Thursday, May 29, 2014

0 Body Fat

Assalamualaikum. okay. kali ni kasi gegar ckit lemak2 diperut. kasi dia gentar sikit. hahaha. bukan hapa. lately ase tire spare muncul entah dari mana. hahaha. hoiii, dari mana lagi, dari yang kau makan selama ni lahh. hahaha. I'm trying to motivate myself. why should this happen. cannot2.

sumber google
Alkisah nya. entah macam mana aku semangat pergi tengok gambar2 lama. hahaha. yaAllah, jauh beza nya dari sekarang. dulu budget lean walau xberapa nak lean banding dengan sekarang. so now, dah kena cari motivasi diri sikit untuk start balik what i've from the past.

Maybe this is the best time. lagi sebulan nak puasa. by the time, amik kesempatan kalau panjang umur kan. can make better change. lagi pun makin ramai pulak member2 dan start program diet masing-masing. aishh. pesal korang semangat sangat nih hoiii! hahaha. ye lahhh, orang lain pun nak dapatkan lean body at the same time healthy lifestyle kan. jangan kondem, malah support dan bagi semangat kat mereka. tak kira laa apa jua program diet yang diaorang pilih dan amalkan. ahahha, good jobs guys. dan pada mereka yang less motivation macam aku dan madam (hihihi) , kena start figure out balik what make us more motivation and start working. okay!

sumber google
  
The body fat percentage of a human or other living being is the total mass of fat divided by total body mass. senang cerita, badan yang terbaik adalah mempunyai % body fat yang rendah. bergantung kepada target seseorang. pada aku, target 15%-20% dah cukup. hahahaha.impian semata2. hahaha. dengan harapan, post kali ini dapat membantu aku untuk dapat sedikit motivasi diri. hahahaha

sehingga berjumpa lagi....chaw!


p/s: cepat2 post sebelum outstation

p/s: ku yang dulu 25%. tapi sekarang 30%. hahahahha.buruk! perut xtau nak sorok mana.dem!

Tuesday, May 27, 2014

3 What Makes You The Best

Assalamualaikum. salam sejahtera kepada semua.just came back from outstation. macam ni laa driver. kesana kemari. sian miss T kite.hahaha. sorry. tapi takpa, dia dapat spent time dengan geng rongeng dia dari sekolah dulu. mesti seronok kan. hahaha. at least you have some activity to do instead of duduk terperap kat rumah. kalau duk rumah sesorang, banyak pulak perkara yang dipikir kannya.hahaha

sumber google

Actually, last week adalah week dimana aku ada dibumi KL. jadi sempat lah settle kan segala perkara dan to do list bersama. hahaha. alhamdulillah, segala berjalan lancar. inshaallah. tenkiu madam!

Bila aku ada kat KL dan tak outstation, ni laa satu-satunya masa yang aku ada untuk berfutsal dengan rakan-rakan university dulu. lagipun, rakan2 ni je yang aku ada kat KL. tak akan miss kalau ada peluang nk berfutsal. tapi last week ramai pulak yang datangnya. time aku outstation, takda plak orang yang nak mai turun. sekali time aku turun, satu kampung turun. aish! tak puas lahh main hoiii. hahah


Benda yang ak nak highlight kan kt sini macam mana rakan2 aku dah berjaya dalam bidang memasing. panjang kan intro aku. hahaha. memasing dah start develop skills masing. malah ada yang dah nak start jump company. aku salute dengan korang weh! cukup setahun kerja, tak tunggu lama untuk stay satu company. dah start cari company yang better offer dan benefits. itu tak kira lagi yang jenis sume interview dia nak attend. bukan itu masalahnya, hahaha. semua company power dia dipanggil tuhh. serious aku jealous! ahhaha, itu belom lagi madam, bab-bab kerja macam senior.powerr. orang jawa panggil 'professional' . hahaha

Everybody have their own nature and environment of works. perghh! berlumba-lumba timba pengalaman dan skills. tapi aku?. . .

argh..memang betul, apa yang kau belajar di universiti tak semestinya kau akan kerja dalam bidang yang kau belajar. honestly, aku rindukan database sangat2. buat masa ni, ilmu database ak semakin menipis. hahaha. biasa lah benda2 practical macam data base, kalau kau tak buat atau guna atau practic, lama2 ilmu tu terkubur dalam sel2 otak kau dan boleh jadi keladak. itu yang aku rasa sekarang. *sigh*

Hey haziq, kau tak suka ke kerja kau sekarang? macam mengeluh dengan kerja sekarang. tanya diri sendiri. takdalah, aku bukan mengeluh pasal kerja sekarang, aku cuma rindukan apa yang aku belajar macam nak mampos kat universiti dulu. database is not a easy subject, but it'll became easier if kau minat subject tuh. database is my passion.

Let's follow the flow. apa yang kau pilih, kau kena yakin, masih lagi ramai orang yang mengeluh tentang kerja mereka. kau leh jadi kan database itu semangat buat kau. apa yang penting, kena bersyukur dengan kerja yang kau ada sekarang. walau kerja itu sekarang is high risk, believe me, it's worth it!

Okay, jumpa lagi....see you ebiribodiiiiiiii



p/s: mendoakan apa yang di plan berjalan lancar tanpa sebarang penangguhan dan tunda. inshaallah. ready for it

Wednesday, May 7, 2014

2 Jodoh anda

Assalamualaikum. fuyoo. lama rasanya x menulis. sekarang sibuk tour satu malaysia. aku kan duta tourism malaysia. hahaha.

Kali ini nak berkongsi satu email yang dihantar oleh teman. ianya berkenaan dengan soal jodoh. selamat membaca.



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
 
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Jadi, dari semua diatas hanya lah tanda-tanda dia jodoh kita. selain dari mengetahui tanda2 tu, kita pun kena laa usaha untuk kearah kebaikan. makna kata kena cari. bukan datang bergolek2. sapa nak bergolek depan hangpa. aishh!

Okay. selamat semua, got to go.



p/s: 1-10, jawapan nya hanya  dia dia dia dia dia dia dia dia dia dan dia

p/s/s: 'serasi xsemestinya bersama'  - noted

p/s/s/s: how can i live without her?

Sunday, April 6, 2014

2 [Gambar] Bandung Trip - Candid dan Makan-makan

Assalamualaikum. sebenarnya cerita trip kami sudah habis. cumanya sekarang, aku suka untuk berkongsi lagi gambar-gambar kami semasa keberadaan disana. alaa, orang jawa cakap candid. dan juga sempat snap menu makanan kami sepanjang trip haritu. namun, ada juga yang kami tak sempat nak snap. makan gelojoh punya pasal.apa2 hal pun. enjoy!

lunch selepas Tangluban Perahu ~ nasi merah, lauk pecel


dinner selepas shopping ~ nasi manis, sup manis
supper Kopi Luak

supper dekat Bangi Kopitiam


oke.some candid photo from us. then credit to all of us.

apik ~ jurubahasa kami
cici ~ makashih yaaa (terima kasih)

nisa ~ peace from behind

elly ~ our tour leader (dont mess with her) - service terbaikk.hihihi
aku ~ cameraman mungkin


Thursday, April 3, 2014

3 [Part 4] Bandung Trip - Pasar baru

Assalamualaikum. masih lagi bercerita tentang kami punya trip ke Bandung. untuk hari ke-4, aktiviti kami hanyalah tertumpu kepada sopping di Pasar Baru. memandangkan 2nd team kami akan berangkat pulang ke tanah air jam 200 pm, maka pagi nya aktiviti kami hanya tertumpu dekat Pasar Baru sahaja.

Pasar Baru Trade Center - sumber google

Jarak antara hotel kami ke Pasar Baru tidak lah berapa jauh. lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki. anggaran dalam 500m je. oh, sebelum tuh. hampir terlupa nak perkenalkan penginapan hotel yang kami menginap sepanjang tip kami. nama hotel Zodiak, Kebon Jati. zodiak hotel ni banyak sekitar bandung. hotel yang sangat selesa dan leh dikatakan berpatutan. servis pun oke dan receptionist dia sangat membantu kami.

peta hotel kami

ruang bilik - sangat selesa

Zodiak Hotel

Seriously, disini memang syurga shopping. barang boleh dapat murah dan still leh nego. tu yang best tuh. nak nega, pargi pasar tu pagi2. orang sana panggil 'harga pecah telur' . pecah tak pecah, memang aku nego skali dengan tokey dia sampai lembik. hahaha. pada aku, barang yang patut beli kat sini macam kain2 meter, telekung semayang and baju kain jeans. hahah. tapi lain orang lain laa taste nya kan. pada aku, 2-3 perkara tu laa yang menarik perhatian aku kat Pasar Baru nih.

nego beli baju batik

Sepanjang berada disini, haruslah beringat. sentiasa berwaspada dengan sekeliling. sudah banyak kejadiah pick pocket kat sini. untuk tips, sentiasa letak beg dihadapan. kalau ada camera dslr tu, dinasihatkan tak perlu laa nak membawanya. tinggal dan sorok dalam bilik hotel. tapi aku haritu pun bawak jugak. tapi make sure camera tu sentiasa dalam pengawasan kita. kang xpasal2 camera nth kemana, kita pun nganga nth kemana. oke!

dah rambang mata dah - kihkihkih

boleh tahan pilih

Tidak lama pun kami kat sini. dari jam10am-2pm je pun. oleh kerana 2nd team sudah mau pulang ke tanah air. sempat laa borong apa yang patut. hajatnya petang tu mau laa pergi skali lagi. beli barang2 orang kirim. tapi cuaca mendung dan hujan rintik2. melepak laa kami dalam bilik.

2nd team check out

Keesokkan harinya dimana hari ke-5, pagi2 lagi kami dah bersiap sekali lagi ke Pasar Baru. misi kali ini adalah untuk mencari barang2 yang dipesan dari Malaysia. since tour leader kami dah mahir walaupun baru kali ke-2 datang sini. dapat cari barang yang dipesan. alhamdulillah. segala berjalan lancar.

Balik hotel tepat jam 12pm dan bersiap2 untuk check out. kemas2 apa yang patut dan terus ke airport. walaupun flight kami 430pm, harus bertolak awal dari hotel. bimbang keadaan traffic disini. flight kami delay 15minit. menunggu di hall dia agk lama. then, sebelum flight departure pun delay lagi 15minit. due to heavy rain.

1st team check out

on we go

Alhamdulillah. safely landed jam 700pm waktu tempatan. another successful trip this year. setelah setahun merancang. dan apa yang paling penting, dapat bersama awak dan rakan2 untuk trip ini. betol orang cakap, travel is the best university. banyak benda yang kita bolek belajar dari tempat orang. dan tak lupa jugak erti syukur dengan apa yang kita ada, negara kita ada. but, malaysian people deserve more than this. terima kasih atas sokongan dan tolak ansur sepanjang trip ini. segala terlebih terkurang, mintak dihalalkan. panjang umur kita set lagi another trip to ( . . . . . ) - feel free to fill in the blank!


Monday, March 31, 2014

3 [Part 3] Bandung Trip - Trans Studio

Assalamualaikum. bersambung kita Bandung trip tempoh hari. aktiviti kami hari kedua merupakan aktiviti ke Trans Studio. masing-masing sudah kembali bertenaga dan fully recharge selepas semalam sehari berjalan di Tengkuban perahu. dan 2nd team kami juga yang sahaja baru tiba di Bandung. alhamdulillah, semuanya kembali bertenaga dan bersedia untuk rock and roll Trans Studio hari ini.

Seawal jam 830am, kami sudah bersiap2 untuk ke Trans Studio. untuk kesana, kami hanya meminta pertolongan dari receptionist hotel kami untuk book teksi. tidak lama menunggu, teksi tiba untuk membawa kami terus ke Trans Studio. 1st + 2nd team bergabung satu teksi. rabak teksi tu bawak kami. hahaha. ada kami kisah? charge pun lebih. nasib leh kautim dengan driver taksi. hahaha. makasish yaa pak (baca nada cici). hahah

Trans Studio ini ada dua kat Indonesia, satu kat Bandung dan satu lagi dekat Makassar. sampai sana lebih kurang jam 10am. alhamdulillah, orang masih belum ramai. sememangnya kami sampai awal dan tak perlu beratur panjang. * memang xberatur langsung pun haritu. terus masuk dan beli tiket. hahah. harga tiket Rp 25,000 untuk dewasa dan hujung minggu. dia akan bagi access kad. dengan kad access ni, kita leh beli makan dan minum di dalam Trans Studio. tapi sebulum tu kena topup terlebih dahulu. konsepnya sama lah denga touch 'n' go. 25,000 tu hanya untuk semua permainan. untuk membeli, kena lah topup sendiri. maknanya spent duit asing dari harga tiket. ngerti kamu! ekeke

Tengok bawah untuk  plan dan permainan yang ada dalam Trans Studio nih



Kalau dilihatkan plan diatas, semua jenis permainan kami lenjan. cuma aku dengan tour leader tak main Vertigo dan Negeri Rasaksa. dan xmasuk tempat permainan kanak2. yang lain sume kami lenjan. for me, favorite tu macam Giant Swing dengan Special effect live action show. tu memang stuntman terbaik ah. dengan ada nyah lam tu yang menceriakan. serta mc dia mencairkan budak tuh. ekelehhh. slack aku buncit je. kalau x, mmg dah tinggal 8 tiang dah mc tuhh. hahahaha. kami juga xsempat nak merasai dia pnya backward Yamaha Racing roller coaster. disebabkan cuaca hujan. * dalam hati alhamdulillah xnaik. tapi rasa rugi pun ada jugak. alang2 dah sampai kan. hahaha. aku rasa paling seswai dengan jiwa aku Dragon Riders. hahaha. kanak2 habis!

Kami juga sempat tgk dia pnya show2 yang ada. macam biasa saja tiada yang menarik. cuma gymnast dia cool. hahaha. sudah puas melepak dalam Trans Studio, sempat jenjalan sekitar Trans Studio Mall. just normal shopping mall je. setelah penat berjalan. pulang ke hotel jam 700pm.

Malamnya sempat melepak kat Bangi kopitiam. sementara nak tunggu mengantuk. lagi pun malam masih muda. sambil menadah telinga macik2 sambut birthday dengan nayayi2. dah laa sume stock2 umur mak aku. hahaha. dunia2. dan alhamdulillah, aktiviti hari ini berjalan lancar dan diberi keselamatan dan pelindungan dari Nya.






Dan kami bersedia untuk esok hari untuk ke next destinasi. ke mana? to be continued...

Friday, March 28, 2014

6 [Part 2] Bandung Trip - Mount Tangkuban Perahu

Assalamualaikum. trip ke Bandung tidak lengkap sekiramya tidak melawat ke kawah gunung berapi, Tengkuban Perahu. yang mana gunung ini masih lagi aktif namun tahap keakktifannya berada tahap yang rendah. bermakna, manusia berpeluang lebih dekat untuk menjenguk dan meyusuri kawah gunung berapi ini.

Ketika kehadiran kami tempoh hari, gunung berapi ini baru saja mengeluarkan gas-gas sulfur minggu lepas. kehadiran kami just on time. kalau datang minggu lepas, sure tak dapat naik gunung nih.

Tangkuban perahu ini ialah gunung berapi, 25km ke utara bandar Bandung ke arah Lembang. Lokasinya terletak diantara Kg Sagalaherang daerah Sagalaherang Subang regency dan Kg Cikole, daerah Lembang, Bandung regency. Tempat ini adalah top spot untuk pelancong datang. yang hanya 28km dari bandar. Kawah Ratu, yang bermaksud "Kawah Queen", dimana hari ini hanya satu lubang kelabu yang besar, yang kadang-kadang nya mempunyai kolam air di tengah-tengahnya. Gas-gas beracun kadang-kadang berkumpul dalam Kawah Ratu, menjadikan ia agak berisiko untuk turun ke lantai kawah. kawasan merbahaya ini ditutup untuk pelancong bagi tujuan keselamatan semua.

Overall, this is awesome place to visit. this is my place. hahah. kerana kami suka photoshoot sepanjang berada diatas sana. namun harus diingatkan, jangan membeli sebarang souvenir disana. ini kerana harganya berlipat kali ganda mahalnya. dan juga penjual2 persendirian sangat ghairah mahukan pelancong membeli barangan mereka. sampai dalam kereta pun mereka ikot. ada sorang mamat nih, dari kami tiba sampai laa nak pulang, follow sampai kesudah. nasib baik kami bermurah hati beli laa jugak satu. hahahha.  kalau korang pergi dengan pemandu pelancong, jangan risau, mereka xberani menggapa-apakan kita. itu driver kami ckp lah. ada driver ye uolss. hahah. kalau aku senang je. wak tak layan. kau nak ckp pe, cakap lah. hahaha. don't make eye contact org kata.hahaha.

Selepas ke Tangkuban perahu, terus lunch di kaki bukit yang dibawa pak supir kami. fresh environment but makanan nya . . . aku nyaris2 makan ulat. dem. baru saja nak ambil ikan keli, boleh plak ulat tu berjoget kat ikan tuh. demmit. harus fobia nak makan ikan keli dah. haiyakk

Pak Supir yang kami sewa adalah selama 12jam. dari 9pagi-9malam. dengan bayaran Rp600k. rasanya berbaloi untuk 5 orang dan sangat flexible. maknanya dia follow je kemana tempat yang kitaorang nak pergi. hahaha. menggunakan khidmatnya dengan sebaiknya. sampai 9malam baru pulang ke hotel. hahaha.

Gambar. cekidaut!















p/s: siap jugak update.hahaa got to go. off to outstation. will be back
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates