Showing posts with label lailatu qadar. Show all posts
Showing posts with label lailatu qadar. Show all posts

Monday, June 27, 2016

0 Ramadhan - Last Lap

Assalamualaikum. alhamdulillah. diberi kesempatan untuk sampai ke penghujung ramadhan. kalau dalam race, last 10 laps dah nih. setiap pelumba semestinya tidak mahu tercicir dalam persaingan. malah terus menerus berusaha untuk memperbaiki kedudukan masing-masing.

sumber: google

Fasa pertama sepuluh hari awal Ramadhan sebagai fasa rahmat, sepuluh di tengahnya sebagai fasa maghfirah dan sepuluh akhirnya sebagai fasa pembebasan dari api neraka

Bagaimana pula sitauasi kita dalam bulan ramadhan nih? ada macam serupa race jugak kah? hahaha. supposedly macam tu laa kan. menigkatkan amalan untuk 10 malam terakhir nih.  berlumba-lumba kita mencari malam lailatul qadar.

Dalam tazkirah ramadhan, penyakit orang kita nih. mereka suka mencari tanda lailatul qadar. "macam tenang je pagi ni. mendung je cuaca. mesti semalam turun lailatul qadar". habis, apa yang kita buat semalam? balik tarawikh. moreh dan tidur sampai bangun sahur. amatlah rugi kalau macam tu. nabi sendiri pun tak tau bila malam lailatul qadar. cuma apa yang dipesan adalan 10 malam terakhir dan malam ganjil. selebihnya kita berusaha untuk dapatkan malam lailatul qadar. inshaallah.

Sama-sama kita tingkatkan amal ibadat kita. sebelum sahur tu. bangun awal sikit. buat solat-solat sunat. tahajjud. hajat dan sebagainya. tak lupa jugak bersedekah. berganda-ganda pahalanya kan. inshaallah.

Bapa-bapa, jangan lupa zakat fitrah. bayar awal-awal. karang lambat, ramai pulak orang nya nak membayor nya. hahaha.







p/s:  aku pun belum bayar lagi zakat fitrah.hahahaha

p/s/s: tahun ini untuk tiga orang. alhamdulillah.


Friday, August 10, 2012

0 10 Ramadhan Terakhir


"Lailatul Qadar malam yang lebih baik dari seribu malam"


Lebih baik daripada 1000 bulan? sebab Lailatul Qadar itu diberikan?

Rasulullah sayang akan umatnya. Lailatul qadar diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W atas sebab kita ini tidak punya masa yang panjang seperti umat terdahulu untuk beribadah sebenarnya. Mesti ramai yang tahu umat Islam terdahulu hidup beratus-ratus tahun berbanding dengan kita sekarang tetapi istimewanya kita diberikan satu malam yang penuh rahmat. 2 imam besar ada menghuraikan dengan ringkas mengapa terjadinya Lailatul Qadar.

Imam Malik,
“ Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka “

Imam Al-Qurtubi,
“Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w. “




gambar: google
artikel: here



p/s: jom hidupkan 10 malam terakhir. minta pengampuan sebanyak nya.insyaallah
 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates