Assalamualaikum wbt. hari ini hari terakhir kami berada dibumi Madinah. selesai solat subuh. bersama madam ziarah sekitar perkarangan Masjid Nabawi. since semalam jemaah lelaki bersama ustaz je yang ziarah luar. maka lepas subuh hari terakhir ni aku bawa pulak madam ziarah disekitar kawasan masjid ni. ziarah makam nabi buat kali terakhir. serius sedih dan sayu. aku tak reti nak erita macam mana perasaan nya. memang dia datang sendiri rasa sedih dan hiba sebab kita rasa kita akan tinggal kan bumi barakah ni. lagi - lagi meninggalkan tempat suci rasul kita ni. hurm
Selesai ziarah sekitar jam 0900 pagi, kami singgah kedai untuk shopping untuk yang terakhir. breakfast shawarma adalah harus bagi kami. hahaha
Sekitar jam 1100 pagi, siap kemas semua barang untuk diturunkan di lobi. seterusnya ustaz membawa jemaah kami untuk ziarah selamat tinggal. memandangkan kami dah selesai ziarah makan pagi tadi. jemaah berdoa beramai - ramai semoga ibadat diterima dan diberi rezeki lagi untuk menziarah bumi mulia ini.
Tepat jam 1600, bas bertolak untuk masuk ke Mekah. tika ini, jemaah sudah berpakaian ihram. kerana kami akan singgah di Masjid Bir Ali untuk miqat umrah. selesai bermiqat, kami terus bertolak ke Mekah. perjalanan dari Madinah ke Mekah kami ini lebih kurang 6 jam.
Alhamdulillah. tepat jam 0000 tengah malam, kami tiba di Aziziyah. kenapa Aziziyah? kerana jemaah kami diberi peluang untuk merasai pengalaman jemaah haji sekiranya mereka menunaikan haji bermasa agensi KRS. Aziziyah ni kalau jarak nya dari Masjidil Haram, lebih kurang 8km. which is kami disediakan bas tiap kali waktu fardhu untuk kesana. namun, jika musim haji, aziziyah ni dekat dengan kawasan melontar dan Mina. Selesai check in di hotel Aziziyah, kami terus ke Masjidil Haram untuk melakukan umrah wajib.
For the first time we are here and watched Kaabah in front of us with this eyes. subhanallah, pandang dengan penuh rasa hina pada diri ini. malu nak angkat muka. sepanjang tawaf 7 kali, kami rasa sangat - sangat hiba dan tak tahu bila air mata ni jatuh dan bergenang sepanjang tawaf. allahu. syukur yaallah kerana beri peluang dan jemput kami ke sini.
Selesai tawaf, terus ke rukun seterusnya iaitu sa'ie. 7 kali sa'ie pada awalnya agak meletihkan. namun gagahkan diri untuk habiskan jugak. orang berkerusi roda pun mampu, macik - macik bertongkat pun mampu. takkan kau yang muda sihat walaafiat pun tak mampu kan. alhamdulillah.
Ketika ini, jemaah semua dah berpecah mengikut pace masing - masing. termasuk lah madam. madam lagi laa pulak, sa'ie sambil pimpin tangan macik bertongkat. memang cabaran untuk dia. tapi inshaallaj, semoga mendapat ganjaran oleh Nya.
Habis, jumpa tak bini tu bang dh berpecah tu?? hahahaha. nanti akan sambung ye
to be contined . . . . .
p/s: macam mana rasa tgk Kaabah? Allahu, rasa sayu dan hiba menguasai segalanya
p/s/s: kami doakan semua akan dijemput untuk ke sini. ameen
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
2 years ago
0 comments:
Post a Comment