Wednesday, September 30, 2015

1 [Part 1] - Road of Junior

Assalamualaikum. pembuka bicara setelah sekian kalinya blog ini tidak berupdate. hampir 2bulan tanpa sebarang bicara diruangan ini. padahal, sepanjang bulan Ogos. ada saja aktiviti yang berjaya dilakukan. salah satu nya berjaya mengadakan open house sempena Hari Raya Aidlfitri. apa sudah jadi dengan kamu nih. aish!. hari ini pun sudah berlalu Hari Raya Aidiladha kira-kira seminggu yang lalu. hahaha. nampak sangat pemalasnya kau disitu. sudah, jangan nak membebel lagi dengan diri sendiri.

Ini baru nak masuk cerita yang bertepatan dengan tajuk diatas. hahaha. alhamdulillah, bulan September merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh kami suami isteri. madam menghitung hari tidak sabar untuk bertemu dengan kekasih 'perut' nya yang selama ini dibawa kemana saja dia pergi. dimana ada madam, disitulah ada kandungannya. hahaha. madam sememangnya seorang yang kuat semangatnya. manakan tidak, berbaki seminggu lagi usia kandungan untuk menjengah ke dunia, madam masih lagi sempat untuk hadir ke kenduri kawin sahabatnya di Seremban. hah! balik dari kenduri, baru tahu dia punya penat macam mana. hahaha.



Seminggu sebelum due date. madam sudah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. segala persiapan telahpun disediakan. baik persiapan kandungan, ibu mengandung bawak kepada bapaknya. * bapaknya nak buat hapee !

Check up after check up. everything seem to be okay. alhamdulillah, sehingga saat itu, segalanya berjalan lancar. madam dalam kondusi yang baik untuk melahirkan kandungan. manakala kandungan juga sihat walafiat didalam sana. behave betul dia dalam tu.

Pada mulanya doctor menjangkakan madam bakal dapat anak merdeka. namun hampa. bukan nak hampa sangat pun. tak kejar pun anak merdeka ke apa ke. kandungan dalam tu masih tidak menunjkkan simptom-simptom untuk keluar lagi. hahaha. it's okay as long as dia selamat didalam sana.

Selang beberapa hari kemudian. doctor sekali lagi menjagka kan bayi bakal lahir pada hari Malaysia yakni 16 September. mengikut saiz kandungan beserta umur kandungan. bayi boleh keluar pada bila-bila masa. namun, apa keputusannya? berjayakah madam melahirkan pada tarikh yang dijangka itu? inshaallah akan disambung untuk next entri.

Bye ~








p/s: berkerak jugak otak untuk menulis. padan muka sapa suruh tinggal lama.hahaha

p/s/s: special untuk madam dikampung.

p/s/s/s: budget buat cerita bersiri. hahahahah




1 comments:

ejasmi said...

terima kasih syg.... terima kasih utk segalanya.. ( nanges sikit .. terharu )

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates