Dataran Reha - Kota Bharu |
Day 2
Memandangkan tengah hari memenuhi jemputan perkahwinan sahabat baik. pepagi lagi sudah mengatur acara untuk berjalan kemana. sudah tentu bagi memenuhi aktiviti madam yang baru first time berkunjung ke Kota Bharu, perkara pertama adalah mengisi perut. breakfast untuk pagi ini ialah nasi berlauk kelantan. untuk madam pula, kita introduce the original nasi kerabu kelantan. lauk bersama ikan keli. haa, harap dia suka dan kena dengan taste dia. hahaha
Bukan apa, bagi madam makan nasi duli sebabnya perjalanan hari ini masih jauh. bawak madam pergi Pasar Besar Siti Khadijah. alhamdulillah, dengan adanya tourist guide macam ini. harga semua kasi settle baikk punya. hahaha. haa, rambang mata kau yang pengguna tegar tudung bawal. now you know why always bawal that i brought to you long time ago. hahahah
Selesai pusing Pasar Siti Khadijah, dari bahagian basah hingga lah ke bahagian kering, bahagian luar sampai ke dalam bangunan, tour sampai lembik, masuk pulak Bazar Buluh Kubu. disini tak berapa banyak kalau nak dibandingkan dengan Pasar yang mula-mula tadi. tapi kalau nak cari batik boleh lah kat sini. harga pun agar berbeza. biasa lah, demand dia berbeza dari segi tempat dan kualiti barang. kena pandai pilih, pandai tawar menawar. dapat best price. nak tawar menawar tak susah pun. ikut budget masing-masing. tapi bagi kami, kami tak kisah untuk bayar lebih sikit untuk peniaga-peniaga disini. mereka menjual pun kebanyakan untuk kelangsungan hidup mereka, bukan nak ambil untung semata-mata.
Tahniah Syafiq & Pasangan |
Selesai tour pasar, balik ke tempat penginapan untuk bersiap-siap acara tengah hari pula. untuk menghadiri majlis perkahwinan Syafiq. bertempat di Binjai. masa perjalanan lebih kurang 30minit dari penginapan. namun, kami terlebih dahulu pick up sahabat lain untuk tumpang sekali ke kenduri. pertama pick up Irfan di Pasir Tumbuh dan lepas tu pick up Firdaus di Wakaf Setan. Settle pick up budak-budak ni. terus shoot ke kenduri.
Sampai terus melantak. biasa lah main dengan budak-budak nih. food was good. alhamdulillah. tahniah Syafiq dan pasangan. semoga diberkati dan kekal ke syurga. ameen. 2 more to go. hahaha
Selesai attend kenduri. singgah pulak lepak dekat D'Klasik. kedai kopi urban dimana tempat rakyat kelantan baru nak pandai melepak kedai kopi alaf baru. tak lama disitu, misi diteruskan bawak madam melawat shopping mall pula. next is KB Mall. tak beli apa-apa pun. saja cuci mata plus lenguhkan kaki. lol. habis KB Mall. minum petang dekat Nilam Restoran. lokasi berhampiran bulatan orang tanam pokok kurma (sebenarnya aku lupa namanya) hahaha. kueh tiaw plus mertabak daging. best in town like seriously.
Sesi malam pula berkunjung ke Wakaf Che Yeh. seperti dijanjikan malam sebelumnya. lepas magrib sudah bergerak ke sana. Wakaf Che Yeh = Uptown Danau Kota. tapi berbeza dari segi harga dan kuantiti. disini lebih perlbagai variety barang yang boleh dipilih. dan juga harga yang sedikit murah dari Uptown. bagi masyarakat Kelantan pula, this is not the best place to do shopping. sebab diaorang tahu, they can get better price and quantity at other place. tapi bagi pelancong, kalau korang tak ada tourist guide, tempat ini should be okay untuk membeli belah. jangan khuatir okay. hahahah
Kelantan panas ~ fuhh |
Day 3
Hari ini last dibumi Darul Naim. hajat dihati nak shoot ke Rantau Panjang. memandangkan cuaca sangat panas. dan juga cuti sekolah. kami jangkakan lautan manusia pasti tertumpu disana. jadi, kami mengambil peluang untuk chill up, relax-relax sambil breakfast nasi dagang kelantan. kiranya tidak ada apa yang nak dikejarkan. terus shoot ke Kuantan untuk bermalam disana. seterusnya pulang ke ibu kota.
Aku berharap madam enjoy dengan trip kali ini. sekiranya ada peluang dan waktu. inshaallah kita sampai lagi di negeri ini. pastinya, masih ada beberapa perkara yang masih belum dilakukan oleh madam. *nak shopping lagi lettew* hahaha. i paham uuuu. hahahah
i need to go now - bye |
Sehingga berjumpa lagi. chaww
p/s: orang page sebelah ini bila nak update. asyik januari berlalu jerr. hihihi
p/s/s: semoga cepat sembuh, muahhh
4 comments:
terima kasih bawa kita jenjalan dan hadiahkan kita tudung bawal again....
hahahhaah...
next tu bila? heheh
next tu ada lahh. ne leh gtau. nnti liat nak p kerja.hahahaha
Nasi duli tu apa weh?
alya: tak tau aku. macik tu ckp nasi duli.hahahaha
Post a Comment