Sunday, June 28, 2009

5 He's Gone-Tribute to Michael Jackson


Kenapa ak adakan entri ni eh..??Mula2 sekali,korang jgn pk yg bukan2 nape ak buat entri sal MJ nih.since ak pernah buat entri sal dia sebelum ni,so ak ase ak nk sambung lagi pasal dirinya dan terakhir untuknya.

Pe yang ak nk katakan disini cuma pendapat ak terhadap dia ye kawan2.

Dulu ada berita mengenainya memeluk islam.kalau betul lah dia sempat masuk islam,sungguh bertuah si MJ nih.kalo nk dibandingkan dgn kita yg dah lama memeluk islam tp tak mengamalkan ajaran supatutnya,dia sememangnya lebih bertuah.itu urusan dia dgn Allah.kite tak tau.mna aa tau dia sempat mengucap sebelum menghembuskan nafasnya.kemungkinan ini agak tinggi kerana salah sorang abangnya sudah memeluk islam.MJ,rest in peace..Innalillah

Ada baiknya dia ni pergi buat selama-lamanya.nape ak cakap camtu-kerana di akhir perjalanan seninya.macam2 tuduhan yg terpaksa diterima.ape yg peliknya,tidak ada satu kes pun yg selesai.seolah2 bergantung tak bertali.tak gitu kawan2.





Berita Harian:ditulis oleh Zul Husni Abdul Hamid

"Mampu cipta histeria di mana saja kakinya melangkah

"

DIRINYA akan terus dikenang sebagai penghibur memiliki bakat luar biasa. Dia melewati kehidupan yang tragis, diasak tekanan populariti ketika zaman kecil namun akhir hidupnya dilingkari kontroversi gara-gara berkelakuan aneh serta didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.



Michael Jackson membentuk legasi seni yang unggul hingga dilabel peminat sebagai Raja Pop, melakar kejayaan menerusi lagu popular seperti Beat It dan Thriller semua itu tinggal kenangan yang diharap membayangi kisah peribadinya yang memusnahkan reputasi ketika akhir hayatnya.

Mengimbas perjalanan seninya seakan memutarkan semula rakaman kehebatan seorang insan yang mampu mencipta histeria di mana saja kakinya melangkah.



Dia diingati kerana gerak tarinya, malah keunikan vokal miliknya membezakan dia dengan penyanyi kulit hitam hebat seperti Marvin Gaye dan James Brown.



Sejak usia empat tahun lagi, Michael sudah berdiri sebagai penyanyi utama kumpulan lima bersaudara, The Jackson 5 yang turut dianggotai empat abangnya.

Selepas memenangi pertandingan nyanyian dan dikenali di daerah kelahiran, bakat mereka dikesan Gladys Knight yang membawa The Jackson 5 menyertai label Motown Records milik Berry Gordy.



Setahun selepas rakaman, The Jackson 5 melahirkan single pertama mereka, I Want You Back pada November 1969, seterusnya mendaki carta di Amerika Syarikat.



Selepas tujuh tahun, The Jackson 5 terus membesar dengan menghasilkan 13 album lain malah mempunyai siri kartun berdasarkan kisah mereka. 

Pada 1976, mereka mengundur diri daripada Motown dan menyertai Epic Records di bawah nama The Jacksons.

Bagaimanapun, Michael berpindah ke New York setahun selepas itu untuk berlakon The Wizard of Oz yang turut dibintangi Diana Ross. Ketika itu dia berusia 21 tahun.



Dia berkawan baik dengan pengarah muzikal filem itu, Quincy Jones seterusnya bekerjasama dalam penerbitan yang meraih kejayaan besar kepada Michael pada 1979 iaitu Off The Wall.



Album ini juga menjadi detik permulaan kejayaan kerjaya solo Michael dan memperlahankan aktiviti nyanyian bersama The Jacksons. 

Ketika itu juga, Michael menemui kekuatan sebagai penulis lagu menerusi single, Don't Stop (Til You Get Enough). Selepas itu bersama abangnya Michael memulakan pembikinan album Thriller pada 1982.



Album itu bertahan 37 minggu dalam carta, membenihkan empat single yang mendaki tangga pertama termasuk lagu yang diilhamkannya sendiri seperti Billy Jean, Gotta Be Startin' Somethin' dan Beat It.



Produksi itu dijual 46 juta salinan, meletakkannya sebagai antara album terlaris sepanjang zaman.



Michael yang tidak pernah berpuas hati dengan penampilan dirinya malah dianggap bapanya hodoh dan dilabel abangnya sebagai Big Nose ketika kecil mula menjalani pembedahan plastik.



Tabloid British menggelarnya sebagai 'Wacko Jacko'. Dia didakwa mengalami permasalahan pemakanan, tidur menggunakan balang oksigen selain kerap muncul di depan khalayak bertopeng. 



Pada 1987, melahirkan album Bad yang juga meraih kejayaan besar di seluruh dunia namun gagal menyaingi Thriller meskipun ketika itu dia bergelut dengan siri promosi jelajah dunia.



Buat pertama kali juga kerjaya seninya tidak lagi menjadi tumpuan utama, berbanding kisah peribadinya yang lebih mencuri perhatian.



Kelahiran Dangerous pada 1991 juga tidak terkecuali, namun penurunan jumlah penjualan album berbanding skandal seksual yang terbongkar pada 1993 yang sejak itu memusnahkan karier seninya.



Bagi mengembalikan kegemilangan kerjayanya, Michael dijadual mengadakan 50 konsert di O2 Arena di London bermula 13 Julai. Berikutan kematian mengejutnya, penganjur yang sudah menjangka meraih keuntungan besar kini terpaksa pula mengembalikan wang mereka yang sudah menempah tiket.

-Berita Harian 27Jun09-



tiada lagi tarian unik yg membuatkan diriku teruja,tiada lagi persembahan yang memukau,yang tingal hanyalah gamba2 di internet,video2 di youtube

p/s:jualan album,music download,vcd mj meningkat naik top5 lam list amazon.com dalam masa 24jam selepas kematiannya.member tu dah takde baru korang sume nak cari.sebelum ni bukan main lagi duk kutuk-mengutuk.manusia2....love and appreciate what you have ok..!!



KING of POP...!!!

5 comments:

PutraRocker said...

moonwalk ko jgn lupe nnt chaaa...wakakakaakakaak

Sheda Zainudin said...

love and appreciate what you have ziq..?? huhu..
oke2..

none said...

haha...
xhbs2 trademark mg 2 eko ni..

Sheda Zainudin said...

hahaha.. jeles ko cik cahaya weh.. huhu

Haziq said...

moonwalk dalam pembikinan..hehe

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates