Wednesday, May 11, 2011

0 Wanita 'tiang' yang baik?

Ketahuilah setiap kejadian Allah SWT itu semuanya amat bernilai. Wanita jga xkurang hebatnya.malah peranan nya sama berat dan penting dengan lelaki.



gambar hiasan



Rasullah bersabda:

"Wanita adala tiang negara, jika baik Wanita suatu negara maka baiklah negaranya, dan jika rosak mereka maka akn hancurlah negaranya."

Cuba lihat pemimpin wanita negara kita. leh ke kita jadikan mereka as a role model?knal first lady? sejauh mna dia mmpu bg impact kat remaja wanita muslim?selain dari attend meeting yg nth ape. pd pandangan ak, dia lebih kepada show off semata2. nk tunjuk " tgk malaysia, ak derma sana sini, attend meeting sana sini, sibuk x ak " . busy mengalahkan PM. sedikit pasal current politics.enough!

Knape Baginda samakan wanita dgn tiang?cuba lihat sesuatu structure yg kukuh.sudah tentu ia bermula dgn tiang yg kukuh.setinggi mna pon bangunan tu, klo tiang xkukuh, arini siap, sok dah leh roboh anytime. mmg xleh nk nafikan bila lelaki mmg lebih pintar, tp bila bermain dgn perasaan. sorry guys, u can't never win over them. lelaki lebih kuat tenaganya, tp leh ke korang challenge tahap kesabaran seorg wanita?answer for yourself. wanita lebih kuat berhadapan dgn masalah malah mmpu melakukan 2 pekerjaan dlm suatu masa rite.salute beb!korang dpt lihat bila mak korang relax je discuss something siap leh menjahit lg sedangkan korang kna face to face discuss ngn ayah korang kn.

So nape nk menuntut persamaan hak dan kesamarataan jika perbezaan ni bukan merendahkan wanita malah ia adalah satu kemuliaan kpd mereka. Perbezaan cara berpakaian contohnya adalah tnda meghormati diri sendiri kerana wanita yg xmempertontonkan aurat sebenarnya melindungi diri daripada kejahatan laki2 yg ingin menggambil kesempatan dan yg xbertanggungjawab.

Selain itu, knapa hak talak terletak pd tangan lelaki?semua kejadian ni adalah sempurna dicipta oleh Nya. hak talak hanya dimiliki oleh lelaki adalah cara paling selamat dari mengelakkan penceraian. alasanya mudah, kerana wanita mudah hanyut dlm perasaan dan mudah terbawa emosi berbanding kaum lelaki yg lebih berfikiran logik. segalanya sempurna diatur oleh Allah kan.tp knapa harus kita nk mempertikaikan lagi pasal hak kesamarataan ni?




gambar hiasan ~ sedikit style.haha




"Wahai kaum Adam...lindungilah hawa selagi mampu, bukan menyakitinya..
Bimbinglah hawa dijalan Nur Nya, bukan menyesatkannya..
Wangikanlah mulutnu dgn nasihat hikmah, bukan menengkingnya..
Jadilah pemimpin imam yg terbaik buatnya, saling membantu..
Hilangkan egomu kerana itu api yg mmbenamkan nur kebahagiaan.. "


p/s: mode rindu wanita itu.

Thursday, May 5, 2011

4 Art.really?

Assalamualaikum.





boleh ke korang teka ape first 2 gamba nih??bleh?bijak2.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

buku terpakai beb.agk2 buku calculus yg dah xnk pakai tu.bg laa kat diaorg ye (nape msti buku calculus)hahaha.






fuh!gigih serta creative abg nih.


cool isn't. *clap*

credit: here

Wednesday, May 4, 2011

3 View from TOP

Alex Maclean, seorang pilot dan photographer. Dengan kelebihan yg ada, dia mmpu terbang sekitar United Stated utk merakamkan gambar yg super awesome and unique place from top of view. Gambar2 yg super impressive dari natural landscape and human intervention ini sgt lain dari yg lain.Enjoy guys!


highway


contena


pearl harbor


train services.haha


neighborhood 1


neighborhood 2


fun fair aka wonderland


rowing battles


commercial plane


pearl harbor 2



suke2.awesome beb!

credit: fubiz

Tuesday, May 3, 2011

4 Kenapa dengan Malaysia sekarang?


*Sigh*.serba salah nak cakap pasal ni sebenarnya.tapi sampai bila nk tunggu dan lihat camni?sampai bila agaknya.tau x klo baca paper sekarang,berita apa yg disajikan kat masyarakat kita?xtau.please amik tau ye.hahah

Sepanjang cuti semester break nih.ada masa nk baca paper sbb ada org yg belikan.saban hari,beritanya asyik video seks anuar.bleh dikatakan tiap2 hari,xlepas dari berita yang mengaibkan ni.sedih2.

Paper2 tanpa segan silu tunjuk screeenshot video seks tu.apa ni?paper ni dibaca oleh semua golongan masyarakat.of course laa bdk2,remaja,dewasa sume baca.ini paper porn ke pe?yang kat tv pon lagi satu hal.tv pon tunjuk gak video seks tu.asal nk kna tunjuk video tu kat tv?perlu ke?bdk remaja tgk laa berita korang ni.sensored laa cikit at least.malu weh.ni ke negara islam.menanyangkan keaiban org len kat semua org. *sigh*

Korang (media massa) tau x pe kesan ngn tayangan video lucah tu kat umum?korang xfikir ke cmna family dia nk face ngn people around them.malu tau x!cuba tayang video korang kat org ramai.mahu bunuh diri ak ase.xsanggup nk berdepan ngn org ramai.media massa ni seolah-olah diberi lesen oleh kerajaan utk sesuka hati menayang berita lucah ni.

Kita tolak tepi soal politik.back to Islamic principle.pe hukum menyebarkan keaiban org?HARAM weh.so ni ke negara islam yang sebenar?pe yg kita dapat?rugi semata-mata.

Ingatlah wahai pemimpin2 sekalian.kami remaja, bakal pemimpin negara yg perlu diberi contoh teladan yg baik.dengan keadaan sekarang,adakah ni dikatakan teladan yg baik dari pemimpin2 kita?

Tak heran klo negara kita akn berubah pucuk pimpinan suatu hari nnti kepada pimpinan pembangkang.rakyat dah muak dengan pimpinan sekarang yang lebih kepada kepentingan diri sendiri daripada rakyat.barang pe yang x naik?minyak.barang keperluan:gula, bawang.semua naik.

Rakyat diam xsemestinya setuju.perubahan pasti akn berlaku.insyaAllah.sy sayang negara sy.sy sayang Malaysia.tp sy xnk negara sy terus lam keadaan sekarang.

Pemimpin zalim dibenci allah

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْمُنْذِرِ الْكُوفِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ عَنْ فُضَيْلِ بْنِ مَرْزُوقٍ عَنْ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَأَبْغَضَ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ وَأَبْعَدَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ جَائِرٌ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ

Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya manusia yang paling dicintai allah pada hari kiamat dan yang paling dekat kedudukannya di sisi allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci allah dan sangat jauh dari allah adalah seorang pemimpin yang zalim. (hr. Turmudzi)

hadith

p/s: cuba tnya remaja skg.pe pandangan diaorg tntang politik skg?ramai yg mls amik tau.

Monday, May 2, 2011

0 Cool: F1 Poster - Part2


More F1 poster.this time, my favorite posters are Hungry and Japan. Looks cool guys!haha











credit: fubiz

Friday, April 29, 2011

3 Cool: F1 Poster - Part1

PJ Tierney is a designer based in Ireland which created the occasion of the new Formula 1 season, a series of 19 posters representing 19 home runs this year. F1 fan, he arrived in 19 days to produce a series of visual quality presented in the sequel.

Serius shit creative mamat PJ nih!!haha

Bangga dengan Malaysia.become a part of international sport event.most glorious sport in the world: F1










yg poster Turkey tu paling saya suka.haha


credit: fubiz

Wednesday, April 27, 2011

3 Perihal Neraka


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......

AMIN.....

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......

Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA Nabi Allah Yunus


credit: Heliza Helmi - fb note

 

Sang Penglipur Lara - Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates