Wednesday, January 18, 2017

0 Adam Lil Bro

Assalamualaikum. apa habaq ampa semua. sihat ka. semoga sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT. aku. madam dan adam sihat walafiat. alhamdulillah. semalam. 17/1 madam dah warded. and guest what. she's ready to deliver baby at any time. sooner adam akan dapat adik. inshaallah.


adam - kau p tgk lil bro kat dalam tu okay ke tak

Alhamdulillah. dan hari ini. madam selamat melahirkan cahaya mata yang ke-2. syukur Ya Allah diiatas rahmat dan rezeki Mu ini. satu lagi amanah dan harta yang dikurniakan oleh Nya untuk kami. tepat jam 11.35 am. madam selesai dalam perjuangannya. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. baby boy berat 3.9kg. geng-geng adam la ni. keluar terus semangat tak ingat. hahaha.

Sepanjang 9 bulan mengandung. madam done a good job. sentiasa bersemangat dan ceria. tidak kira dimana. she's always tried her best to be a good person at any situation. maksud aku. bila waktu office. kerja adalah kerja. tapi tipu laa kan kalau madam kerja je memanjang. tapi memiliki boss yang memahami adalah sangat membantu beliau. balik office bersesak dalam LRT itu perkara biasa.

Itu belum lagi balik kampung dan kampung mertua. kalau balik kampung. mesti dia dulu yang check in dapur. entah ada apa pun tak tau. tapi perut laki nya sentiasa dipenuhi. hahahaha. yelaa. nak bagi aku makan laa tu mangkuk. hahahaha. kalau kampung aku pulak. dapat mertua kaki sembang. bukan kaki sembang pun. dia bukak topik. pastu bagi madam ulas sampai esok. pe jadahhh!hahahaha. nasib kau laa madam. ini nak cerita pengalaman sepanjang mengandung kali ini la.

Apa-apa pun. syukur Ya Allah kau kurniakan kekuatan kepada madam. kau permudahkan segala urusannya. ameen.

adam - jom p jumpa lil bro


Pada petang harinya. madam sudah bersedia mendapat pelawat. dan ini juga la adam berjumpa madam selepas semalaman tak berjumpa. dan ini juga pertama kali nya adam berjumpa dengan lil bro nya. pada mulanya adam macam menjauhkan diri dari baby. pandang dengan penuh tanda tanya. siapakah mamat ni? apa dia buat dalam pangkuan madam? boleh nampak dari raut wajah adam. tapi tidak mengapa. we talk slowly. panggil adam dan dekatkan lil bro dengan adam. baru laa nak berkasih sayang. " ini la baby adam yang dalam perut tu ". baru laa nak senyum sambil memandang perut madam. hahaha. adam-adam. ang jangan risau ye adam. inshaallah kasih sayang kami adalah sama rata, dewasa sangat ayat ni. hahahahah

Inshaallah. esok atau lusa madam dah boleh discharge. hopefully everything gonna be okay ye madam. K bai

0 comments:

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates