Friday, October 31, 2014

2 Dateline

Assalamualaikum. hasrat untuk qada balik post bg bulan lepas tak kesampaian. mula lahh aku nak post benda-benda merapu. gambar-gambar lahh. hahahah jangan laa marah yer semua. aku tau im supposedly come out with the some issues and idea. baru bermakna untuk diri sendiri dan juga mereka yang membaca. camgini haaaa

so, the first random post ill tell is...... my favorite all time costume, character and army : star wars clone troopers

sumber google

sumber google




p/s: less than month isn't? dup dap dup dap.....hehehe

Monday, October 13, 2014

2 Pulau Sayak

Assalamualaikum. alhamdulillah. outstation kali ini sempat untuk melawat satu tempat yang aku tak pernah pergi. even nama pun tak pernah dengaq. cakap utaaghaa aihh! hahahah. hang pasai paaa. this is Pulau Sayak. Kedah

sumber google - Pulau Sayak from top view

Pada pemerhatian aku, pulau sayak ini masih belum diterokai. jalan untuk sampai ke destinasi pun masih jalan sempit. yakni jalan2 kampung. nak layan lap pun 50km/h jer, tapi baguihhh laa noo. masih ada tempat yang indah untuk kita lawati tanpa sebarang pencemaran mahupun pembangunan lagi. kawasan dia pun orang2 sekitar je yang majukan.

Alhamdulillah. dengan bantuan dari member bos. kami bergerak dari kepala batas. melalui jalan bendang untuk ke pulau sayak. jalan ni tidak lah sesibuk mana jika banding dengan jalan melaui tikam batu. tapi still kena berhati-hati. since jalan ini adalah jalan kampung. dari kepala batas, ia mengambil masa lebih kurang 30minit untuk sampai.

Pulau Sayak ini sebenarnya satu hala je nak ke Pantai Merdeka. kita akan jumpa simpang pulau sayak dulu. dan kalau pantai merdeka, dia lagi straight kedepan. actually, beberapa bulan lepas pernah ke pantai merdeka. tempat tumpuan rakyat untuk bercuti. tapi kami pergi bukan untuk bercuti, tapi atas urusan kerja. site visit tempat orang repair bot. area tu pun menarik jugak. enjin bot bersepah kat situ. mercury lah, yamaha lah. macam2 ada.

Pulau Sayak juga dikenali tempat untuk mencerap bulan. dia punya posisi pantai yang direct dapat tengok sunset. salah satu tarikan tempat ini. powerr! hahahah.

sunset - Pulau Sayak

Mana-mana tempat mesti ada makanan terkenal dia. dan kat sini, mee udang. kau singgah laa mana-mana kedai kat sini. main menu dia mee udang. pehh! udang besar penumbukk. standard harga sepinggan rm8 untuk mee udang biasa. yang luar biasa tak sempat torai. next time bawak madam pulak. senang dia nak kupas kulit udang untuk aku. hahahahaha. hang pasai paa. pastu balik google pulau sayak. jumpa gambaq nasi goreng udang. pehhh. lagi kecurr air liuqq. apa yang pastu. udang dia fresh amat. u can feel it!

mee udang - Pulau Sayak

Cuaca elok. mendung sekejap ja. pomm. menjelma sunset. puas hati dapat shoot sunset. hahahah. inshaallah next time sampai lagi sini. mee udang thorrbaikk hoiiii!

Nak sampai sini. google saja. lalu jalan dari kepala batas bulihhh. lalu exit sg petani (s) - kota kuala muda pun bulihhh aihh. then ada direction pulau sayak, pantai merdeka. kompem puaihhh hatii. hahaha


 

p/s: madam dah book dah suh bawak dia. powerr PA. hahaha

2 30th IIUM Convocation

Assalamualaikum. wah, lama betul tidak menulis. last menulis pasal wedding oversea pulak tuh. kemana aku menghilang ye?! terukk. banyak pulak isu-isu semasa lately nih. dengan minyak naik nya. dengan isu bajet 2015 nya. tapi takpe lah. we come out this issue first.

sumber: google

Happy convocation guys! iium friends. baik senior, junior mahupun sebaya. dengar cerita course ICT tahun nih 1st day of convocation. wah, bagusnya. dan jugak best. ada KJ dan Sultan. power! sudah pasti rata-rata berselfie, pre-convo, post convo dan macam-macam convo. paham-paham. kita dulu pun macam tu jugak. so everybody deserve to celebrate this day okey! *_-

Okay. itu bab convo. i think everything run smoothly hendaknya. inshaallah. tapi yang tak bestnya pasal stabaz tahun nih. khemah lambat setup. khemah baru smpai malam sebelum hari convocation. tidak kah pelik. kalau zaman-zaman aku dulu. seminggu sebelum hari convocation. dah ada khemah dan peniaga-peniaga dah start meniaga. aku masa tu balik dari kelas singgah stabaz beli makanan ke. macam-macam ada time tuh. seronok beronok. tapi mengikut reporter. everything tak siap dan tergendala. even stage pun tak siap. macam mana nak invite artis nak perform. come on student sekarang.

Tapi tak baik jugak nak bersangka buruk dengan student kita nih. aku pasti walau diaorang ni junior, of course time senior-senior ada dulu. depe sempat belajar selok belok nak handle event-event nih semua. the matter of creative or not je lah kalau nak dibanding kan pun. dengar cerita jugak pihak student affairs pun susah nak lulus budget. oke. ini paham sangat! tambah2 lagi kes transformasi fountain iium yang famous masuk paper. keris mengankat jati diri melayu. one word: puiiii! . agenda bodoh je semua nihh.

Anyway, setiap tahun ada ceritanya. and just follow the flow okay. Happy 30th Convocation IIUM graduates!




p/s: im glad that im convo with my super duper partner in crime.hihihi

Tuesday, September 16, 2014

2 [Part 2] KL - Hatyai - Yala

continued...

Assalamualaikum. ni nak sambung cerita yang lepas. hahaha. selepas selesai jamuan makan dekat Hasanah restaurant, kami saja lah yang bersurai. pengantin still lepak kat situ. tapi, alamak, macam mana nak balik nih. kalau nak datang tadi, boleh lah menumpang rombongan. so sekarang nih dah lost. damn!

'tuk-tuk' in action

Tapi tak mengapa. since tour leader ada. kome jangan risau. terus diajak nya ke jalan besar. kot-kot ada 'tuk-tuk' berlegar-legar kat jalan besar. alhamdulillah, sebaik saja sampai area jalan besar which is main road. kami boleh nampak dah public transport merata. it's takes about 5-10 minute dari Hasanah restaurant tadi ke main road. Terus tanya driver untuk dihantar ke Rama Hotel. dan selamat sampai ke Rama Hotel. oke. ini pengalaman baru naik 'tuk-tuk'. mission 'tuk-tuk' unlocked. samapi hotel, sepanjang petang kami berehat dihotel saja. since nak qada balik perjalanan semalam. hahaha

Lepas asar, bangun tido perut dah lapar. tak boleh jadi. pergi round sekitar hotel. dalam 1km berjalan untuk ke 7 eleven, masuk satu kedai runcit. pada mulanya agak tidak yakin dengan barangan yang dijual. makanan nya halal ke haram. kami perhati je orang keluar masuk kedai tuh. ramai orang muslim. maka dengan yakin masuk dan shopping sedikit barang yang nak alas perut. barang runcit dia murahh beb! atau duit malaysia mahal? separuh bakul gak duk shopping kat situ sahaja.

Pada malam nya. pengantin pick up kami dekat hotel. destinasi seterusnya ke rumah pengantin untuk dinner. oke. diet aku kelaut lagi. first our impression mesti rumah dia nih macam bapak menteri. but it was wrong. rumah nya macam biasa2 sahaja. cuma kawasan dia luas boleh buat wayang pacak. hikhikhik. lepas diner lepak berbual dengan pengantin. it was sharing moment and chit chat. sampaikan bapak dia join sekali cerita salasilah family dia. one word i can say, they are humble. doesn't matter who you are. as long as you are guest. they trait very well.. mak kasma pesan. sok pagi jangan lupa datang rumah. esok makan nasi kerabu. what what. nasi kerabu. deng! we must come. kahkahkah

sebelum nasi kerabu

Esok pagi nya. sekali lagi ke rumah kasma untuk breakfast. dan sekali lagi lagi tumpang orang. but this time tumpang rombongan lelaki laa pulakk. tak kisah janji kami sampai. hahaha. sampai sana disambut oleh family kasma dan nasi kerabu. damn. nasinya lebih kurang sama. cuma dia takda lauk macam ayam ke. daging salai ke. takda. yillek! nasi kerabu semata. tapi best laa jugak. sambal dia budu campur gula merah. hahahaha

Elok rombongan dah nak balik. kasma dan husband tolong hantar ke station van. sebelum tu, singgah pekena abc dan kueh tiaw sup. dari station van nak ke hatyai. van penuh lagi. arghh. kaki aku cram lagi. dah sampai nak beli tiket bas. sold out. semua jenis bas sold out. hadoii. tak kan nak spent lagi satu malam kat sini. esok dah nak kerja. kami decided to take van dan turun ke butterworth. dari butterworth naik bas ke KL.

van artis. hahaha

Dalam van, kami adalah penumpang kedua. terkejut bila buka pintu van. gologan makyah. shit! takkan nak sampai ke butterworth dengan gologan nih. seram broo. nasib baik van ni berenti pick penumpang lain which is satu family cina dari malaysia. dah. lega dan kami leh tidoqq nenyakk. *fuhhh. dekat boarder jem teruk. dalam 3 jam nak melepasi border danok. penuh dengan kereta dari malaysia.

Sampai butterworth jam 1130 malam. terus cari tiket bas jam 12mlm. sempat dinner kat terminal. since bas ni bas tambahan. mencapak tunggu bas sampai kul1. berebut naik bas to make sure dapat seat. lepak jam. tunggu bas jalan. pastu lena sampai KL. sampai KL jam 6 pagi. terus naik LRT kat masjid jamek. sampai sri rampai solat subuh. then terus ke wangsa maju tempat parking kereta. another story. cermin kereta kena pecah. barang takda yang hilang kecuali kotak handfon yang kosong. sorry pencuri. kau tak dapat apa2. but still menyusuahkan aku nak ganti cermin kereta.

Alhamdulillah. pada keseluruhannya. this short trip was awesome. sampai jugak kami ke Yala ye. terima kasih kasma dan hafezz serta keluarga kasma. semoga allah membalas jasa baik diatas pertolongan kalian. kepada geng trip. terima kasih banyak membantu. last minute plan always the best right?! ahahhaha. and the important is, the trip is always fun and enjoyable when it comes to travel with the one you loved. *blink*


tour leader usha line clear


p/s: bila lagi nak p trip nihh. syik kerja jerr.hahaha

p/s/s: always hope for the best decision. yaallah. kuatkan hati2 kami. jangan lah kau bolak-balik kan hati kami.

p/s/s/s: my prays always goes to you. don't be afraid. because you are deserve more.

Monday, September 8, 2014

2 [Part 1] KL - Hatyai - Yala

Assalamualaikum. masih belum terlambat nak ucap selamat pengantin baru untuk pasangan Kasma dan Hafezz. guess what, we're travel to their weeding. disebabkan weeding diaorang. kami sekali lagi berpeluang untuk travel but only for short time. but lots of fun. tapi plan macam nak pegi usa sebulan. hahaha. noob!

Majlis berlangsung di Yala, Thailand. untuk kesana, kami hanya menaiki bas ekspress dari KL - Hatyai. perjalanan kira-kira 6jam. tiket jam 1130 malam dan sampai boarder Bukit Kayu Hitam jam 5 pagi. boarder akan dibuka jam 6 pagi. jadi kalau bas tu sampai awal, diaorang kena laa tunggu boarder tu buka jam 6 pagi. macam biasa, sampai dekat imigresen turun naik bas untuk lepas. mula2 untuk imigresen malaysia dan kemudian imigresen thailand. bagi mereka yang i/c dari perak, perlis dan kedah. kalau tak silap, diaorang boleh apply untuk boarder pass sahaja. pun boleh juga. kami?of course laa passport. kami kan pelancong aka traveler. bawak pun bag pack je. hahaha. kami berserta rakan-rakan kasma dari malaysia berlepas tepat jam 1145 malam. bismillah on we go.

Dari imigresen thailand, kami ke destinasi yang pertama. 'Khon Song' (betul kot aku eja camni) asal kau sebut ada bunyi jaa. janji ada iras-iras. hihihi. khon song ni adalah stesen van. pengangkutan seterusnya yang kami kena ambil untuk ke Yala. kebetulan ada sorang macik nih yang naik bas ekspress sama dengan kami. dia juga mahu ke Yala. jadi just follow macik tuh. dan dia tolong jadi jurucakap kami. siap pesan kat driver tu 'jangan lupa hantar budak 2orang tu ke Rama Hotel'. thanks macik.

station khon song

Perjalanan dari stesen khon song ke Yala pula mengambil masa dalam 2jam setengah. hoiii lama. dah van penuh orang. menyempit naik cram kaki. hahah. lepastu ada pulak brader ni lentok kepale kat bahu aku. oke kau siap! mau kau akan kena siku dengan aku. haahah. oke fine! misi berjaya. sepanjang perjalanan, memang brader ni kena siku dengan aku 3x. hahahahah. puas hati aku. at last beralih tempat. hahahah

Sampai Yala jam 1130 pagi, penginapan kami di Rama Hotel. yup, hotel ni famous dekat Yala. sebut Rama Hotel, diaorang akan terus tahu. sampai hotel, terus check in bilik masing-masing dan terus untuk siap-siap ke majlis Kasma. siap mandi nak iron baju. diaorang tak sedia plak iron dan iron board plak. rupanya, diaorang akan gosokkan untuk korang. tapi kena charge laa cikit. that's the way how they make business.

tahniah Kasma & Hafezz

Destinasi kami seterusnya ke Hasanah Restaurant. majlis walimatulurus berlangsung kat situ. nak kesana, kena cari public transport. called 'tuk tuk'. ahh sudahh. dah kami dah lewat. nak mencari pulak public transport. turun hotel, kebetulan rombongan keluarga kasma baru nak gerak naik van. ini naiceee. kami tumpang je diaorang ke sana. yess! save time nak cari public transport.

lauk pauk - perkhh!

Sampai restaurant, amik gambar dengan pengantin. melantak. aku lapaq! hahahaha. tapi serius lauk dia da boom kebaboww. hahaha. of course lauk nya definitely different from malaysia. aku tak tauu specific nama dia. yang aku tau tomyam dia terbaik dan siakap dia masak black pepper. kerabu kacang botol. wehhh, heaven bhaiii. pada aku. ini pengalaman baru bila attend wedding macam ni. selalunya nasi minyak lauk ayam yang sama rasa walau berbeza caterer.  but 'this is Yala' .  tomyam, kerabu is always the best. thank you menjemput dan alhamdulillah diberi kesempatan utk merasai pengalaman ini.

untuk seterusnya. to be continued . . . .



p/s: kerja. sempat nak menulis ni je. choww



Saturday, August 30, 2014

2 Dup Dap

Assalamualaikum. rasa lama pulak tak travel. and then nervous menyelubungi minda dan badan. apakah ini. mendoakankan semoga dipermudahkan urusan inshaallah. amin


here we goooooo

Bismillah

3 Selamat Mendirikan Masjid [3]

Assalamualaikum. ramai pulak member2 kawin tarikh harini. 30 Ogos 2014. alhamdulillah. semoga segalanya berjalan lancar hendak nya. untuk korang. ini adalah permulaan hidup sebagai sepasang suami isteri ye. sorang kawan dari sekolah menegah dan 2 orang kawan lagi dari UIA.


sumber: fb fatin safwanah
Normi: kenal zaman sekolah rendah. namun dia sedikit pandai dari aku. hahaha. so kau kelas sebelah bajet poyo. hahahah. namun, bila sekolah menegah. sesama berada kelas yang sama. sama ada ak makin pandai atau sebaliknya. hahahah. xda lah. kelas sama sebab amik arab jaa.hahhaha. zaman dia garang macam nak telan orang. sokmo 'aiman xkisah' jadi mangsa. hahahah. so dah kawin ni jangan garang2 dengan cik abag yaaa. choii!
sumber: fb elly

Syauqi + Nina = dua-dua pun kawan dari zaman belajar universiti. tapi majoring lain2 dengan aku. sorang gila gadget dan sorang lagi gila melancong. elok sangat laa tu kome. sebelum diaorang turun untuk bersanding. kami dah serbu awal dah dan berselpiee dalam lift dluuu dengan pengantin. so xheran kome kome bergambo dekat pelamin. kenkonon nak kena asing gambar sebab ramai sangat. hahahaha

Anyway. congratulation guys!



p/s: dah start umum tarikh dah tuuuu. hahaha. *excited*
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates