Showing posts with label family day. Show all posts
Showing posts with label family day. Show all posts

Sunday, January 23, 2022

0 [Day 3] Family Day - Laman Tamara

 Assalamualaikum WBT

Selamat pagi dari Laman Tamara untuk hari terakhir disini. pagi-pagi yang bermalas-malasan untuk semua. hahahah

Oh ya, sepanjang kami disini, setiap waktu makan adalah disediakan oleh catering dari local people yang berhampiran dengan Laman Tamara ni. mereka yang incharge bahagian makan-makan dah tempah awal untuk event ini. makanan meraka fuhhh - terbaikkkk. thumbs up

Jadi, waktu untuk berada di dapur amatlah jarang sekali. kami tak perlu bersusah payah untuk memikirkan menu untuk masak. kerana semuanya telah ditempah dari catering dikawasan ini.

Selain penjimatan masa, kami juga dapat mengurangkan waktu penyediaan makanan. dimana kami tidak perlu membawa bahan-bahan kering mahupun basah. just bawak yang simple-simple saja. tidak renyah. hahaha

Sebelum check out dan pulang ke tempat masing-masing, anak-anak tidak lepaskan peluang untuk swimming untuk kali terakhir. 

Overall, sepanjang event ni. semuanya berpuas hati. dari segi perjalanan program mahupun fasilitis disini. Penjaga homestay juga sangat membantu dan senang berurusan.

Masih ada lagi yang boleh diperbaiki untuk acara seterusnya. inhsaallah.

Jutaan terima kasih untuk:

Main sponsor - Abah , secretary - ibu yang sentiasa update persediaan, bamin - selagi PM event, batim -  PM untuk acara sukaneka, baman - *Prop & Pro, aku - Bendahari yang banyak dibantu oleh Madam. dan juga semua yang terlibat. hahahaha

Until next time. Bye . . . . .

family photo - Laman Tamara 2022




the boys





sebelum balik - singgah rumah antik adik kak isma, Ummi





p/s: * (lama dah tak dengar perkataan ni) - geng uia yang selalu ada dalam program tahu laa ni. hahahaha

Saturday, January 22, 2022

0 [Day 2] Family Day - Laman Tamara

Assalamualaikum WBT

Selamat pagi untuk hari kedua dari Laman Tamara. hahaha. selesai solat subuh berjemaah, masing-masing sudah bersedia memulakan aktiviti. 

Ada yang dah siap-siap untuk morning walk sekitar Laman Tamara, ada juga bersiap sedia dengan senjata untuk mancing.

Anak - anak jangan cerita lah, pagi-pagi lagi dah terjun kolam. kolam tak besar tak kecil, just nice je untuk family kecil macam kami.

Oh ya, Laman Tamara ni ada kolam memancing tau. haaa, mereka yang kaki pancing memang seronok lah. aku yang tak reti nak mancing ni pun ambil kesempatan untuk belajar sikit-sikit pasal memancing. memandangkan baman dan abah kaki pancing. lagi pulak, abang-abang ipar aku semua kaki pancing. jadi tak salah la aku nak cuba dekat sini.

Selain memancing, dia juga sediakan kayak untul berkayak. haa, budak-budak pun boleh naik dengan pengawasan orang dewasa.

Sebelah petang, kami adakan acara sukaneka untuk anak. yang dikendalikan oleh Paknjang. haa, budak-budak kalau dengan Paknjang memang hype lah. macam - macam game diaorang adakan. dan juga macam - macam hadiah yang mereka sediakan. wah, yang penting masing-masing seronok dan enjoy the moment.

Sebelum menjelang magrib, seperti kebiasaan - bakar bakar lah kita. hahahah. menu simple je dari perapan ahli-ahli wanita.

Sambil - sambil makan malam dan anak-anak tengok tv, kami mengambil kesempatan untuk bersembang sesama dewasa. 

Esok hari terakhir, kita sambung kemudian. chaw .. . . . . 


sukaneka untuk anak-anak



masing-masing dengan hadiah




bakar-bakar




eh, raya ke?






p/s: peristiwa malam yang tak dapat dilupakan. semoga adam menjadi anak soleh. amin

Friday, January 21, 2022

0 [Day 1] Family Day - Laman Tamara

Assalamualaikum WBT

Acara tahun ni dibuka dengan family gathering belah aku. wicaksana clan.(entah amenda nama. haha). kami dah plan dari tahun lepas lagi. dan semestinya event ini sangat kami tunggu-tunggu. sebab apa?

Haaa. sebab apa? untuk rekod, kalau event ni berjaya, ini adalah kali pertama kami berkumpul bersama keluarga besar sepanjang tempoh perkahwinan masing-masing. pelik dan ajaib kan. 

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sepanjang 3 hari 2 malam.

Untk hari pertama - Jumaat, masing-masing bergerak dari tempat masing-masing dari pelbagai lokasi. dan tiba pukul 5 petang.

Lokasi Laman Tamara - bertempat di Kuala Pilah. homestay yang sangat lengkap untuk berkumpul bagi mereka yang terdiri dari 4-6 buah keluarga.

Pada sesi malam. selepas makan malam, kami ada kan acara 'exchange gift' . bagi anak-anak, meraka akan menerima hadiah dari bapa-bapa saudara. manakala orang dewasa saling bertukar hadiah yang telah diundi 3 bulan sebelum event.

Wei, teruja wei, ada yang dapat apa yang diingini. sebab dapat apa wishlist yang telah diberi. anak-anak pula masing-masing dapat paling kurang 5 hadiah yang berbeza-beza.

Nanti kita sambung lagi, chaw. . . .






 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates