Showing posts with label tuan kasma. Show all posts
Showing posts with label tuan kasma. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

2 [UK Series] さようなら

Assalamualaikum. haa, tengok tajuk entri pun mesti tertanya-tanya kan. hahaha. malas laa nak bagi tahu maksud disebalik tajuk tuh. dunia kan makin maju. confirm dapat tau punya lahh. hahaha

London Airport Heathrow - Terminal 4
Alhamdulillah, 10 hari dibumi Bristol dan UK. banyak pengalaman menarik dan berharga dapat diambil dan pelajari. tu baru sepuluh hari. cuba bayangkan sambung belajar kat sini 2-3 tahun. mahu dapat business 2-3 base kat sini. serta hantar sebijik dua mini cooper dengan audi Q7. hahahah. nampak tak macam mana peluang tu kat sini. hahahah. meluas beb. masyaallah. orang UK tanya orang malaysia kena GST tu 'apa khabar?' . mangkuk betul maslan nih! aishhh.

Terima kasih diucapkan kepada orang Bristol, terutama abg Hafeez dan Kasma selaku tuan rumah. banyak sangat membantu kami sepanjang keberadaan di bumi Bristol. hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. kesana kemari merancang perjalanan kami disini. tak lupa juga untuk abeHa, selaku tuan rumah di bumi Bath. legendary people di Bath. tak lupa kawan-kawan student di Bristol. kak AJ dan family, Zamir. legendary person dibumi Bristol. sempat attend majlis tahlil kat sana anjuran beliau. makan soto semua homemade beb. siapa tidak kenal beliau. tok penghulu Bristol bagi rakyat malaysia. duta kerajaan saja taknak berkerjasama dengan orang-orang macam ini. bagi laa kredit sikit. hadoiii.

B&B - superb service
we gonna miss our room
Inshaallah. panjang umur, diberi kesihatan. dimurahkan rezeki. kita sampai untuk trip yang lain pula. Pengalaman yang berharga pastinya dengan travel. travel is the best university. kenapa? sebab pengalaman di tempat orang sangat berharga untuk kau cari dimana-mana. aku tahu, bukan semua orang mampu untuk travel, tetapi dengan sedikit perancangan dan kau merancang dan target untuk ke sasuatu destinasi. kau pasti berusaha untuk kearah itu. believe me! mana kan tidak, seperti pepatah arab 'belajar lah sampai ke negera China'. (ini karangan peribahasa ke?) hahaha  

Tidak dilupakan. last but not least, partner travel aku. yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat. hihihi. my tourist guide. my doctor. (sempat deman sehari kat sana) hahaha. kau adalah teman travel aku yang terbaik utuk selama-lamanya. ada juga beberapa tempat yang kami target dari awal, tetapi tak tercapai seperti London. tapi tak mengapa. London is too mainstream nowadays. hahaha ready for next trip? hahahah.  keep dreaming and we love to go for it! gyeahhh

travel partner - thanks
Sampai sini kisah ukseries: Bristol kami. terima kasih kerana sudi membaca. bai




p/s: next travel dah hint kat atas tuuu.hahahah

p/s/s: hang jumpa hang pawaaaa.hahaha

p/s/s/s: alhamdulillah. uk Bristol we conquered ! 


Sunday, March 29, 2015

2 [UK Series] Stonehenge

Assalamualaikum. untuk entry kali ini. aku akan bercerita pasal satu tempat yang kami lawati ketika beeada di Bristol. alhamdulillah, tak sangka berkesempatan untuk kesana. dengan bantuan abg Hafeez&Kasma. sampai juga kami disana. this is Stonehenge brodahh!! hahahaha

Stonehenge

Stonehenge merupakan monumen prasejarah yang terletak di Wiltshire, England, kira-kira 2 batu (3 km) barat Amesbury dan 8 batu (13 km) utara Salisbury. untuk ke Stonehenge yang terletak di Wiltshire, ia mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 1jam30minit dari Bristol. kami gerak dari penginapan tepat jam 9pagi waktu tempatan. melalui beberapa kawasan seperti Bath. lokasi Stonehenge ini boleh digambarkan terletak ditengah-tengah kawasan lapang. so seperti sedia kita maklum, salah satu historic mengapa stonehange ini dibini adalah bagi tujuan untuk pencerapan mahupun sesetengah mengatakan tempat untuk ritual agama mereka disana.

Stonehenge adalah sudah semestinya ikon negara terbesar di Britain, yang melambangkan misteri, kuasa dan daya tahan. Tujuan asalnya pembinaan ikon ini adalah tidak jelas kepada aku, namun ada juga yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah kuil yang dibuat untuk penyembahan dewa-dewa bumi purba. atau juga dikenali sebagai tempat pencerapan bulan dalam bidang astronimi mengikut kepercayaan agama purbakala.





Batu-batu yang kita lihat hari ini yang mana sudah banyak berubah dari bentuk asal. banyak batu telah terhakis sama ada berubah bentuk disebabkan oleh kejadian semula jadi mahupun buatan tangan-tangan manusia. oleh kerana terlalu banyak kerosakan, dan jugan mahu memelihara dari terus rosak, mereka telah menutup kawasan berhampiran batu-batu tersebut. they build some barrier from people to enter near the stone. maka pelancong hanya dapat lihat dari jauh sekitar dalam 10 meter dari kawasan berhampiran. jika dulunya kita masih boleh memegang dan merasai stuktur batu tersebut. namun sekarang kita hanya dapat lihat dari kawasan yang dibenarkan. which is good for protect their iconic history.

ternakan biri-biri penduduk setempat
panorama Stonehenge

Tiba kami di Stonehenge center, tiket harus dibeli. fees sebanyak 15 pound  per person. kita juga diberikan pamphlet Stonehenge untuk informasi dan wireless audio sebagai guide sepanjang lawatan. dari center ke kawasan batu, kami harus menaiki shutter bas. nak jalan pun boleh, tapi jauhh bhai! jarak lebih kurang 5 km. cirit kau kat sana nanti. don't waste your energy. disana terdapat 7 batu dimana setiap satunya terdapat sejarah yang berlainan, sama ada bila ianya dibina dan langkah-langkah pembinaan batu berkenaan. alahh, tak dengar pun padahal. sibuk dengan ambil gambar. sapa yang nak terlepas dari capture the moment kan. kebetulan cuaca mentari yang terik serta berangin malah langit yang biru. alhmadulillah, so perfect. suhu ketika itu 5'C. sejuk telinga macam telinga kambing. hahaha.

Pengalaman kami sendiri ketika berada disana amat mengagumkan. masyarakat purba semestinya mempunyai teknologi nya tersendiri dalam menghasilkan monumen ini. dalam pada yang sama, kebesaran Allah itu berada dimana-mana. hanya dengan dua mata ini yang mampu menafsirkan sendiri bagaimana kewujudan sebegini monumen atas muka bumi ini. tanpa ketentuanNya, mana mungkin keajaiban ini mampu berlaku. wahh, masih tak percaya mata ini menjadi saksi apa yang dilihat ketika berada disana. alhamdulillah.

tourist amik gambar
me & wife ~ heee
center dia - tempat beli tiket


p/s: sejuk mengigit telinga

p/s/s: one of wonders of the world. great!

p/s/s/s: alhamdulillah, sampai juga tempat ini bersama teman travel

p/s/s/s/s: taknak pergi dah, pergi tempat lain pulak. hahaha

Thursday, March 19, 2015

4 [UK Series] The Journey Begin

Assalamualaikum. perkongsian ini adalah berlaku sepanjang bulan February iaitu bulan lepas yang lalu. alhamdulillah, diberi kesempatan untuk travel bersama wife tersayang pada kali ini. kiranya 1st trip kot after married. syukur alhamdulillah sepanjang perjalanan ini dan sepanjang berada dinegara orang, segalanya berjalan dengan lancar.

view from window - syria atau iraq

Destinasi yang dituju kali ini ialah Bristol, United Kingdom (UK). selama beberapa bulan merancang destinasi untuk dituju, kami bersepakat untuk ke Bristol. Memandangkan disana seorang member wife yang sedang berkerja dan menetap disana. yakni abg Hafeez dan kak Kas. kami juga dijemput oleh mereka untuk tinggal bersama sekiranya melawat ke UK. grab that opportunity to stay with them. Pada awalnya, kami merancang untuk complete 'Europe Trip' bersama satu lagi pasangan Nina&Syauqi. namun, meraka tidak dapat cuti dan masing-masing busy dengan projek GST. so it's okay, we'll travel first and we choose to travel to Bristol UK. next time kami pasti akan complete our mission. inshaallah. ameen.

Bristol City

Tiket dibeli seawal 3minggu sebelum tarikh travel. tak berapa awal jugak tu sebab boleh dikira lewat jugak lah. alhamdulillah rezeki kami dapat tiket murah untuk return tiket. Untuk tarikh tersebut, Etihad menawarkan harga tiket yang paling murah berbanding flight yang lain. grab that ass. tada hal punya. hahaha.

passport check - ticket check

Maka perjalanan kami bermula dari KUL - Dubai - Heathrow, London. total hours of travel 16 hours. KUL - Dubai. flight time 7 hour, transit selama 2 hour. Dubai - Heathrow juga 7 hour flight time. makan 2kali sepanjang flight. alhamdulillah tak lapar. hahaha. transit 2 jam sangat memenatkan. kami sampai Dubai, waktu tempatan sedang subuh. selesai subuh, berlari cari gate pelepasan untuk next flight. airport Dubai agak crowded. sempit dan ramai orang. then tempat immigration pula slow dengan kaunter yang sedikit. dah tau airport tu tempat transit, buka laa banyak kaunter kan. lame. serius aku dengan wife berlari cari gate.

Dubai Airport
KUL - Dubai
Dubai - London

Ada satu kisah nak cerita ketika flight daru Dubai - London. oleh kerana kami antara beberapa orang yang masuk lambat untuk flight nih, belakang aku ada senior citizen. umur macam nenek2. tapi masih gagah untuk travel. k fine. kebetulan seat aku adalah depan dari seat dia. oke. masa ni takda masalah lagi. aku nak turunkan seat untuk better position dalam flight. aishh, sangkut pulak. rupanya ditahannya aku oleh nenek tu untuk aku turunkan seat. kuang hajaa. takpe, aku mintak elok-elok. 'madam, can i laydown a little bit my seat? ' 'no no no' jawabnya. aku tak tau laa dia jawab no tu sama ada dia tak bagi aku turunkan seat ataupun dia tak paham apa yang aku cakap. k fine. pesan kat wife aku, 'kalau nampak dia ke toilet, kejutkan aku' . oke. siap kau nenek. elok dia pergi toilet, aku turunkan seat perabiss sampai limit. then aku tukar mode: tido mampos. hahahaha. bila dia balik dari toilet, aku boleh perasan dia goncang seat aku tanda suruh aku naikkan seat aku. hahaha. talk to myhand nanny! hahaha. bukan setakat tu sahaja, dendam terbalas bilamana ketika sedang nak angkat turun barang dari cabin. standby and block the way. tido laa kau belakang aku. hahaha. misi terbalas. hahahaha.

mission on going - HAHA

Alhamdulillah, tiba di Heathrow London Terminal 2 jam 12tengah hari waktu tempatan. cuaca tempatan 5C. ambil angin sejuk sikit sambil hembusan berasap. then masuk balik tak tahan sejuk. hahaha. kami dijemput oleh abg Hafeez&Kas. untuk ke Bristol, perjalanan selama 2jam dari airport Heathrow London. terus ke Swindon. tempat shopping. since tema kami travel to see the world, shopping ni tak berapa nak layan sangat. hahaha. kalau jumpa yang berpatutan, rembat sajaa. itu satu bonus.haha. Swindon ini ada satu tempat shopping. kalau kat malaysia lebih kurang JPO. barang mostly harganya sama je dengan malaysia. tetapi, kalau cari yang tengah sale, sangat murah berbanding dengan harga di malaysia. sebagai contoh kasut adidas punya sale baru 30 pound. bersamaam lebih kurang rm180. tu yang design high cut. lawa siakkk. hahaha. rugi tak rembat awal2. hoiii. kata taknak shopping. hahaha

Heathrow Terminal 2 - London

Sampai Bristol lebih kurang jam 10 malam. penat. mengantuk. nak rehat. need to rest. memandangkan masih banyak tempat nak travel dan tempat untuk dilawati. aku update tempat menarik je laa kan. hahaha. inshaallah. wahh. cantik kawasan perumahan diaorang. nyaman. walau malam. serius. kau boleh bayang kalau kau pergi area putrajaya, kawasan perumahan yang takda pagar. cantik.



London - Bristol

Swindon Designer Outlet


Swindon Designer Outlet




p/s: throwback part1

p/s/s: seronok rembat selimut Etihad. hahaha. dalang = wife. hahaha

p/s/s/s: syg jgn stress. dah update dah nihhh. untuk bacaan dikala stress.hahaha

Monday, September 8, 2014

2 [Part 1] KL - Hatyai - Yala

Assalamualaikum. masih belum terlambat nak ucap selamat pengantin baru untuk pasangan Kasma dan Hafezz. guess what, we're travel to their weeding. disebabkan weeding diaorang. kami sekali lagi berpeluang untuk travel but only for short time. but lots of fun. tapi plan macam nak pegi usa sebulan. hahaha. noob!

Majlis berlangsung di Yala, Thailand. untuk kesana, kami hanya menaiki bas ekspress dari KL - Hatyai. perjalanan kira-kira 6jam. tiket jam 1130 malam dan sampai boarder Bukit Kayu Hitam jam 5 pagi. boarder akan dibuka jam 6 pagi. jadi kalau bas tu sampai awal, diaorang kena laa tunggu boarder tu buka jam 6 pagi. macam biasa, sampai dekat imigresen turun naik bas untuk lepas. mula2 untuk imigresen malaysia dan kemudian imigresen thailand. bagi mereka yang i/c dari perak, perlis dan kedah. kalau tak silap, diaorang boleh apply untuk boarder pass sahaja. pun boleh juga. kami?of course laa passport. kami kan pelancong aka traveler. bawak pun bag pack je. hahaha. kami berserta rakan-rakan kasma dari malaysia berlepas tepat jam 1145 malam. bismillah on we go.

Dari imigresen thailand, kami ke destinasi yang pertama. 'Khon Song' (betul kot aku eja camni) asal kau sebut ada bunyi jaa. janji ada iras-iras. hihihi. khon song ni adalah stesen van. pengangkutan seterusnya yang kami kena ambil untuk ke Yala. kebetulan ada sorang macik nih yang naik bas ekspress sama dengan kami. dia juga mahu ke Yala. jadi just follow macik tuh. dan dia tolong jadi jurucakap kami. siap pesan kat driver tu 'jangan lupa hantar budak 2orang tu ke Rama Hotel'. thanks macik.

station khon song

Perjalanan dari stesen khon song ke Yala pula mengambil masa dalam 2jam setengah. hoiii lama. dah van penuh orang. menyempit naik cram kaki. hahah. lepastu ada pulak brader ni lentok kepale kat bahu aku. oke kau siap! mau kau akan kena siku dengan aku. haahah. oke fine! misi berjaya. sepanjang perjalanan, memang brader ni kena siku dengan aku 3x. hahahahah. puas hati aku. at last beralih tempat. hahahah

Sampai Yala jam 1130 pagi, penginapan kami di Rama Hotel. yup, hotel ni famous dekat Yala. sebut Rama Hotel, diaorang akan terus tahu. sampai hotel, terus check in bilik masing-masing dan terus untuk siap-siap ke majlis Kasma. siap mandi nak iron baju. diaorang tak sedia plak iron dan iron board plak. rupanya, diaorang akan gosokkan untuk korang. tapi kena charge laa cikit. that's the way how they make business.

tahniah Kasma & Hafezz

Destinasi kami seterusnya ke Hasanah Restaurant. majlis walimatulurus berlangsung kat situ. nak kesana, kena cari public transport. called 'tuk tuk'. ahh sudahh. dah kami dah lewat. nak mencari pulak public transport. turun hotel, kebetulan rombongan keluarga kasma baru nak gerak naik van. ini naiceee. kami tumpang je diaorang ke sana. yess! save time nak cari public transport.

lauk pauk - perkhh!

Sampai restaurant, amik gambar dengan pengantin. melantak. aku lapaq! hahahaha. tapi serius lauk dia da boom kebaboww. hahaha. of course lauk nya definitely different from malaysia. aku tak tauu specific nama dia. yang aku tau tomyam dia terbaik dan siakap dia masak black pepper. kerabu kacang botol. wehhh, heaven bhaiii. pada aku. ini pengalaman baru bila attend wedding macam ni. selalunya nasi minyak lauk ayam yang sama rasa walau berbeza caterer.  but 'this is Yala' .  tomyam, kerabu is always the best. thank you menjemput dan alhamdulillah diberi kesempatan utk merasai pengalaman ini.

untuk seterusnya. to be continued . . . .



p/s: kerja. sempat nak menulis ni je. choww



 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates