Tuesday, June 8, 2010

2 Special Wish to...

8 Jun telah tiba..special wish to my lovely person in my life..Zaiton A Rahman..Ibuku yg selalu diigati.

Happy birthday!Semoga panjang umur,murah rezeki dan sihat walafiat.amin






Sehubungan itu Allah berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. (Surah al-Isra’, ayat 23)

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang lelaki sebagaimana hadis yang bermaksud: Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: kemudian siapa lagi? Ujar baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: kemudian siapa lagi? Jawab baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu

Betapa besarnya darjat seorang ibu sehinggakan Rasullullah menyebutnya sebanyak 3kali.






p/s : short post utk ibu ak..

p/s/s : tahun lepas,8jun ak tidak berada di malaysia.haha

credit to iluvislam and artikel dari sini

Sunday, June 6, 2010

4 Camerawomen..Cameraman..Photographer - Part 2

Memiliki sebuah camera DSLR kini menjadi trend dikalangan kita.Mereka membeli tanpa memikirkan akn kegunaannya.Adakah ia menjadi aset bg menjana pendapatan atau dijadikan sebagai hobi atau mengikut trend semata-mata??

Bagi mereka yg mementingkan kepuasan,tidak salah utk memilikinya.Sbb itu salah satu aktiviti yg mampu memberikan kepuasan kepada mereka.Memang tidak dapat dinafikan,bila mendapat peluang merakamkan detik2 yg mungkin 1 dalam sejuta,perasaan bangga dan puas sememangnya dapat dirasakan dalam diri.

Bagi mereka yg menjadikan camera sbg aset utama utk menjana pendapatan,ia adalah salah satu tindakan yg bijak.Sbg cth mereka yg bekerja sbg photographer wedding.Bayangkan kalau sebulan 5 family yg melangsungkan perkahwinan ank mereka.tak ke berbaloi-baloi tu.

Camna plak bagi mereka yg amik jurusan yg berkaitan ngn photography ni?Of course laa mereka perlu memilikinya ye dak.dah nama course photography kn.rembat sudeh!

Tp ak cukup tak paham ngn budak2 yg masih bersekolah dah menggatal nk beli camera ni.Korang masih bersekolah ok.Dah tu guna pon bknnya pandai pon.Bknnya ak jeles ngn korang,tp kot ye pon byk duit,beli laa benda2 yg seswai ngn umur korang.haha.Tu yg kalo berduit,klo yg tak berduit,kesian mak mak bapak korang.Harga camera tu bknnya seposen dua.Paling busuk pon rm1500.

Cuba perhatikan otai2 kat bwh ni guna camna camera diaorg?!..it's not an easy work to do.



.

..

...

....

.....



p/s : cukup puas dapat merakamkan aksi ini..haha

Sunday, May 30, 2010

2 Camerawomen..Cameraman..Photographer - Part 1

Sudah berkurun tak mengupdate..mintak maaf mintak ampun pd diri sendiri dan saudara saudari sekalian..Tahap kemalasan melampaui batas..Pada hakikatnya mmg ak ni pemalas..haha

Pernah tak terserempak dgn remaja yg mengantung camera DSLR dileher?Ape tujuan sebenarnya?Adakah sekadar menayang camera didada?Atau trend semata-mata?Pada hakikatnya kualiti gambar yg diambil sama dengan kualiti gambar yg diambil menggunakan camera phone atau compact camera..

Ketahuilah bahawa tugas seorang photographer bkn mudah yg disangka..bukan hanya sekadar menggantung camera dileher..

Gambar menceritakan 1001 cerita..terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana ia merungkai maksud sesuatu gambar..

best picture need you more effort..





credit to funzu.com

Wednesday, March 31, 2010

3 Tido Paling HardCore!!!

Hanya berlaku di China..Marvelous











p/s:kawan2..kot ye pon korang study final sampai larut malam,jangan lak sok pagi pegi buat keje cam diaorang ni ye...

p/s:good luck everybody for final exam..fighting!!

Friday, March 19, 2010

3 Top 5 Parking Terbaik!





pick-up track tu lagi berharga dari ferrari







Sunday, February 28, 2010

3 Apa yang Penting....

KERJASAMA...!!








finally

-

--

---

----

-----

die together





p/s : binatang pon pandai berkerjasama.kenapa manusia tak pandai nak berkerjasama??sibuk nk jatuhkan sesama sendiri.dengki dgn kejayaan org lain.yang jadi mangsa,rakyat yg tak bersalah..

*sigh*

0 10 WASIAT ASSYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA

1) Apabila saudara/saudari mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun

2) Bacalah al-quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir, jangan sama sekali membuang masa dengan perkara sia-sia.

3) Berusaha sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab fusha kerana ia merupakan salah satu syiar islam.

4) Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7) Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengar.

8) Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan - pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.

9) Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara/saudari temui sekalipun saudara/saudari tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10) Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu bantulah rakan mu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara/saudari berurusan maka singkatlah masa pelaksanaannya.

p/s : amalan yg sedikit tetapi berpanjangan lebih baik dari amal yg banyak tetapi dilakukan hanya utk certain2 time..
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates