Saturday, September 7, 2024

0 Jurulatih || Coach

 Assalamualaikum WBT

Posting ini untuk mereka yang baru belajar terutama kepada mereka yang baru nak bermula dalam bermain sukan termasuk lah untuk Adam dan Nuh


sumber google


Coach juga dikenali sebagai guru. tak kira la dia mengajar apa, sukan, industri, macam - macam lah. beliau tetap dipanggil guru.

Coach lebih sinonim dengan sukan. makna kata, setiap dari kita yang baru hendak bermula, kita wajid sekurang-kurangnya mempunyai coach. kalau dalam online atau amibil dari sumber internet, juga dikira coach. tapi lebih afdal laa kalau kita ada personal coach.

Coach lebih memahami selok belok dan keupayaan kita dalam sesuatu perkara. oh, Amir kau ada kelebihan diposisi ini. Mat, kau pula ada kelebihan dalam teknik ini.

Untuk coach mengenal pasti potensi ini, dia dah melalui pelbagai pengalaman untuk menjadikan dia harini ini.

Jangan sesekali kita mempersoalkan credibility coach itu sendiri "eh, betul ke coach ini ajar, macam tak sama je dalam internet"...eh jangan guys jangan.

Please Respect your Coach

Macam mana kau letih pun, macam mana kau penat pun, macam mana kau fed up dengan latihan coach bagi. jangan lah kau hilang respect pada coach. ini adalah perkara yang dilakukan oleh coach untuk mempersiapkan diri kau untuk menjadi atlit yang berjaya dan champion. kalau tidak berjaya pun, at least dia mampu mendidik kau jadi seorang individu yang berdisiplin dalam kehidupan kau.

Apatah lagi kau membentak-bentak depan coach. jangan sampai satu masa, coach kau dah tak heran dangan player macam kau. rugi ooo rugi.

Ingatlah kita semua, especially Adam Nuh, macam mana kau berjaya sekali pun, itu adalah hasil dari didikan, latihan serta doa dari seorang coach selain dari doa ibu bapa kita.

Once coach dah percaya dekat kau untuk berjaya, inshaallah, kamu pasti akan berjaya.

Train more, Trust the Process, Dream Big, Focus, Strong Mental/Emotion = road to Champion

Adam Nuh. You guys are next CHAMPIONS. ameen


sumber: Pinterest






p/s: "I'm tired....." said Adam

p/s/s: "You better not to do this attitude to me next time...." Coach Jon

p/s/s/s: coach Adam sangat garang. thanks coach

Tuesday, September 3, 2024

0 Senior House

 Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, kita kembali ke sekolah seteleh 2 bulan bercuti. eh, kau ni siapa? kau tinggal dekat mana? ye, sekolah kami cuti 2 bulan. atau kita panggil Summer Break.

Alhamdulillah summer break we spent so much fun. syukur yaAllah.

gambar tiada kaitan langsung. hahahh


Sekarang, aku baru dapat roll baru ~ Relief Tutor. alhamdulillah, roll biasa-biasa je ni. tapi dari sudut positif, kau lebih kenal dengan pelajar-pelajar yang tinggal disini.

Mereka ni terdiri dari pelbagai jenis family. dan kalau kita tahu keluarga - keluarga mereka, just Wow. bukan calang - calang. latar belakang keluarga mereka bukan biasa-biasa ye guys.

Aku tak harap pun aku dapat permanent job ni, cukup laa sekadar 2-3x sebulan. sebab aku masih perlukan masa aku untuk dihabiskan untuk adam dan nuh. they need me more i guess. walau kadang-kadang mereka selalu bergaduh. pening wei.

Walaupun waktu kerja dia start pukul 5 petang, yes - kau kena spent masa malam kau jaga budak - budak ni. but, aku enjoy je dengan kerja ni.hahaha. like seriously.

Sehingga berjumpa lagi.



 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates