BBW - Adam ft bulldozer |
Alhamdulillah. diberi kesempatan untuk kesana. madam siap apply annual leave untuk this event. and we spent well on that day. adam and nuh pulak sangat memberi kerjasama sepanjang berada disana. terima kasih anak-anak ku.
Pada mulanya kami bercadang untuk ke sana waktu malam. mungkin dalam pukul 10-11 malam. namun apa kan daya. simptom orang bekerja. pukul 9 dah off light. semua masuk tidur. memandangkan event ini beroperasi 24 jam. jadi pengunjung boleh pilih waktu mana mereka suka dan berkelapangan.
At last, kami plan untuk sampai sana dalam pukul 2 petang. ngam-ngam orang kerja office habis lunch. takdelah nak bersesak atas jalan. kita kasi chance untuk mereka pergi lunch dulu. alhamdulillah, tepat pukul 2 petang, kami sampai tempat event.
Untuk tahun 2018, Big Bad Wolf diadakan di The Mines, Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC). bermula dari 8 Dec - 18 Dec. Hall yang cukup luas dan mampu menampung ramai pengunjung dalam sesuatu masa. cari parking pun pada aku senang je. *atau mungkin bukan pick hour kan*
Memang kami akui, BBW tahun ini dikuasai oleh buku untuk kanak - kanak. which is memang 'makanan' kami untuk yang sudah ada anak kecil ini. apa tidak nya. separuh dari dewan ini dikuasai oleh bahagian buku kanak - kanak. activity book, board book (buku kulit keras) dan sebagainya. Activity book biasanya buku yang mewarna, ada disertakan sticker. ini sesuai dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan keatas. Menarik tau.
Wow, naik pitam kami dibuatnya. apa tidaknya, terlalu banyak pilihan buku dengan harga yang sangat murah. kalau kau pergi famous bookstore, buku jenis ini kau tak akan dapat semurah ini. harga serendah rm3 kau dah boleh dapat. adam yang duduk dalam troli pun leka dengan buku yang kami bagi. maknanya apa? maknanya budak-budak (adam & nuh) tertarik dengan buku-buku yang visualize dan mudah difahami.
Tapi itu lah. pada pengunjung yang masih bujang, atau belum ada anak lagi. bahagian buku orang dewasa agak terhad lah. bukannya tiada terus, tetapi agak tenggelam dimonopoli oleh bahagian kanak-kanak. Pada pendapat aku, mungkin solusi untuk masalah ini, BBW kena buat event ni 2 kali setahun. pecah ikut target user. Part 1 mungkin untuk kanak-kanak dan Part 2 untuk orang dewasa. bila dah separate macam tu, pengunjung boleh target dia nak beli apa. takde laa mengecewakan sangat kan.
Ok lah. setakat ini sahaja perkongsian kami.
Ejen Ali - kartun paling adam suka |
p/s: thanks adam and nuh for well behave
p/s/s: alhamdulillah. senang kerja ummi dan abah
p/s/s/s: rasa nak repeat lagi sekali. nak borong banyak2 buku budak2.
p/s/s/s/s: books as a gift. not bad hah?
0 comments:
Post a Comment