Saturday, September 23, 2017

0 Zoo Negara

Assalamualaikum. alhamdulillah. memandangkan minggu ni adalah cuti hujung minggu yang panjang. it's a long weekend. kami berkesempatan untuk membawa anak-anak kami melawat zoo negara yang bertempat di Taman Melawati. tak berapa jauh dari kediaman kami di Batu Cave. masa yang diambil kira-kira 20 minit perjalanan.

Kira-kira seminggu sebelum hari kejadian. kami dah siap sedia dari segi perancangan perjalanan dan turut diambil segala kos sepanjang keberadaan disana. ia termasuklah harga tiket, makan tengah hari dan sedikit kudap-kudap untuk anak-anak mahupun ibu bapa nya.

Harga tiket
 
Peta Zoo Negara

Setelah diamati, harga tiket untuk dewasa boleh dikira tinggi bagi kami. rm44 dengan aktiviti yang terhad semasa melawat disana. bagi kami ia sedikit tidak berbaloi. namun semasa beratur untuk mendapatkan tiket. ada satu notis pemberitahuan yang mengujakan kami. " kepada pengunjung yang mempunyai kad aeon. ada potongan special untuk anda. hanya tunjuk kad aeon dan kad pengenalan"

Alhamdulillah. ianya sangat berbaloi dan murah. dapat jimat kira-kira rm10 untuk satu tiket. makanya kami hanya perlu membayar rm70 untuk 2 tiket dewasa. dan anak-anak adalah percuma kerana umur bawah 2 tahun. maka kami masuk dengan girangnya bersama anak-anak.

Kami masuk ke kawasan zoo negara tepat pukul 1215. mengikut schedule zoo negara, pukul 1230 ada pertunjukan haiwan. terus bergegas ke tempat berkenaan. kerana pertunjukkan akan diadakan tak lama lagi.kami menunggu dalam 5 minit, maka pertunjukkan bermula.

Antara bahagian yang menarik adalah kawasan haiwan Africa,  'Savanah Walk' . satu kawasan yang luas menempatkan Zirafah, Kuda belang, Badak sumbu dan banyak lagi. kanak-kanak boleh tengok dengan mata kasar mereka dan actual saiz bagi binatan-binatang ini. awesome.

Savanah Walk - Badak Sumbu


Savanah Walk - Zirafah

Kami juga sempat berkunjung ke bahagian Panda. satu bangunan khas dibina untuk menempatkan binatang ini. serius. dah macam masuk mall bangunan ni. ini adalah kerana untuk menstabilkan suhu yang sesuai dengan habitat Panda ni. Tetapi apa yang tragis nya, panda ni sepanjang hari tidur. tidur - makan - tidur. yelah, dah itu kitaran hidup dia. kau nak suruh dia bekerja ke? hahaha.

Untuk pengetahuan semua, harga yang dibayar adalah termasuk tiket untuk tengok panda ye. sebabnya dalau dulu harga tiket adalah berasingan. jadi siapa nak masuk tengok panda, mereka kena beli tiket berasingan. pada aku ianya tidak berbaloi langsung. jadi, dia ubah sistem tiket, dimana tiket yang dibayar adalah untuk semua. kan nice tu! * thumbs up

Panda - kejenya nak tido je


Alhamdulillah, setelah penat berjalan pusing satu zoo negara, ianya memakan masa selama 2 jam setengah. anak - anak pun dah penat. kami sangat berpuas hati. dengan harapan anak - anak pun gembira dan learn new experience.

Inshaallah 5-10 tahun lagi kita datang lagi sini okay. kali ini anak-anak kena buat homework sikit. kasi depa belajar sikit. hahahaha.

Sehingga kita berjumpa lagi. Bai

Ummi & Adam





p/s: makanan mahal. kami pilih untuk bawak bekal nasi goreng. best!

p/s/s: adam duduk dalam stroller. nuh duduk dalam body carrier. senang untuk bergerak.

p/s/s/s: dulu kami pernah datang zaman bujang dulu. nak tahu ceritanya? cari laa dkt post-post yang lepas. kalau nak tahu laa. hahaha

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates