Showing posts with label ukseries. Show all posts
Showing posts with label ukseries. Show all posts

Wednesday, February 22, 2017

0 [Throwback] UK

Assalamualakum. ni haa.saja nak throwback travel to UK 2 tahun lepas. we miss this trip so much. entah bila laa dapat pergi kesana lagi. hahaha. tak tahu lah tetiba teringat travel ke sana. mungkin sebab dah lama tak travel bersama madam aka travel partner as a tour leader. rugi jugak kalau simpan lama-lama skill travel nih. kang lupa pulak.



But this time. for sure kalau ada rezeki lagi untuk travel kesana. we are not a tourist anymore. we'll plan to do business trip. this is for sure lah kan. hahaha. serius cakap. peluang dekat UK untuk doing business sangat laa luas beb. i mean, the resources are there. cuma tinggal lagi nak dibawa balik ke Malaysia.

Apa ada hal. shipping company pun member punya je kat sana. anytime to transport all kind of things. hahaha. sementara masih ramai lagi sahabat - sahabat berkelana disana. apa laa salahnya kita mengambil peluang ini kan.

For now, mari lah bersama berdoa agar Allah tu murahkan rezeki kami sekeluarga. inshaallah. ameen.

Kalau dulu pergi berdua. inshaalla next time we bring our jr laa pulak. dari kecik lagi dah nak ajar anak travel. "because travel is the best university"







p/s: madam. cepat laa plan next trip plak

p/s/s: buat umrah dulu pun best gak kn.time muda-muda nih



Wednesday, December 30, 2015

0 [Part 1] Recap 2015

Assalamualaikum. recap ini lebih kurang theowback laa. gittuu. hahaha. kira-kira bulan February lalu. alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk bawak madam berjalan oversea. ekeleh, macam tak pernah fly oversea madam nih. dia lagi banyak fly dari aku sebenarnya. tetapi ini lagi special dari yang lain kot. hahahaha. rindunya travel....



Memang seronok dan harus repeat lagi nih. namun masih belum ada rezeki lagi. tambahan pula sudah bertambah ahli keluarga baru. 2x ganda la perancangan yang lebih details perlu dilakukan. bagi memastikan segalanya berjalan lancar. inshaallah.

As a recap, boleh baca balik di link ini:

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4




p/s: adam tido terkankang.hahahahha

p/s/s: madam bangun menyusu adam. no sacrifice no victory



Wednesday, April 22, 2015

2 [UK Series] さようなら

Assalamualaikum. haa, tengok tajuk entri pun mesti tertanya-tanya kan. hahaha. malas laa nak bagi tahu maksud disebalik tajuk tuh. dunia kan makin maju. confirm dapat tau punya lahh. hahaha

London Airport Heathrow - Terminal 4
Alhamdulillah, 10 hari dibumi Bristol dan UK. banyak pengalaman menarik dan berharga dapat diambil dan pelajari. tu baru sepuluh hari. cuba bayangkan sambung belajar kat sini 2-3 tahun. mahu dapat business 2-3 base kat sini. serta hantar sebijik dua mini cooper dengan audi Q7. hahahah. nampak tak macam mana peluang tu kat sini. hahahah. meluas beb. masyaallah. orang UK tanya orang malaysia kena GST tu 'apa khabar?' . mangkuk betul maslan nih! aishhh.

Terima kasih diucapkan kepada orang Bristol, terutama abg Hafeez dan Kasma selaku tuan rumah. banyak sangat membantu kami sepanjang keberadaan di bumi Bristol. hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. kesana kemari merancang perjalanan kami disini. tak lupa juga untuk abeHa, selaku tuan rumah di bumi Bath. legendary people di Bath. tak lupa kawan-kawan student di Bristol. kak AJ dan family, Zamir. legendary person dibumi Bristol. sempat attend majlis tahlil kat sana anjuran beliau. makan soto semua homemade beb. siapa tidak kenal beliau. tok penghulu Bristol bagi rakyat malaysia. duta kerajaan saja taknak berkerjasama dengan orang-orang macam ini. bagi laa kredit sikit. hadoiii.

B&B - superb service
we gonna miss our room
Inshaallah. panjang umur, diberi kesihatan. dimurahkan rezeki. kita sampai untuk trip yang lain pula. Pengalaman yang berharga pastinya dengan travel. travel is the best university. kenapa? sebab pengalaman di tempat orang sangat berharga untuk kau cari dimana-mana. aku tahu, bukan semua orang mampu untuk travel, tetapi dengan sedikit perancangan dan kau merancang dan target untuk ke sasuatu destinasi. kau pasti berusaha untuk kearah itu. believe me! mana kan tidak, seperti pepatah arab 'belajar lah sampai ke negera China'. (ini karangan peribahasa ke?) hahaha  

Tidak dilupakan. last but not least, partner travel aku. yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat. hihihi. my tourist guide. my doctor. (sempat deman sehari kat sana) hahaha. kau adalah teman travel aku yang terbaik utuk selama-lamanya. ada juga beberapa tempat yang kami target dari awal, tetapi tak tercapai seperti London. tapi tak mengapa. London is too mainstream nowadays. hahaha ready for next trip? hahahah.  keep dreaming and we love to go for it! gyeahhh

travel partner - thanks
Sampai sini kisah ukseries: Bristol kami. terima kasih kerana sudi membaca. bai




p/s: next travel dah hint kat atas tuuu.hahahah

p/s/s: hang jumpa hang pawaaaa.hahaha

p/s/s/s: alhamdulillah. uk Bristol we conquered ! 


Tuesday, April 21, 2015

2 [UK Series] Bourton on The Water

Assalamualaikum. dateline dateline. hahaha. dah nak habis bulan baru nak update. hahaha. biasalah, selagi tak dateline, mana mau datang idea nak menulis. dari zaman belajar dulu lagi camtu. kawan-kawan jangan tiru ye perangai penulis. hahahha.

Sedaya upaya mahu menghabiskan catatan ke UK bulan 2 yang lalu. namun apa yang pasti, ia telah sampai ke penghujungnya dah. inshaallah, lagi 1-2 post tamat laa siri UK ini. *konon* hahaha. now, it's time to go to 'Bourton on the Water' (BOW). perjalanan dari Bristol ke destinasi memakan masa lebih kurang sejam ke sejam setengah. sepanjang perjalanan, kami dihidangkan pemandangan yang sangat cantik. hanya mata yang mampu mengambarkan kecantikan pemandangan yang Allah cipta ini. subhanallah. so much country side view

Bourton on the Water
time travel: 1h - 1h30m
Bourton-on-the-Water adalah sebuah kampung di daerah Gloucestershire, England yang terletak di lembah yang rata luas di Kawasan Cotswolds dan terkenal dengan keindahan alam semulajadi nya yang sungguh cantik. Bourton-on-the-Water boleh diibaratkan sebagai 'Little Venice' of the Cotswolds dan adalah salah satu tempat pelancongan yang paling popular di rantau serta terdapat banyak kedai-kedai, kafe, dan tempat tarikan yang boleh dilawati.

Terdapat juga sungai-sungai yang terdapat disini merentasi beberapa jambatan batu melengkung. maka ia memberi makna kepada Bourton-on-the-air yang dikenali sebagai "Venice Cotswolds". Bourton-on-the-Water sering dikunjungi pelawat pada masa kemuncak musim pelancongan yakni musim panas.

Disini juga terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi seperti:

1. Birdland - Is an authentic zoo for birds, with a remarkable collection of penguins

2. Model Village - Excellent miniature of Bourton using authentic building materials depicting Bourton-on-the-Water as it was in 1937 at 1/9th scale.



3. The Cotswolds Perfumery shop & factory - made personalised scents for the Queen herself.

4.Model Railway Exhibition - on the High Street with some of the finest operating indoor model railway layouts in the country, covering over 500 feet of track.

5. Cotswold Motoring Museum & Toy Collection - Overflowing with vintage car collections, classic cars and motorcycles, caravans

6. Dragonfly Maze - which comprises a yew maze with a pavilion at the centre. The object is not only to reach the pavilion, but to gather clues as one navigates the maze. Correctly interpreting these clues when one reaches the pavilion allows access to the maze's final secret.Constructed by Kit Williams of 'golden hare treasure hunt' fame.



Saja aku write in english supaya maknanya tidak lari dari maksud yang asal. hahahah. ketika kami berada disana, suhu nya sangat sejuk. 3'C i guess. alhamdulillah, cuaca yang panah mentari sangat membantu dalam sesi photography kami. hahaha. beria sungguh kami. hahaha.

Bourton on the Water - Vanice Cotwolds
Bourton on the Water - Model Village
Bourton on the Water - Vanice Cotwolds
Bourton on the Water - melayu kalau tak picnic tak sah beb!haha
Bourton on the Water
Bourton on the Water
Bourton on the Water
Bourton on the Water
Bourton on the Water - cafe streets
Bourton on the Water - cafe streets
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. seusai dari situ, kami tiba dirumah agak lewat malam. maknanya makan luar laa ini malam. singgah kedai makanan halal. batai pizza 12' untuk 3 orang. sorang lagi special menu. nasi arab. dia punya portion boleh kongsi 4 orang. hahah. tapi, signature kat sini adalah 'chai', which is tea tarik yang susunya menggunakan fresh milk. pehhh. layannn. alhamdulillah.


p/s: nasib baru nak masuk season spring, kalau summer mau terjun sungai acah-acah Vanice tuh. hahaha

p/s/s: hari ini dah 1 rejab - selamat berpuasa semua bg mereka yang berpuasa.

Monday, March 30, 2015

6 [UK Series] Bath

Assalamualaikum. alhamdulillah, masih dibering ruang dan peluang untuk menulis dan berkongsin kisah kami travel to UK. baiklah, untuk post kali ini, aku akan berkongsi kisah kami melawat suatu tempat yang dimana kami pun tak pernah terpikir untuk ke sini. setelah beberapa hari stay di Bristol, mereka-mereka menyarankan kami untuk ke sini. this is Bath brodahhh!. hahaha. serioously, this is also my first time to hear this kind of place. what do they have here? let's go and follow us.


Kami melawat Bath pada hari yang sama kami jalan-jalan ke Stonhenge. seusai disana, lebih kurang pukul3, kami terus bergerak ke Bath. masa perjalanan dari Stonehenge ke Bath adalah lebih kurang 1jam lebih. kalau boleh kita recall post yang lepas, aku ada nyatakan untuk ke Stonehenge, kita akan melalui bandar Bath.

Sampai Bath city, terus cari kedai untuk isi perut. ada sebuah kedai halal yang mana tokey nya berasal dari thailand. disana juga kami sempat berjumpa dan lunch bersama rakan-rakan yang tinggal di Bath yang berasal dari malaysia. we got special service and treatment over there. masakan yang dimasak sendiri oleh tuan kedai. kedai tomyam thailand yang sepatutnya dibuka hanya untuk breakfast dan dinner. namun, dengan kehadiran kami, tuan kedai sanggup melayan dan masak special untuk kami. alhamdulillah. kenyang. as usual, tomyam is marvelous. thanks a lot guys. abeHaa sebagai tourist guide kami disini. wow!




Apa yang menarik kat Bath ini? Bath ini dinamakan sempena tempat dimana The Roman mandi manda disini. terdapat kolam air panas didalam. maka disini lah tempat mereka lepak mandi hot tub. hahaha. The Romans discovered Bath’s hot spring waters over 2000 years ago – see just how they enjoyed them at the world-famous Roman Baths. oleh kerana kami lewat tiba di Bath, selesai lunch yang agak lewat, kami hanya jalan-jalan sekitar bandar Bath. kedai dan tempat-tempat menarik pun dah nak tutup. melepas! uishh. feel bad sebab tak dapat nak masuk dan tengok roman bath nih. ermm. takda rezeki lah tuuu.

Disini juga terkenal dengan bangunan-bangunan  lama yang terpelihara. A designated UNESCO World Heritage Site and one of Britain’s Heritage Cities, Bath is home to some of the finest architectural sights in Europe, including the stunning Royal Crescent, the Circus and Pulteney Bridge – one of the most beautiful bridges in the world.
Bath Cathedral
Bath Cathedral
Bath Cathedral
Bath Cathedral

Sesudah disana, kami ke kawasan The Royal Crescent, Regency buildings in Bath. salah satu rumah / bilik disini dikhabarkan milik Jonney Depp. wow!lawa. namun, kami tiba disana sudah lewat malam. gelap dan tak nampak apa-apa. baikk, mungkin boleh share gambar dari google later. hahahah, kawasan lapang di depan kawasan rumah ni, kalau musim summer, akan dipenuhi mat saleh berjemur. yelah kan, waktu sebegini je diaorang boleh keluar lepak berjemur. kalau dapat tengok gambar dibawah. seni bina nya seakan-akan berbentuk 'keys'

Royal Crescent, the Circus
Destinasi last sebelum pulang ke Bristol ialah University of Bath. wah, sempat buat lawatan ke university. memandangkan tourist guide kami alumni university berkenaan, maka segala pergerakan adalah lancar. alhamdulillah. pada pemerhatian aku, disini sangat lengkap dengan kemudahan untuk student. sama ada tempat beriadah, library dan kolej mereka. namun library a little bit old dan malaysia sesetengahnya jauh lebih baik. *proud* hahaha







Walaupun sampai Bristol pukul 10 malam, sangat berpuas hati dengan trip hari tersebut. at least dapat cover banyak tempat menarik. malah tempat yang tak tahu sebelum ini pun sempat cover. alhamdulillah. abeHaa sempat lepak penginapan kitaorang sebelum proceed to their home. thanks a lots guys.


Pulteney Bridge

Bath Cathedral

street 


p/s: serius tempat ini sangat nyaman dan tenang

p/s/s: nanti pencen nak bawak mem besar hijrah sini. hahahaha

p/s/s/s: besar cita-cita kau.hahahaha







Sunday, March 29, 2015

2 [UK Series] Stonehenge

Assalamualaikum. untuk entry kali ini. aku akan bercerita pasal satu tempat yang kami lawati ketika beeada di Bristol. alhamdulillah, tak sangka berkesempatan untuk kesana. dengan bantuan abg Hafeez&Kasma. sampai juga kami disana. this is Stonehenge brodahh!! hahahaha

Stonehenge

Stonehenge merupakan monumen prasejarah yang terletak di Wiltshire, England, kira-kira 2 batu (3 km) barat Amesbury dan 8 batu (13 km) utara Salisbury. untuk ke Stonehenge yang terletak di Wiltshire, ia mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 1jam30minit dari Bristol. kami gerak dari penginapan tepat jam 9pagi waktu tempatan. melalui beberapa kawasan seperti Bath. lokasi Stonehenge ini boleh digambarkan terletak ditengah-tengah kawasan lapang. so seperti sedia kita maklum, salah satu historic mengapa stonehange ini dibini adalah bagi tujuan untuk pencerapan mahupun sesetengah mengatakan tempat untuk ritual agama mereka disana.

Stonehenge adalah sudah semestinya ikon negara terbesar di Britain, yang melambangkan misteri, kuasa dan daya tahan. Tujuan asalnya pembinaan ikon ini adalah tidak jelas kepada aku, namun ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah kuil yang dibuat untuk penyembahan dewa-dewa bumi purba. atau juga dikenali sebagai tempat pencerapan bulan dalam bidang astronimi mengikut kepercayaan agama purbakala.





Batu-batu yang kita lihat hari ini yang mana sudah banyak berubah dari bentuk asal. banyak batu telah terhakis sama ada berubah bentuk disebabkan oleh kejadian semula jadi mahupun buatan tangan-tangan manusia. oleh kerana terlalu banyak kerosakan, dan jugan mahu memelihara dari terus rosak, mereka telah menutup kawasan berhampiran batu-batu tersebut. they build some barrier from people to enter near the stone. maka pelancong hanya dapat lihat dari jauh sekitar dalam 10 meter dari kawasan berhampiran. jika dulunya kita masih boleh memegang dan merasai stuktur batu tersebut. namun sekarang kita hanya dapat lihat dari kawasan yang dibenarkan. which is good for protect their iconic history.

ternakan biri-biri penduduk setempat
panorama Stonehenge

Tiba kami di Stonehenge center, tiket harus dibeli. fees sebanyak 15 pound  per person. kita juga diberikan pamphlet Stonehenge untuk informasi dan wireless audio sebagai guide sepanjang lawatan. dari center ke kawasan batu, kami harus menaiki shutter bas. nak jalan pun boleh, tapi jauhh bhai! jarak lebih kurang 5 km. cirit kau kat sana nanti. don't waste your energy. disana terdapat 7 batu dimana setiap satunya terdapat sejarah yang berlainan, sama ada bila ianya dibina dan langkah-langkah pembinaan batu berkenaan. alahh, tak dengar pun padahal. sibuk dengan ambil gambar. sapa yang nak terlepas dari capture the moment kan. kebetulan cuaca mentari yang terik serta berangin malah langit yang biru. alhmadulillah, so perfect. suhu ketika itu 5'C. sejuk telinga macam telinga kambing. hahaha.

Pengalaman kami sendiri ketika berada disana amat mengagumkan. masyarakat purba semestinya mempunyai teknologi nya tersendiri dalam menghasilkan monumen ini. dalam pada yang sama, kebesaran Allah itu berada dimana-mana. hanya dengan dua mata ini yang mampu menafsirkan sendiri bagaimana kewujudan sebegini monumen atas muka bumi ini. tanpa ketentuanNya, mana mungkin keajaiban ini mampu berlaku. wahh, masih tak percaya mata ini menjadi saksi apa yang dilihat ketika berada disana. alhamdulillah.

tourist amik gambar
me & wife ~ heee
center dia - tempat beli tiket


p/s: sejuk mengigit telinga

p/s/s: one of wonders of the world. great!

p/s/s/s: alhamdulillah, sampai juga tempat ini bersama teman travel

p/s/s/s/s: taknak pergi dah, pergi tempat lain pulak. hahaha

Saturday, March 28, 2015

0 [UK Series] Bristol City

Assalamualaikum. untuk post kali ini. aku nak sambung our UK series oke. alhamdulillah. selamat sampai di bumi Bristol. mendapat rehat yang secukupnya ala-ala bed and breakfast (B&B). maka, untuk kali ini, kita jalan laa sekitan bandar Bristol. then, kita cerita pulak sekitar bandar Bristol.

The Clifton Suspension Bridge

Bristol is the largest city in the south west of EnglandBandar ini diasaskan daripada persimpangan asal River Frome dengan River Avon, bersebelahan dengan Bristol Bridge pada abad kesebelas. alah, kalau kat KL ini persimpangan sungai Klang dan sungai Gombak. gituu. hahaha. sedikit pasal Bristol. boleh google details about Bristol nih.

Sepanjang keberadaan disini, untuk ke city, kami sepenuhnya menggunakan public transport. dan sudah semestinya kami menggunakan bus sebagai medium untuk kami travel pusing Bristol city. as expected, public transport disini sangat superb dan efficient. bak kata orang jawa 'you can reach all over the city by taking public transport.' dan inilah yang sepatutnya public transport should be kan.

tunggu bas lagi 5minit
street art - Bristol

How they manage, how they apply, how they operate. pada pendapat aku, this kind of question lah kan, menteri yang selalu pergi buat lawatan ke luar negara tu yang patut sambut segala persoalan ini. bukan semata nak berjalan kesana sini. tapi mereka harus bawak balik this kind of technology to our country. cuba bayangkan public transport di malaysia sehebat negara-negara seperti ini. kau rasa kau masih nak drive atau kau nak guna public transport?

And then, ada satu shopping complex yang setiap dari kita patut pergi. Primark. tak sah kalau rakyat malaysia datang ke sini kalau tak pergi Primark. harga sangat murah kalau diaorang buat sale. kadang sangat murah dari harga di malaysia. sesuai kalau nak cari souvenir yang lain dari yang lain. kalau selalu orang bagi fridge magnet, keychain. kat sini kau boleh borong baju dan bagi tiap sorang. no wonder mat saleh disini bergaya. sebab meraka mampu milik untuk memiliki pakaian seakan yang berjenama.
mem besar dan Primark
Bristol city center 

Dekat city ni juga, kita boleh cuba makanan halal. which is KFC dan Subway. unless, kalau nak makan kat kedai arab, jauh cikit dari bandar Bristol nih. a part of different street laa. disana juga muslim bagi kita berkesempatan untuk cari makanan sembelihan halal, yang disediakan oleh komuniti disana. 'chai' atau teh tarik dia kat sini thorbaikkk wooo. 50p je. murah. KFC dan Subway malaysia jauh lebih sedap dari sana. mungkin lidah kita dah biasa yang sana. hahaha

KFC - halal
subway - halal


Overall, seronok juga dapat berjalan dekat bandar Bristol. kita boleh tengok diaorang punya culture disini. banyak belajar. untuk 1st round berjalan sekitar bandar, hanya untuk usha-usha barang. 2nd round berjalan untuk shopping souvenir untuk orang-orang kampung. hahahah

street art
street art
Bristol center
community malaysia di Bristol


p/s: alhamdulillah dapat berjumpa sahabat baru disana.

p/s/s: jauh perjalanan luas persahabatan. kan mem? hahaha

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates