Tuesday, February 14, 2017

0 Bahasa

Assalamualaikum. harini ak ada terbaca satu artikel berkaitan bahasa. language. senang cerita bahasa yang kita pertuturkan setiap hari. bahasa apa yang kau guna? berapa bahasa yang kau, aku dapat kuasai selain dari bahasa melayu?

Aku rasa artikel ini dapat membuka minda dan mata aku pada perspektif yang lebih luas. pada masa yang sama aku rasa sejauh mana usaha aku dalam memertabatkan bahsa kita? ye. perlunya kuasai beberapa bahasa lain. tapi bahasa kau sendiri. sejauh mana kau luaskan penggunaannya? tertanya-tanya kan.

Dekat bawah ini aku kongsikan artikel nya. credit: fb Khalid Pattail 


Apakah persamaan Sultan-Sultan Uthmaniah, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan kumpulan kpop terkenal Korea Big Bang.

sumber google

Sultan Uthmaniah,
Kebanyakkan Sultannya menguasai 3 sehingga 6 bahasa. Penguasaan bahasa asing sangat penting bagi mereka. Bahasa asing memudahkan mereka mendalami ilmu atau digunakan untuk perisikan.
Tetapi, Sultan Uthmaniah hanya menggunakan bahasa Turki dalam setiap urusannya walaupun dengan bangsa asing. jika kita masuk ke Istana Topkapı kita akan masuk ke satu bilik tempat Sultan menerima tetamu. Di dalam bilik tersebut juga terdapat tempat duduk ahli penterjemah. Mereka akan menjadi pengantara komunikasi antara Sultan dan tetamu-tetamu yang datang walaupun sebenarnya Sultan mereka faham apa yang diperkatakan.

sumber google

Vladimir Putin,
Seorang fotographer Majalah Time bernama Platon menceritakan bagaimana pengalaman beliau memotret gambar salah seorang pemimpin paling berkuasa di dunia. Ketika sesi fotografi tersebut Vladimir Putin ditemani oleh pengawal dan penterjemah bahasa kerana Platon tidak pandai berbahasa Rusia. Komunikasi antara Planton (Inggeris) dan Putin (Rusia) diterjemahkan oleh penterjemah Putin. Sehinggalah selesai sesi bergambar, Platon secara spontan bertanya kepada Putin, "I am englishman, I like The Beatles, do you ?"

Kemudian Putin mengarahkan semua pembantunya supaya keluar dari bilik tersebut serta merta ! Setelah pembantunya semua keluar Putin menoleh ke arah Platon dan bercakap dengan dialek Inggeris yang sempurna, "I love The Beatles, the pop art connection allowed me in".

sumber google

Kumpulan kpop Big Bang
Semua ahli Big Bang menguasai 4 bahasa iaitu Inggeris, Korea, Jepun dan Mandarin. Ketika mereka dijemput ke MTV music award dan diumumkan sebagai pemenang Best Worldwide Act, mereka berucap menggunakan bahasa Korea. Mengapa ?
Sebenarnya penganjur telah menasihati Big Bang jika mereka terpilih sebagai pemenang, gunakan bahasa Inggeris apabila berucap, tetapi apabila mengetahui rancangan tersebut dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia, mereka memilih untuk berucap dalam bahasa Korea seterus mengambil kesempatan untuk memperkenalkan bahasa Korea kepada dunia.

Apakah persamaan ketiga-tiga cerita di atas ? Inilah pemikiran bangsa yang tidak dijajah. Mereka tidak pernah memandang rendah bahasa mereka sendiri. Bahasa mereka adalah salah satu tonggak kekuatan bangsa mereka.

Berbeza dengan bangsa yang dijajah, pemikiran mereka sentiasa memandang bahasa asing sebagai kayu ukur kejayaan mereka. Contohnya bahasa Inggeris, ada bangsa yang dijajah menganggap untuk berjaya dalam hidup kena pandai berbahasa Inggeris. Mereka menjadikan bahasa Inggeris sebagai kayu ukur tahap kecerdikan seseorang.

Belajar dan menggunakan bahasa asing adalah satu kelebihan, tetapi menganggap bahasa sendiri sebagai kelas kedua adalah satu penghinaan kepada jati diri.
Pandangan ini adalah hasil dari pengalaman saya hidup dengan bangsa Turki yang tidak pernah meletakkan bahasa mereka sebagai kelas kedua dan mereka berjaya menjadi salah satu negara yang berpengaruh.



Kau rasa? hahahahaha. aku percaya, ramai je orang kita dalam usaha memertabatkan bahasa ini. tinggal lagi kita je tahu dengan tak tahu. viral dengan tak je. hahaha

Kbai







p/s: wei. aku minat big bang woi. kpop betul aku.hahahah

p/s/s: lagu depa yang baru best bakhang

p/s/s/s: menulis kerana hero-hero dah lena. termasuk laa ummi dia. hihihihi

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates