1) Apabila saudara/saudari mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun
2) Bacalah al-quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir, jangan sama sekali membuang masa dengan perkara sia-sia.
3) Berusaha sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab fusha kerana ia merupakan salah satu syiar islam.
4) Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6) Janganlah bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.
7) Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengar.
8) Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan - pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.
9) Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara/saudari temui sekalipun saudara/saudari tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
10) Kewajipan lebih banyak daripada waktu, oleh itu bantulah rakan mu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara/saudari berurusan maka singkatlah masa pelaksanaannya.
p/s : amalan yg sedikit tetapi berpanjangan lebih baik dari amal yg banyak tetapi dilakukan hanya utk certain2 time..
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
0 comments:
Post a Comment