat sini. dan tiba - tiba muncul dengan menulis pasal drama. tak ke 'gila'tuu?? hahahah

First of all, sepanjang aku menulis blog, aku tak pernah review atau share apa - apa pasal drama melayu ni. tapi kali ni, aku nak share dengan menulis diruangan blog ini. betul - betul buang tabiat aku ni. hahahahha.


sumber: google


Kenapa dengan drama ni - Setelah Terlafaznya Akad?

Ini yang perlu aku beritahu kenapa aku buant tabiat dengan share drama ni. sejujurnya aku ni bukan lah penggemar drama. kalau terjebak pun disebabkan 'menemani' madam layan drama. apa salahnya aku teman kan. tapi kali ini aku yang 'racun' madam untuk layan sekali. hahahaha

Pada aku latar belakang cerita ini sangat kena dengan situasi masyarakat sekarang. tiada lagi 'starter pack' drama melayu seperti kebiasaannya. kau tahu kan typical cerita melayu? anak dato, kereta mewah pada umur 20 tahun, kerja dengan syarikat besar mak bapak, projek billion and so on. but this time it's totally different like i said earlier. hahahaha

Selain keserasian pelakon utama dan unsur - unsur jenaka diawal perkembangan cerita ni, aku lebih tertumpu apa value yang cuba disampaikan dalam drama ni.

1) macam mana Nawal berusaha menawan hati Hanan walau dia tahu suatu hari dia pasti akan dilepaskan

2) macam mana kecewa nya hati seorang wanita. once wanita ni dah kecewa, datang la pujuk rayu, dia takkan cair der

3) macam mana Hanan nak please janda dia, at last dia yang kehilangan orang yang paling dia sayang - Nawal

4) sahabat baik Hanan, Roslan. kau kena ada sahabat yang selalu ada jatuh bangun kau selain dari isteri dan family. yang selalu menasihati Hanan.


sumber: google



Aku rasa berbaloi laa kalau korang nak layan drama ni. puas hati. dan paling penting ending tuu. Nawal got balls you know. hahahaha

Habis layan drama ni 28 episod, aku rasa aku lebih menghargai dan sayang dengan isteri aku. dia adalah amanah dan anugrah Allah yang bagi dekat aku. inshaallah aku akan jaga seeloknya dan tak mensia-siakan apa yang Allah dah anugrah pada aku. i love you wife.

Sekian . . .







p/s: OST dia kena gila bhaii - Hari Ini by Hael Husaini

p/s/s: pelakon natural gila. part sedih skip - skip. part lawak ulang sampai abag jamil mampos. hahahahaha

p/s/s/s: alhamdulillah YaAllah atas anugrah  isteri ini. = )

Friday, January 25, 2019

0 Bermalam di Colombia

Assalamualaikum. bunyi macam melancong ke negara Africa sana. hahahha. tetai mengertilah. ini adalah sebahagian ujian buat kami sekeluarga. anak - anak dah seminggu demam tak kebah. akhirnya terpaksa ditahan wad untuk dimonitor oleh doctor. adam dan nuh warded di hospital Colombia Asia Setapak.




2-3 hari sebelum warded, adam muntah - muntah dengan kerap. nak kata pemakanan pun bukan. sebab apa yang kami makan. makanan tu lah yang dia makan. nuh pulak cirit - birit. bila pergi klinik. doctor nasihat kan supaya warded. atas sebab nuh payah makan ubat. untuk elakkan dehydrate dan nak dapatkan rehar yang cukup.

Bila check up dekat hospital. dapat sample najis anak - anak. doctor suspect kena rota virus. antara symptom nya cirit - birit dan muntah - muntah. virus ni mudah berjangkit pada kanak - kanak melalui pemakanan atau air.

Bila flashback. kami dapat recall seminggu sebelum this things happen. kami sekeluarga pergi bercuti ke Palm Garden Putrajaya. mungkin berjangkit dari swimming pool hotel berkenaan.





Apa pun. alhamdulillah segala proses pemulihan berjalan dengan lancar. kiranya kami sekeluarga berkampung di Colombia. janji anak - anak sihat. tu yang paling penting.
.
Terima kasih ummi, tok ibu dan tak bah yang banyak membantu. alhamdulillah.

Sekian . . . Peace






p/s: celebrate birthday ummi di hospital. kesian

Friday, January 18, 2019

0 Noah - 2

Assalamualaikum. selamat ulang tahun yang ke-2 Noah. semoga Allah sentiasa melindungi kamu didunia serta diakhirat. kami berdoa semoga kamu menjadi anak yang soleh, berjya dunia akhirat.

Noah sekarang dah jadi best friend abang adam. dalam suka ada duka nya. bermaksud kalau time baik, bukan main mesra lagi. kalau gaduh, masyaallah. selagi salah sorang tak menangis, memang takkan nak berhenti. hai laa anak kuu.

Setakat pemerhatian kami. noah ni seorang independent. wah, dia punya independent tu memang kadang - kadang tak leh bawak bincang. abang adam nak tolong pun dijawabnya tak payah. hati kau kental roy. hahahah. dah nampak dah ciri - ciri anak lahir bulan january. sebijik macam ummi nya.

Kepada noah. jangan laa garang - garang sangat dengan abang adam ye. walau dengan ummi sekali pun ye. sebabnya kami sangat sayangkan noah.

Peace yaw. Sekian . . .





p/s: we love you noah
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates