Friday, February 26, 2021

0 Jom Traders

Assalamualaikum Wbt. ada kisah yang nak dikongsi weekend aktiviti keluarga kecil kami. disebalik kegembiraan bermalam di Traders, tempat pilihan last minit tapi sangat berbaloi. 

Pada asalnya plan dengan madam nak staycation minggu ni. wow. mesti budak-budak seronok. tetapi ingat senang ke nak dapat peluang staycation? memang silap laa anak- anak ye. dari pagi budak-budak dikerah buat kerja sekolah, kemas rumah dan no gadjet. hahah.

Pada awal nya kami booking di Swiss Apartment di area Pudu. sebab apa dekat sini? berkonsepkan apartment dan paling best ada private swimming pool kalau ikut gambar Booking.com. wah, musim-musim covid ni mana-mana hotel pun facilities semua tutup. dem. ini sudah bagus.budak-budak pun ni je laa aktiviti mereka pun kalau pergi mana-mana staycation.

Anak-anak dah settle semua kerja rumah. saja laa ajak mereka keluar ronda-ronda sambil cari lunch. kiranya plan tu terus keluar dan bermalam disana. beli lunch semua siap-siap dan terus gerak ke destinasi.

Dari jauh bila sampai area staycation, budak-budak dah menjerit gembira. wah korang tahu-tahu je kan. sabar-sabar semua, bagi abah settle urusan  check in - pesan ummi. budak-budak dah tak sabar ni. takpe, kita tunggu abah siap - nyampuk nuh

Aih, dah 20 minit masih tak selesai. ummi call abah. "hah, lama betul check in. ada bilik tak" . adam nuh dah start cuak. ini prank ke apa? 5 minit berlalu abah masuk kereta - "tak dapat bilik" abah balas ringkas

Apa dah jadi? "dalam gambar tak sama dengan apa yang hotel ada" maksudnya apa tuan-tuan. ye. private swimming pool tu takda ye gaiss. aih berbulu je. lain kali semak laa gambar apartment kau tu. customer booking/paid based on apa yang ada dalam website kau. 

Dengan pantas ummi buka booking.com dan cari staycation area KL yang available sekarang. hah, Pup! keluar Traders. harga berpatutan sebab dah lebih masa check in - terus tuju ke sana.

Alhamdulillah segala urusan check in settle. here we go. we stay here for tonight. dan paling penting budak-budak happy. dapat view KLCC lagi. the best view ever. alhamdulillah.

Sempat jalan-jalan KLCC tapi malangnya banyak kedai tutup dan tak boleh nak dine in. sedih

Thats all. see you soon. Kbye



Day vs Night ~ KLCC



rilek pakai baju tido dekat klcc park. haha



"hai awak" hihihi







p/s: hati hati guys musim covid ni. jaga diri jaga jarak patuh SOP ye

p/s/s: we miss this moments

Friday, February 5, 2021

0 Next Project

 Assalamualaikum WBT

Dah masuk bulan 2 dah kita ye. rasa baru je semalam new year. sungguh cepat masa berlalu.tambah lagi musim covid19 ni. dah tak tahu dh hari ni hari apa. weekend ke weekdays ke sume sama. hahaha

Diharap anda diluar sana masih bertahan denga situasi sekarang. inshaallah jaga diri jaga SOP. nak harap orang politik yang jaga kita? tak payah. lagi menyusahkan ada lah.

Next Project?

Entah lah. dah berapa kali next projek dah ni. dah laa baru bulan 2. tak terkira dah berapa plan dah dijalankan. Plan A - Z sume dah ada dalam kepala.

Kalau rasa plan ni tak jalan. kita switch plan lain. if it not workable, find something else. tu je untuk kelastarian kehidupan kita sekarang ni. bertahan selagi mampu.






p/s: inshaallah own company ondaway. doakan.amin

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates